Balakong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 3°1′48″N 101°45′0″E / 3.03000°N 101.75000°E / 3.03000; 101.75000 Balakong asalnya ialah sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Balakong. Semasa Rancangan Briggs, sebuah kampung baru dibina di kawasan ini bercampur dengan kampung yang lama, walaupun mendapat bantahan daripada penduduk kampung.

Balakong terletak betul-betul di atas sempadan mukim Kajang dan mukim Cheras.

Muka bumi[sunting | sunting sumber]

Muka bumi Balakong tidaklah begitu rata. Asalnya Balakong ialah sebuah perkampungan yang dijana oleh bijih timah pada era 1930-an. Bukit Serdang terletak di arah selatan {588 kaki}. Di sebelah kanannya ialah bandar Cheras dan di sebelah kirinya ialah bandar Serdang Lama. Dahulu ada Inc Kenneth di sebelah kanan tetapi kini telah dimajukan dengan taman perumahan Bandar Tun Hussein Onn. Dahulu ada Lombong Mong Fatt Mines. Dahulu ada tempat perkemahan pengakap yang dikenali sebagai Kem Saadon Jubir tetapi sekarang kawasan itu berdiri megahnya kompleks beli belah Jusco dan pasaraya Econsave.

Cara ke sana[sunting | sunting sumber]

Jika anda dari Kuala Lumpur menuju ke Seremban melalui Lebuhraya Grand Saga, anda akan jumpa pusingan bertingkat ke Sungai Long dan ke Balakong. Masuk ke kiri dan ikut kanan dan anda akan temui Balakong yang sedang pesat membangun.Jika anda dari Semenyih, anda boleh melalui Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK) ke Balakong dan jika dari Seremban boleh melalui UPM ke Mines seterusnya ke Balakong.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Sekolah di Balakong[sunting | sunting sumber]