Wee Jeck Seng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Dato' Sri Dr.

Wee Jeck Seng

SSAP (Pahang); DMSM (Melaka)
Timbalan Menteri
Perusahaan Perladangan dan Komoditi I
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
Berkhidmat dengan
Willie Mongin
Timbalan II
RajaSultan Abdullah
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob
MenteriZuraida Kamaruddin
Kawasan pilihan rayaTanjung Piai
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
Berkhidmat dengan
Willie Mongin
Timbalan II
RajaSultan Abdullah
Perdana MenteriMuhyiddin Yassin
MenteriMohd Khairuddin Aman Razali
Didahului olehShamsul Iskandar Md Akin
Industri Utama
Kawasan pilihan rayaTanjung Piai
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Tanjung Piai, Johor
Dalam jawatan
18 November 2019 – 10 Oktober 2022
Didahului olehMohamed Farid Md Rafik
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 9 Mei 2018
Didahului olehOng Ka Ting
Digantikan olehMohamed Farid Md Rafik
Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Dalam jawatan
10 April 2009 – 4 Jun 2010
Berkhidmat dengan Razali Ibrahim
RajaTuanku Mizan Zainal Abidin
Perdana MenteriNajib Razak
Didahului olehLiow Tiong Lai
Digantikan olehGan Ping Sieu
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Pekan Nenas
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 8 Mac 2008
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehTang Nai Soon
Butiran peribadi
Lahir (1964-04-20) 20 April 1964 (umur 58)
Pontian, Johor
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
Flag of the Malaysian Chinese Association.svg Persatuan Cina Malaysia
PasanganDatin Sri Lim Joo Hon @ Lin Ruyun
PendidikanIjazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan
Alma materUniversiti Sunderland
PekerjaanAhli politik
GajiRM41,422.65 sebulan[1]
Nilai bersihRM5 ke 8.5 juta[1]

YB Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng (Cina ringkas: 黄日昇, lahir pada 20 April 1964) ialah seorang ahli politik Malaysia dan kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sejak 10 Mac 2020.[2] Beliau merupakan bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 9 April 2009 di Putrajaya. Beliau kini juga merupakan Ahli Parlimen Tanjung Piai, Johor daripada parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang juga merupakan sebahagian daripada Barisan Nasional. Pada peringkat parti, beliau juga merupakan Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai dan Ahli Jawatankuasa (lantikan) MCA Pusat.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Wee dilahirkan pada 20 April 1964 di Pontian, Johor. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Sunderland. Beliau berkahwin dengan Lin Ruyun.[3][4]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Wee memulakan kerjaya politiknya sebagai setiausaha politik kepada Datuk Ong Ka Ting.

PRU 11[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2004, beliau diberikan tanggungjawab untuk bertanding dan berjaya memenanginya dengan selesa untuk kerusi Dewan Negeri Johor bagi kerusi N.55 Pekan Nanas.

PRU 12[sunting | sunting sumber]

Bagi Pilihan raya umum Malaysia 2008, beliau sekali lagi diberikan tanggungjawab untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Malaysia bagi kerusi P.165 Tanjong Piai ekoran Datuk Ong Ka Ting berhijarah untuk bertanding di kerusi Kulai.

Beliau berjaya menewaskan calon melayu dari Parti DAP yang dipimpin oleh saudara Ahmad bin Ton dengan majoriti yang besar. Selepas melakar kemenangan, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia bagi melengkapkan barisan Kabinet Abdullah II, pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Beliau terus memegang jawatan tersebut sehingga April 2009, pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum digugurkan pada Jun 2010 ekoran tewas di jawatan penting dalam parti MCA.

PRU 13[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau masih diberikan mandat oleh rakyat untuk memenangi kerusi Parlimen Tanjong Piai buat penggal kedua berturut-turut walaupun mendapat tentangan yang sengit lawannya dari Ketua pemuda DAP cawangan Tanjong Piai, saudara Mahdzir Ibrahim.

PRU 14[sunting | sunting sumber]

Bagi Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau akhirnya berjaya ditewaskan oleh calon melayu dari Parti PPBM, Datuk Wira Dr. Mohamed Farid Md Rafik dengan majoriti 524 undi yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang lebih sengit berbanding dengan siri-siri PRU yang lepas.

PRK Tanjung Piai[sunting | sunting sumber]

Dato' Sri Dr Wee Jeck Seng yang mewakili Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 undi, menewaskan pencabarnya iaitu calon Pakatan Harapan, Hj Karmaine Saidini yang memperoleh undi sebanyak 10,380 pada 16 November 2019.

Pilihan raya kecil 2019[sunting | sunting sumber]

Pada 16 November 2019, Wee telah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan bilangan undian sebanyak 25,466 lantas mengalahkan pesaing beliau yang lain dengan majoriti sebanyak 15,086 undi. Calon pilihan raya yang bertanding termasuklah Hj Karmaine Saidini, Wendy Subramaniam, Dr Badrulhisham Abdul Aziz, Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar.[5]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parliamen Malaysia: P165 Tanjong Piai, Johor[6][7][8]
Tahun Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Jumlah undi Majoriti Kehadiran
2008 Wee Jeck Seng (MCA) 23,302 65.52% Ahmad Ton (DAP) 10,931 30.74% 35,564 12,371 77.82%
2013 Wee Jeck Seng (MCA) 25,038 54.88% Mahdzir Ibrahim (DAP) 19,581 42.92% 45,622 5,457 87.90%
2018 Wee Jeck Seng (MCA) 20,731 46.12% Mohamed Farid Md Rafik (PPBM) 21,255 47.29% 45,858 524 85.67%
Nordin Othman (PAS) 2,962 6.59%
2019 Wee Jeck Seng (MCA) 25,486 65.60% Karmaine Sardini (BERSATU) 10,380 26.74% 38,815 15,086 74.43%
Wendy Subramaniam (GERAKAN) 1,707 4.40%
Badhrulhisham Abd Aziz (BERJASA) 850 2.19%
Ang Chuan Lock (BEBAS) 380 0.98%
Faridah Aryani Abd Ghaffar (BEBAS) 32 0.08%
Dewan Negeri Johor: N55 Pekan Nenas
Tahun Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Jumlah undi Majoriti Kehadiran
2004 Wee Jeck Seng (MCA) 15,395 75.80% Tan Hang Meng (DAP) 4,233 20.84% 20,309 11,162 76.33%

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  2. ^ "SENARAI KABINET 2020". www.bharian.com.my. 2020-03-13. Dicapai pada 2020-03-31.
  3. ^ "Wee Jeck Seng". Malaysian Chinese Association. Dicapai pada 3 March 2010.[pautan mati kekal]
  4. ^ Muhammad Ariff Mohamad Nizam (Jan 30, 2013). "Malaysian Representatives alpha : Wee Jeck Seng". #MyMP UndiMsia! Sinar Project. Dicapai pada 15 November 2017.
  5. ^ Mohd Sabran Md Sani (16 November 2019). "Jeck Seng menang di Tanjung Piai". myMetro. Dicapai pada 17 November 2019.
  6. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 Malaysian general election.
  7. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  9. ^ "MB Perak ketuai senarai penerima darjah kebesaran Melaka". Bernama (dalam bahasa Malay). The Star. 10 October 2009. Dicapai pada 19 October 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ 200 terima darjah kebesaran, pingat negeri Pahang

Pautan luar[sunting | sunting sumber]