Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Puteri Sarah)
Jump to navigation Jump to search
"Puteri Sarah" dan "Puteri Sarah Liyana" dilencongkan di sini.
Puteri Sarah
SyamsulYusof,PuteriSarahKahwin.jpg
Puteri Sarah di hari perkahwinannya dengan Syamsul.
KelahiranPuteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin
(1985-12-01) 1 Disember 1985 (umur 33)
London, England
Nama lainPuteri Sarah
PendidikanDiploma Pengurusan Hotel
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam
PekerjaanPelakon, peragawati
Tahun aktif2008–2016 (dalam bidang lakonan)
PasanganSyamsul Yusof (k. 2014)
Anak2

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin (lahir pada 1 Disember 1985) atau lebih dikenali sebagai Puteri Sarah Liyana merupakan seorang bekas pelakon dan model wanita Malaysia.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Puteri Sarah dilahirkan pada 1 Disember 1985 di London, England dan dibesarkan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik, memiliki kelulusan Diploma Pengurusan Hotel, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Puteri Sarah pernah menjadi peragawati iklan bagi DiGi, F&N, AG2000 dan Nivea. Beliau juga merupakan duta produk Silky Girl dan Pernah berlakon dalam filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada awal 2013, beliau telah mula bertudung.[2][1]

Beliau telah berkahwin dengan pelakon Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014. Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah telah berlangsung di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, pasangan ini diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al-Mukarramah, Mat Syaharuddin Ar Rashid pada jam 11:30 pagi dengan hanya sekali lafaz bersertakan dengan mas kahwin berjumlah RM1,111. Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah dihadiri oleh ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan, sahabat handai dan sanak saudara serta rakan-rakan artis.[3]

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon, Ammar Alfian. Pada 19 April 2017, Puteri Sarah selamat melahirkan anak lelaki kira-kira pukul 6.30 pagi Rabu. Bayi seberat 3.5 kilogram itu dilahirkan di Pusat Perubatan Pantai Bangsar, dekat sini. Berita gembira ini disampaikan oleh suami beliau menerusi laman sosial dan mengumumkan nama anak mereka iaitu Syaikhul Islam.[4] Pada 16 Mac 2019, pasangan ini dikurniakan cahaya mata kedua, iaitu anak perempuan sulung yang bernama Sumayyah.[5][6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2010 Lu Pikirlah Sendiri de Movie Natasya Aminah Rhapor
2016 Usin UFO Husna Zul Yahya
Radhi Rudy Bin Dadu Arjin Uppal

Drama[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Bukan sebab putus cinta". Kosmo! Online. 2013. Dicapai 30 Oktober 2013. 
  2. ^ Farihad Shalla Mahmud (6 Mei 2013). "Tak jadi kudis pun". Berita Harian. Dicapai 30 Oktober 2013. 
  3. ^ Rahman, Ifqdar (10 Mac 2014). "Demi cinta Syamsul, Puteri Sarah". Utusan Malaysia. Dicapai 18 Mei 2016. 
  4. ^ "Syamsul Yusof, Puteri Sarah timang bayi lelaki". Sinar Harian. 19 April 2017. Dicapai 21 April 2017. 
  5. ^ Hanisah Selamat (17 Mac 2019). "Sumayyah, anugerah buat Syamsul, Puteri Sarah". Berita Harian. Dicapai 19 March 2019. 
  6. ^ Hanisah Selamat (17 Mac 2019). "Syamsul Yusof timang cahaya mata kedua". Sinar Harian. Dicapai 19 Mac 2019. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]