Pergi ke kandungan

Sultan Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim

Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Fail:SULTAN IBRAHIM ISMAIL.JPG
Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj
Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar
sejak 23 Januari 2010

kemahkotaan 23 Mac 2015
Butiran
GelaranDuli Yang Teramat Mulia
Pewaris takhtaTunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail
Raja pertamaSultan Alauddin Riayat Shah II
Pembentukan1528

Sultan Johor (Jawi: "سلطان جوهر") ialah jawatan warisan dan raja pemerintah negeri Johor di Malaysia. Pada zaman lampau, Sultan memiliki kuasa mutlak dan dinasihati seorang bendahara. Pada masa ini peranan Bendahara diambil alih oleh Menteri Besar.

Gelaran rasmi bagi Sultan Johor ialah "Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim"

Peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan

Menurut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor, istilah raja digunakan untuk merujuk kepada pemerintah kerajaan negeri Johor, segala jajahan dan daerah takluknya.[1]

Sultan Johor yang dilantik haruslah dari kalangan berbangsa Melayu dan berdarah raja iaitu berasal dari keturunan pemerintah Johor kini (Dinasti Temenggung) serta beragama Islam. Hal ini juga turut digunapakai untuk pewaris takhta Kesultanan Johor.

Pewarisan Takhta

Dengan tergubalnya Undang-undang Tubuh Kerajaan tersebut, raja yang dilantik haruslah dari kalangan zuriat Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Temenggung Daeng Ibrahim. Undang-undang turut menegaskan bahawa perlantikan orang lain selain dari keturunan zuriat Sultan Abu Bakar adalah tidak sah jika masih terdapat zuriat Sultan yang sah dan layak menjadi Sultan. Hal ini diberi pengecualian jika keturunan yang masih ada tidak layak kerana kecacatan besar (gila, buta, bisu) atau mempunyai sifat keji mengikut pandangan hukum syarak.[2]

Undang-undang turut menjelaskan sekiranya tiada langsung zuriat keturunan Sultan Abu Bakar yang layak dilantik oleh raja, maka raja hendaklah dilantik dari keturunan Temenggung Ibrahim itu dari keturunan adik-beradik Sultan Abu Bakar. Jika tiada juga yang layak dari kalangan tersebut, raja hendaklah dilantik dari kalangan keturunan zuriat Temenggung Abdul Rahman daripada keturunan adik-beradik Temenggung Ibrahim. Setiap keturunan itu pula harus dibuktikan mempunyai hubungan darah yang sah dan halal dengan raja-raja tersebut.[3]

Jika tiada juga sebarang orang yang layak untuk dilantik menjadi raja dari kalangan keturunan Sultan Abu Bakar, Temenggung Ibrahim dan juga Temenggung Abdul Rahman, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor memberi tanggungjawab kepada ahli Mesyuarat Kerajaan dan Jumaah Majlis Diraja Johor utuk membuat perlantikan dari kalangan orang biasa yang bukan berdarah raja. Raja yang baharu yang hendak dilantik tersebut haruslah seorang lelaki beragama Islam, berbangsa Melayu, rakyat negeri Johor, cukup umur, individu yang merdeka dan bukan dari kalangan hamba, mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang baik, serta mempunyai ilmu pengetahuan yang luas yang pandai menulis dan membaca.[4]

Lazimnya, sebelum seseorang raja itu mangkat, raja tersebut akan menetapkan penggantinya dahulu. Maka, mengikut Undang-undang Tubuh, orang yang paling layak ditetapkan sebagai pengganti Sultan Johor ialah waris iaitu anak lelaki yang paling tua umurnya.[5] Dia secara rasminya hendakalh digelar sebagai "Tunku Mahkota Johor" dan gelaran ini hanya boleh ada seorang sahaja pada satu-satu masa dan tidak boleh dikongsi atau digunakan oleh anak-anak raja yang lain yang bukan bakal pengganti raja.[6] Walau bagaimanapun, Sultan Johor berhak melantik penggantinya iaitu Tunku Mahkota Johor dari kalangan anak-anak lelaki yang lain yang tidak semestinya paling tua sekiranya dirasakan anak lelaki yang paling tua itu tidak layak mengikut undang-undang.

Jika seseorang pengganti raja itu menaiki takhta apabila raja sebelumnya mangkat dan pengganti itu masih belum berumur 21 tahun (mengikut kalendar Islam), hendaklah Jumaah Majlis Diraja mengadakan seorang pemangku dari kalangan menteri kerajaan yang tidak kira sama ada berdarah raja atau tidak. Tanggungjawab pemangku tersebut akan bertanggungjawab terhadap semua tingkah laku dan perbuatan raja yang belum cukup umur itu. Andainya raja yang belum cukup umur atau pemangku itu sendiri melakukan perkara yang bercanggah dengan undang-undang, pemangku tersebut boleh dipecat dan digantikan.[7]

Senarai Sultan Johor

Wangsa Warisan Kesultanan Melaka

  1. Sultan Mahmud Shah - (1511 - 1528)
  2. Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali) - (1528 - 1564)
  3. Sultan Muzaffar Shah II - (1564 - 1579)
  4. Sultan Abdul Jalil Shah I - (1579 - 1580)
  5. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar) - (1581 - 1597)
  6. Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur) - (1597 - 1615)
  7. Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (Raja Bongsu) - (1615 - 1623)
  8. Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang) - (1623 - 1677)
  9. Sultan Ibrahim Shah, Johor - (1677 - 1685)
  10. Sultan Mahmud Shah II (Sultan Mahmud Mangkat Dijulang) - (1685 - 1699)

Wangsa Bendahara Johor

  1. Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Abdul Jalil) - (1699 - 1720)

Wangsa Warisan Kesultanan Melaka (keturunan)

  1. Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil) - (1718 - 1722)

Wangsa Bendahara Johor (keturunan)

  1. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah - (1722 - 1760)
  2. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah - (1760 - 1761)
  3. Sultan Ahmad Riayat Shah - (1761 - 1761)
  4. Sultan Mahmud Shah III - (1761 - 1812)
  5. Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah - (1812 - 1819)
  6. Sultan Hussain Shah (Tengku Long) - (1819 - 1835)
  7. Sultan Ali Iskandar Shah - (1835 - 1877)

Wangsa Temenggung

Nama Gambar Keputeraan Perkahwinan Kemangkatan Pewaris Takhta
Dato' Raja Temenggung Sri Maharaja Tun Daeng Ibrahim ibni Dato' Raja Temenggung Sri Maharaja Abdul Rahman
10 Mac 1855 –
31 Januari 1862
8 Disember 1810
Pulau Bulang, Kepulauan Riau
anak lelaki kepada Temenggung Abdul Rahman dan Inche Yah
(1) Cik' Ngah
sebelum 1832
(2) Engku Long Muda
(3) Tengku Andak
sebelum 1841
7 orang putera dan 5 orang puteri
31 Januari 1862
Teluk Blangah, Singapura
umur 52
Temenggung Sri Maharaja Wan Abu Bakar

Tidak memakai gelaran Sultan kerana menghormati Sultan Ali yang masih hidup.

Sultan Johor Moden (keturunan Wangsa Temenggung)

Nama Gambar Keputeraan Perkahwinan Kemangkatan Pewaris Takhta
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah ibni Dato' Raja Temenggung Sri Maharaja Tun Daeng Ibrahim
13 Februari 1886 –
4 Jun 1895
3 Februari 1833
Teluk Blangah, Singapura
anak lelaki kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan Cik' Ngah
(1) Wan Chik bt Muhammad Tahir
Pahang
Jun 1858
(2) Zubaidah bt Abdullah
1870
(3) Fatimah bt Abdullah
Singapura
Disember 1885
(4) Khadijah Khanum
Istanbul, Turki
22 September 1893
1 orang putera dan 4 orang puteri
4 Jun 1895
South Kensington, London
umur 62
Tunku Ibrahim Iskandar
Mejar Jeneral Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur ibni Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah
4 Jun 1895 –
8 Mei 1959
17 September 1873
Istana Bidadari, Serangoon, Singapura
anak lelaki kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim dan Zubaidah bt Abdullah
(1) Sultanah Ungku Maimunah binti Ungku Abd Majid
Istana Tyersall, Singapura
5 Oktober 1892
(2) Sultanah Rogayah
1897
(3) Che Puan Hasana bt Dato' Ja'afar
(4) Ungku Intan bt Ungku Ahmad
1926
(5) Helen Bartholomew Wilson
Woking, Surrey
15 Oktober 1930
(6) Marcella Mendi
London
6 November 1940
4 orang putera dan 1 orang puteri
8 Mei 1959
Grosvenor House, London
umur 85
Tunku Ismail
Kolonel Sultan Sir Ismail Al-Khalidi ibni Mejar Jeneral Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur
8 Mei 1959 –
10 Mei 1981
Fail:IsmailAl-KhalidiJohor.jpg 28 Oktober 1894
Istana Semayam, Johor Bahru
anak lelaki kepada Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar dan Sultanah Ungku Maimunah binti Ungku Abd Majid
(1) Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad
Johor Bahru
30 Ogos 1920
(2) Sultanah Tengku Nora binti Tengku Panglima Raja Ahmad
13 November 1977
4 orang putera dan 3 orang puteri
10 Mei 1981
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
umur 86
Tunku Mahmud Iskandar
Brigedier Jeneral Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj ibni Kolonel Sultan Sir Ismail Al-Khalidi
11 Mei 1981 –
22 Januari 2010
8 April 1932
Istana Semayam, Johor Bahru
anak lelaki kepada Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad
(1) Josephine Ruby Trevorrow
Istana Bukit Stulang, Johor Bahru
5 Januari 1956
(2) Sultanah Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja
Kuala Lumpur
20 Ogos 1961
2 orang putera dan 8 orang puteri
22 Januari 2010
Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru
umur 77
Tunku Ibrahim Ismail
Brigedier Jeneral Sultan Ibrahim Ismail ibni Brigedier Jeneral Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj
23 Januari 2010 –
kini
Fail:SULTAN IBRAHIM ISMAIL.JPG 22 November 1958
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
anak lelaki kepada Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail dan Josephine Ruby Trevorrow
Raja Zarith Sofiah
Kuala Kangsar, Perak
19 September 1982
5 orang putera dan 1 orang puteri
masih hidup Tunku Ismail Idris

Rujukan

  1. ^ "Makna Bagi Perkataan-perkataan", Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  2. ^ Fasal 3, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  3. ^ Fasal 4, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  4. ^ Fasal 5, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  5. ^ Fasal 5, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  6. ^ Fasal 7, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  7. ^ Fasal 10, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895