Pergi ke kandungan

Alam Impian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengenalan

[sunting | sunting sumber]

Alam Impian (atau juga dikenali sebagai Seksyen 35) merupakan sebuah perbandaran yang mula dibangunkan sekitar tahun 2010 di bahagian selatan Shah Alam, Selangor, Malaysia. Perbandaran ini terletak berdekatan Taman Sri Muda (Seksyen 25) dan Lebuh Raya Shah Alam Kemuning (LKSA). Perbandaran ini dibangunkan oleh syarikat I&P Group Sdn Berhad. Pada tahun 2023, pembinaan bangunan-bangunan komersial dan taman rekreasi sudah pun dimulakan. Antara contohnya adalah LakePoint, Impian Prisma 1 dan Impian Prisma 2.

Kemudahan/Fasiliti

[sunting | sunting sumber]

Antara kemudahan atau fasiliti yang ada di Alam Impian termasuklah:-

• Masjid Alam Impian

• Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Alam Impian (MITS Klang)

• Masjid DiRaja (sedang dibina)

• LakePoint Park

• Impian Prisma 1

• Impian Prisma 2

• Gerai MBSA

• Padang bola sepak

• Pondok Polis Alam Impian