Hulu Langat
Hulu Langat | |
---|---|
Daerah Hulu Langat | |
Transkripsi lain | |
• Jawi | دايره هولو لاڠت |
• Cina | 乌鲁冷岳县 |
• Tamil | உலு லங்காட் |
![]() Lokasi Hulu Langat di Selangor | |
Lokasi Hulu Langat di Malaysia | |
Koordinat: 3°05′N 101°50′E / 3.083°N 101.833°EKoordinat: 3°05′N 101°50′E / 3.083°N 101.833°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Kerusi | Bandar Baru Bangi |
Kerajaan kawasan tempatan | Majlis Perbandaran Kajang (Selatan) Majlis Bandaraya Ampang Jaya (Utara) |
Kerajaan | |
• Pegawai daerah | Zul-Kefli@Zulkefli Khalid[1] |
Luas | |
• Jumlah | 829.44 km2 (320.25 batu persegi) |
Penduduk (2010)[3] | |
• Jumlah | 1,067,744 |
• Kepadatan | 1,300/km2 (3,300/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (Tidak diamalkan) |
Poskod | 43xxx, 55xxx, 56xxx, 68xxx |
Kod panggilan | +6-03-4, +6-03-8, +6-03-9 |
Nombor plat kenderaan | B |
Daerah Hulu Langat[4] merupakan salah satu daripada sembilan daerah yang terdapat di negeri Selangor, Malaysia. Ia merupakan daerah ke-5 terbesar di Negeri Selangor. Daerah ini terletak di dalam kawasan Lembah Klang dan bersempadan dengan :-
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Daerah Gombak di sebelah barat laut;
- Daerah Petaling di sebelah barat;
- Daerah Sepang di sebelah barat daya;
- Negeri Pahang di sebelah timur laut;
- Negeri Sembilan di sebelah selatan dan timur.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Hulu Langat mungkin mengambil sempena nama 'langat' yang kemudiannya ditambahkan perkataan "hulu" atau "ulu" kerana terletak di bahagian pedalaman negeri Selangor, lalu menjadi Hulu langat. Daerah ini juga pernah berada di bawah jajahan Negeri Sembilan pada masa dahulu sehinggalah berlaku persepakatan yang membawa kepada penyerahan daerah Lukut kepada Negeri Sembilan, dan kemudiannya membawa daerah ini masuk ke dalam wilayah Selangor.
Lihat juga: Sejarah Kampung Baru Daerah Hulu Langat
Penduduk[sunting | sunting sumber]
Penduduk asal daerah ini adalah terdiri daripada orang Melayu yang kebanyakan adalah orang Minangkabau di samping kehadiran suku etnik Melayu lain iaitu suku Jambi, Mendailing ,sedikit Jawa, dan lain-lain. Buktinya kini dapat dilihat berdasarkan pertuturan masyarakat tempatan yang cenderung menggunakan bahasa loghat tersebut.
Aktiviti ekonomi utama pada waktu ini adalah pertanian. Semasa zaman penemuan bijih timah di kawasan ini terutama di kawasan Cheras, Ampang dan kawasan sekitarnya terutama Kuala Lumpur, wujud perpindahan etnik yang ketara di kawasan ini. Suku Kerinchi (Jambi) tiba dengan ramainya untuk membuat kerja-kerja mengangkut hasil bijih ke Mantin atau Seremban melalui Sungai Ujong untuk dieksport ke Kuala Sungai Langat & Kuala Sungai Klang. Laluan Sungai Klang dan Sungai Langat dianggap tidak selamat akibat berleluasanya aktiviti perlanunan.
Terdapat tentera laut orang-orang Melayu yang serba kekurangan akan merompak kapal-kapal dagang untuk membiayai operasi ketenteraan pemimpin mereka, akibat dari perang saudara di Kelang antara Raja Mahadi (Waris yang sepatutnya mentadbir mukim Kelang) & Tengku Kudin (kerabat Raja Kedah, yang terkenal sebagai dalang yang bertanggungjawab secara langsung membawa kemasukan Residen British dan kongsi gelap Cina ke Selangor).
Kebanjiran buruh asing warga Cina membawa bersama pakatan kongsi-kongsi gelap mereka menyemarakkan lagi perang saudara di kawasan ini terutama di zaman kapitan Yap Ah Loy.
Daerah Hulu Langat[sunting | sunting sumber]
Keindahan Daerah Hulu Langat dicerna oleh ungkapan "kampung di tengah bandar besar". Ini kerana suasana tradisi dan keindahan kampung masih tetap wujud di sini meskipun dihimpit oleh pembangunan yang agak pesat dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak terlalu hampir, selain Wilayah Persekutuan Putrajaya juga terletak terlalu dekat dibahagian selatan Hulu Langat. Daerah ini mempunyai 7 buah Mukim yang diwartakan di bawah Kanun Tanah Negara iaitu
- Mukim Ampang
- Mukim Beranang
- Mukim Cheras
- Mukim Ulu Langat
- Mukim Ulu Semenyih
- Mukim Semenyih
- Mukim Kajang.
Bilangan kampunng: 72 buah Penduduk Daerah Hulu Langat telah bertambah dengan pesatnya dari setahun ke setahun :- 1980 : 188,370 orang 1990 : 413,900 orang 2010 : 1,156,600 orang
Bilangan penduduk mengikut kaum :
- Melayu : 586,700 orang
- Cina : 355,800 orang
- India : 113,800 orang
- Lain-lain : 11,500 orang
- Bukan warganegara : 88,800 orang[5]
Bandar dan pekan[sunting | sunting sumber]
- Bandar Cheras
- Bandar Ulu Langat
- Bandar Kajang
- Bandar Semenyih
- Bandar Ampang
- Bandar Country Height
- Bandar Balakong
- Bandar Baru Bangi
- Bandar Batu 9, Cheras
- Bandar Batu 18, Semenyih
- Bandar Batu 26, Beranang
- Pekan Beranang
- Pekan Kacau
- Pekan Tarun
- Pekan Bangi Lama
- Pekan Batu 18, Ulu Langat
- Pekan Batu 23, Sungai Lalang
- Pekan Batu 26, Beranang
- Pekan Bukit Sungai Raya
- Pekan Cheras
- Pekan Desa Raya
- Pekan Dusun Tua Ulu Langat
- Pekan Kampong Pasir, Batu 14, Semenyih
- Pekan Kampong Sungai Tangkas
- Pekan Rumah Murah Sungai Lui
- Pekan Semenyih
- Pekan Simpang Balak
- Pekan Sri Nanding
- Pekan Sungai Kembong Beranang
- Pekan Sungai Lui
- Pekan Sungai Makau
Pembahagian Kawasan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]
Parlimen
- Sebahagian Ampang (kawasan persekutuan) YB Rodziah Ismail
- Pandan (kawasan persekutuan) Rafizi Ramli
- Hulu Langat (kawasan persekutuan) YB Mohd Sany Hamzan
- Bangi (kawasan persekutuan) Syahredzan Johan
DUN
- Sebahagian Bukit Antarabangsa (kawasan negeri) YB Dato' Seri Azmin Ali
- Sebahagian Lembah Jaya (kawasan negeri) YB Haniza Mohamed Talha
- Pandan Indah (kawasan negeri) YB Ir Izham Hashim
- Teratai (kawasan negeri)
- Dusun Tua (kawasan negeri)
- Semenyih (kawasan negeri)
- Kajang (kawasan negeri)
- Sungai Ramal (kawasan negeri)
- Balakong (kawasan negeri)
Sekolah di Hulu Langat[sunting | sunting sumber]
Kod Sekolah | Sekolah | Poskod |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
|