Sepi: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Laman baru: {{Infobox Film | name = Sepi | image = | image_size = | caption = | director = Kabir Bhatia | producer = Puad Onah<br>[[Rosihan Zain]...
 
Niduzzi (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 41: Baris 41:
*[http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mod=film&p=info&id=725 Info ''Sepi'' di Sinema Malaysia]
*[http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mod=film&p=info&id=725 Info ''Sepi'' di Sinema Malaysia]
[[Kategori:Filem Malaysia tahun 2008]]
[[Kategori:Filem Malaysia tahun 2008]]
{{Filem terbitan Grand Brilliance}}

Semakan pada 10:25, 14 September 2008

Sepi
PengarahKabir Bhatia
PenulisMira Mustaffa
Ara
Dihasilkan olehPuad Onah
Rosihan Zain (eksekutif)
Shazlira Hamzah (pembantu)
DibintangiAfdlin Shauki
Vanidah Imran
Nasha Aziz
Tony Eusoff
Eja
Riezman Khuzaimi
Nurbaizura Ahmad Kahar
Syed Hussein Syed Mustafa
Pierre Andre
Diedarkan olehGrand Brilliance
Tarikh tayangan
26 jun 2008
Masa tayangan
108 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
BajetRM 1.5 juta[1]

Sepi ialah tajuk bagi sebuah filem Malaysia arahan Kabir Bhatia yang terkenal dengan filem Cinta, yang ditayangkan pada tahun 2008. Filem terbitan Alternate Studio yang juga menerbit filem Cinta sebelum ini, keluar di pawagam pada 26 Jun 2008.

Sinopsis

Filem drama romantik ini mengisahkan 3 orang yang berasingan mengenal erti cinta, kehilangan dan kesepian. Adam (Afdlin Shauki), seorang tukang masak berjaya, meluaskan kerjayanya dengan mereka hiasan terbaik sekali untuk majlis perkahwinan. Tetapi dengan segala kejayaan beliau masih membujang dan belum bertemu dengan pasangannya sendiri. Kemudian seorang jejaka bernama Sufi (Tony Eusoff) yang sekian hari cuba melenyapkan memori pemergian isterinya yang telah mati. Akhir sekali Imaan (Baizura Kahar) seorang penulis teater muda yang menjadikan pentas teater sebagai tapak memahami masa silamnya dan kupasan demi kupasan kedalam masa depannya sendiri. Ketiga-tiga mereka akhirnya berkait di dalam satu insiden dramatik yang akan merubah kehidupan mereka buat selamanya.

Pembikinan

Filem Sepi mempersembahkan barisan pelakon hebat daripada nama terkenal yang pernah menjulang pelbagai anugerah seperti Afdlin Shauki, Vanida Imran, Nasha Aziz, Eja, Pierre Andre, Tony Eusoff, Riezman Khuzaimi serta dua wajah baru, Baizura Kahar dan Syed Hussein. Pembikinannya menelan belanja RM1.5 juta dan penggambarannya mengambil 35 hari, serta telah disunting sebanyak dua kali dari durasi asal yang mencecah 220 minit ke 108 minit. Pengarahnya Bhatia menegaskan bahawa filem Sepi dan filem Cinta "berbeza dari struktur penceritaannya."[1]

Rujukan

  1. ^ a b Mohd Suhairi B. Mat Johor, Mohd Faizal B. Hj Mohd Fauzi (2008-06-24). "Filem 'Sepi' berlainan dengan filem 'Cinta'". Sinema Malaysia. Dicapai pada 2008-07-06.

Pautan luar