Pandamaran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pekan Pandamaran
Jata-Selangor.jpg
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahDaerah Klang
MukimPekan Pandamaran
KeluasanN/A

Pandamaran merupakan sebuah bandar kecil berhampiran bandar Klang, Selangor, Malaysia. Antara tempat berdekatan dengan Pandamaran ialah Shah Alam, Padang Jawa, Kota Kemuning dan Jalan Kebun.

Pandamaran ditadbir oleh Majlis Perbandaran Klang dan diwakili oleh ahli parlimen Klang Charles Santiago yang menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Pandamaran ialah Ronnie Liu Tian Khiew.

Pandamaran merupakan kawasan perindustrian bagi menampung limpahan kilang-kilang di Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya. Tambahan pula ia berdekatan dengan Pelabuhan Klang, Lapangan Terbang Subang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kawasan perindustrian Shah Alam.

Asalnya Pandamaran sebuah kampung baru Cina iaitu Kampung Baru Pandamaran sekitar tahun 1950-an berikutan Rancangan Briggs untuk menghapuskan pengganas komunis keturunan Cina yang berleluasa di Selangor.

Banyak kemudahan awam dibina.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]