Glenmarie Cove

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Glenmarie Cove di Klang, Malaysia.

Glenmarie Cove ialah sebuah enklaf kediaman berpintu pagar pegangan kekal seluas 200 ekar yang terletak di bahagian selatan bandar diraja Klang di negeri Selangor, Malaysia. Ia bersebelahan dengan perbandaran-perbandaran baharu yang lain, seperti Bandar Botanic dan Bandar Bukit Tinggi, Klang.

Dibangunkan oleh DRB-Hicom, kawasan kediaman ini direka bentuk berdasarkan konsep tempat peranginan kawasan dermaga di tebing Sungai Langat yang tenang. Kemajuan kepadatan rendah Glenmarie Cove menonjolkan 2 kilometer buka depan pemandangan sungai, dengan rumah banglo dan rumah kembar dikelilingi oleh taman dan lagun landskap.

Glenmarie Cove terletak di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]