Selabak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sebuah kampung yang terletak 4km dari bandar Teluk Intan, Perak. Kampung Selabak terletak di sebelah kanan di KM 4 Jalan Changkat Jong dari bandar Teluk Intan menghala ke bandar Bidor. Dengan jumlah penduduk dianggarkan seramai 2,000 orang, Kampung Selabak terkenal dengan hasil pertanian buah nanas yang besar dan sedap. Nanas Selabak dijual di pasar tani Teluk Intan. Sebuah replika nanas dibina di pintu masuk ke Kampung Selabak. Ketua Kampung atau Tok Sidang Kampung Selabak ketika ini ialah Tuan Haji Abdul Hadi Bin Alias menggantikan Ketua Kampung sebelum ini iaitu Tuan Haji Mohd Zin Bin Yunus.

Kampung ini terdiri daripada gabungan beberapa kampung seperti:

Pelbagai etnik atau bangsa yang mendiami Kampung Selabak. Seperti:

Dimana orang Jawa merupakan penduduk majoriti Kampung Selabak.

Rata rata penduduk merupakan petani . Ada juga yang bekerja disektor kerajaan dan swasta.

Sektor pertanian yang menjadi nadi perkerjaan penduduk ialah


Terdapat sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Sri Kandi, sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Selabak, sebuah sekolah agama iaitu Sekolah Agama Rakyat As Saadah, sebuah masjid iaitu Masjid As Saadah, beberapa buah surau, sebuah tokong Buddha, sebuah Klinik Desa, Balai Raya, bilik gerakan RELA dan balai gerakan UMNO.


Pasar minggu pada setiap hari Isnin bermula pada pukul 4.00pm hingga 7.00pm di Jalan Utama berhadapan Sekolah Agama Rakyat dan balai gerakan UMNO.