Taman Hillview

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Taman Hillview ialah perbandaran di Lembah Klang yang bersempadan dengan kawasan kediaman Taman Sri Ukay di Ulu Klang, Selangor, Malaysia. Lokasinya tidak jauh dari Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur, dan terletak hampir di pertengahan jalan antara Jalan Ampang dan Taman Melawati.

Pada suatu ketika, Taman Hillview merupakan salah satu kawasan kediaman popular untuk banyak orang ekspatriat Barat, akan tetapi sejak akhir-akhir ini, kawasan ini semakin diambil alih oleh orang tempatan, akibat kemerosotan bilangan ekspatriat.

Taman Hillview terletak di kalangan bukit-bukau dan justera itu, terdapat banyak rumah dan pangsapurinya yang dibina di bukit-bukit itu. Akibat tanah yang lembut dan mudah dihakis, kawasan ini telah menyaksikan sebilangan gelongsoran tanah. Yang paling terkenal ialah tragedi Highland Towers yang membunuh 48 orang pada 11 Disember 1993, termasuk anak lelaki Tan Sri Musa Hitam. Selain itu, runtuhan banglo Jeneral (bersara) Tan Sri Ismail Omar, pengerusi Affin Bank, yang berlaku pada 20 November 2002 juga mengakibatkan tanah runtuh di Taman Hillview.