Tajul Ariff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tajul)
Jump to navigation Jump to search
Tajul Ariff
Kelahiran
Tajul Ariff Noor bin Md. Shari

(1998-04-01) 1 April 1998 (umur 22)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2010–kini
PasanganNurul Shamieza Eddie (k. 2017)
Anak1
Kerjaya muzik
GenrePop rock, pop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
FMC Music

Tajul Ariff Noor bin Md. Shari (lahir 1 April 1998) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia.[1] Beliau ialah adik kepada penyanyi, Achik Spin. Pada tahun 2018, beliau merupakan salah seorang peserta Big Stage musim pertama di Astro Ria.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Tajul merupakan anak bongsu daripada 10 orang adik-beradik, dilahirkan pada 1 April 1998 di Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau merupakan adik kepada Allahyarham Achik Spin, Awis Spin dan Khalis Real Spin. Beliau berkahwin dengan Nur Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017[2] dan dikurniakan seorang cahayamata, Adriana Carissa.[3][4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pernah menganggotai kumpulan nasyid Akhdan di bawah Hijjaz Records yang membawa lagu-lagu berunsur Kerohanian dan alunan Zikir bersama-sama Mohd. Haizudin Hazad Nazri, Faiq Hamidi, Mohd. Zuhair Zakaria dan Mohd. Azrul Amri.

Pada tahun 2018, Tajul menyertai pertandingan Big Stage #DominasiBBNU dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air.[5] Beliau menjadi peserta keempat tersingkir di konsert minggu kelima.[6][7]

Big Stage (musim 1)[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Persembahan dan keputusan
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Viral "Sedalam Dalam Rindu" Dirinya sendiri TERSELAMAT
Minggu 2 Lit Throwback "Janji Kita" Spin TERSELAMAT
Minggu 3 Sama-sama Up "Rahsia Kita"

(duet bersama Wany Hasrita)

Khai Bahar & Fatin Husna TERSELAMAT
Minggu 4 Tapi Bukan Aku "Amboi" Altimet TERSELAMAT
Minggu 5 Hot List Digital "Sulit" Aman Aziz TERSINGKIR

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Duet bersama[sunting | sunting sumber]

Duet bersama Lagu Tahun
Wany Hasrita Di Sana Cinta Di Sini Rindu 2017
Rindu Dalam Benci 2018
Aku Serius

Lagu Raya[sunting | sunting sumber]

Duet bersama Lagu Tahun
Wany Hasrita, Syed Shamim, Wani Syaz, Ernie Zakri dan Haqiem Rusli Lebaran Terindah 2017
Esok Hari Raya 2018

Single[sunting | sunting sumber]

Lagu Tahun
Sedalam-dalam Rindu 2016
Melamar Rindu 2017
Hasrita 2018
Kembalilah Rindu 2018
Ibu 2019
Ku Sayang Kau Rindu 2019

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2018 Enjin No.9 Ujang Filem pertama

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2018 Tergantung Rindu Andra Astro Mustika HD

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Penyanyi Lelaki Popular N/A Tercalon
Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular (bersama Wany Hasrita) N/A Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Norhayati Nordin (8 September 2019). Saya ada lagi - Tajul Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2019.
  2. ^ Nurul Asyikin Mayudin (6 Oktober 2019). "Saya sudah berkahwin, isteri kini hamil lapan bulan" - Dua tahun Tajul sorok perkahwinan, bimbang peminat lari mStar Online. Dicapai pada 29 November 2019.
  3. ^ Norhayati Nordin (28 Mei 2020). Adriana penyeri lebaran Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2020.
  4. ^ Wartawan Sinar Harian (17 November 2019). Tajul timang cahaya mata sulung Sinar Harian. Dicapai pada 29 November 2019.
  5. ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Julai 2018). 10 artis muda berentap dalam pertandingan realiti baharu 'Big Stage' mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  6. ^ Zulaikha Yusof (3 September 2018). Big Stage: "Saya sudah rasa akan tersingkir, ada yang lebih layak" - Tajul Astro Gempak. Dicapai pada 29 November 2019.
  7. ^ Khai Azfar (3 September 2018). Terlalu relaks antara punca Tajul tersingkir Murai.my. Dicapai pada 29 November 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]