Paya Jaras

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Paya Jaras ialah sebuah kampung yang terletak di mukim Sungai Buloh, Selangor.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Paya Jaras dibuka pada tahun 1960. Nama 'Paya' diberi kerana pada waktu itu, kawasan kampung itu dipenuhi paya manakala nama 'Jaras' adalah sempena nama sebatang pokok yang cukup besar tertanam di kampung itu. Ketua kampung pertama memotong pokok itu kepada empat bahagian, mewakili empat kampung yang yang diberi nama Paya Jaras Tengah, Paya Jaras Dalam, Paya Jaras Hulu dan Paya Jaras Hilir. Gelaran Ketua Kampung ialah 'Tok'; contohnya Ketua Kampong Paya Jaras Hilir digelar Tok Empat (4).

Ketua Kampung pertama yang membuka kampung Paya Jaras ialah Baie bin Duawan, berketurun Melayu Minang berasal dari Padang, Indonesia yang telah datang ke Malaysia sekitar awal 20-an. Semperna mengingati pengorbanan dan jasa beliau, sebatang jalan mengabadikan namanya, iaitu Jalan Haji Baie yang terletak di Kampung Paya Jaras Hulu.

Kini Paya Jaras mempunyai hampir 20 ribu penduduk yang kebanyakannya berbangsa Melayu, dan ditadbir di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras sekarang ialah YB Khairuddin Othman daripada PAS...

Institusi pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Surau al Jamaiyah Paya Jaras Hilir

Pautan luar[sunting | sunting sumber]