Rusuhan kaum Singapura 1964

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Rusuhan Kaum 1964)
Rusuhan kaum Singapura 1964
Sebahagian daripada Konfrontasi Indonesia-Malaysia dan Sejarah Malaysia
Tarikh21 Julai 1964 (1964-07-21)
03 September 1964 (1964-09-03)
Lokasi
Kallang, Geylang dan pelbagai daerah di Singapura
PuncaKetegangan politik dan agama antara kaum Cina dan kaum Melayu
KaedahRusuhan
Kesan
  • Perintah berkurung di seluruh Singapura dilaksanakan dari 21 Julai 1964 hingga 2 Ogos 1964 selepas rusuhan pada bulan Julai[1]
  • Perintah berkurung di seluruh Singapura yang dilaksanakan dari 4 September 1964 hingga 11 September 1964 selepas rusuhan pada bulan September[1]
  • Penubuhan sementara pasukan Suruhanjaya Siasatan[1]
  • Pemisahan Singapura dari Malaysia
  • Kemerdekaan Singapura
  • Penubuhan Perkara 12 Perlembagaan Singapura setelah kemerdekaannya
  • Peringatan tahunan melalui Hari Keharmonian Antara Kaum pada 21 Julai
Pihak terlibat
Tokoh dan pemimpin utama
Syed Jaafar AlbarLee Kuan Yew
Tunku Abdul Rahman
Abdul Razak Hussein
Ismail Abdul Rahman
Pesuruhjaya John Le Cain, Komander Platun SPF Winston Choo
Kematian dan penangkapan
Maut23 (Rusuhan Julai)
13 (Rusuhan September)[1]
Tercedera454 (Rusuhan Julai)
106 (Rusuhan September)[1]
Ditangkap3,568 (Rusuhan Julai)
1,439 (Rusuhan September)[1]
Ditahan945 (Rusuhan Julai)
268 (Rusuhan September)[1]
Didakwa715 (Rusuhan Julai)
154 (Rusuhan September)[1]

Rusuhan Kaum 1964 berlaku di Singapura ketika ia masih dalam Malaysia. Ketika itu, perayaan menyambut hari Maulidur Rasul telah diadakan di seluruh Malaysia. Di kebanyakan bandar, ia disambut secara besar-besaran. Di Singapura, 212 pertubuhan Islam menyertai perhimpunan tersebut. Sehingga pukul 1 petang pada 21 Julai 1964, seramai 25 ribu umat Islam berkumpul di Padang. Pada pukul 2 petang, Yang di-Pertuan Negara, selaku ketua kerajaan negeri, memberikan ucapan rasmi. Umat Islam digesa supaya mematuhi ajaran Islam dan 'bersabar, tabah dan rajin berusaha'. Pada jam 3.30 petang, orang ramai sepatutnya berarak dari Padang ke St. Andrews Road, Beach Road, Arab Street, Victoria Street, Kallang Road, dan akhirnya ke Lorong 12, Geylang.

Ketika perarakan itu, di kawasan Kallang, seseorang telah membaling botol ke arah perarakan. Suasana bertukar menjadi tegang. Apabila seorang polis FRU meminta mereka yang berarak supaya menggunakan laluan berdekatan dengan kawasan kerja petrol Kallang sekitar pukul 5 petang, ia telah diserang. Dalam sekelip mata suasana menjadi kacau-bilau. Pada pukul 6.00 petang, perbuatan jenayah membakar bangunan-bangunan berlaku di kawasan Geylang di antara Kallang dan Geylang Serai, dan kereta-kereta diterbalikkan. Pada jam 6.30 petang, pertelingkahan dilaporkan berlaku di Chinatown dan Tanjong Pagar. Pada pukul 6.45 petang, beberapa pertentangan lagi dilaporkan berlaku di Arab Street dan persimpangan North Bridge Road. Seramai 50 orang cedera, dan kebanyakannya dengan kecederaan di kepala, dirawat di Hospital Besar Singapura pada 8.30 malam. Keadaan kacau-bilau berlaku dengan begitu dahsyat sehingga banyak panggung wayang yang mengumumkan pembatalan tayangan filem sesi 9.30 malam. Secara keseluruhannya, 23 orang telah terbunuh dan 460 orang lagi cedera.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k Singapore, National Library Board. "Communal riots of 1964 - Infopedia". eresources.nlb.gov.sg.
  2. ^ Lai Ah Eng (2004). Beyond rituals and riots : ethnic pluralism and social cohesion in Singapore, Eastern Universities Press, ISBN 978-981-210-272-0

Pautan luar[sunting | sunting sumber]