Islam di Macedonia Utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Islam di Republik Macedonia)

Orang Muslim Macedonia Utara membentuk hampir satu per tiga (di antara 20 dan 33%) dari penduduk bekas Republik Yugoslav. Selepas Bosnia dan Herzegovina (44-49%) ia mempunyai penduduk Muslim yang terbesar dibandingkan dengan negara-negara Eropah lain. Sebahagian daerah barat laut dan barat Macedonia mempunyai penduduk yang kebanyakannya Muslim. Pada zaman pemerintahan Turki Uthmanniyyah (1371-1912), kira-kira dua per tiga dari penduduk Macedonia adalah Muslim.