Aku Tak Bodoh: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Membuang pautan kepada "RAM Entertainment": undefined. (TW)
Membuang pautan kepada "PMP Entertainment": undefined. (TW)
Baris 5: Baris 5:
| kapsyen =
| kapsyen =
| pengarah = Boris Boo
| pengarah = Boris Boo
| syarikat produksi = [[Grand Brilliance]]
[[J Team Productions]]
Asia Media Contret
RAM Entertainment
[[PMP Entertainment]]
| syarikat produksi = [[Grand Brilliance]]
[[J Team Productions]]
Asia Media Contret
RAM Entertainment
PMP Entertainment
| penerbit = Ahmad Puad Onah
Jack Neo

| penerbit = Ahmad Puad Onah
Jack Neo

| pengarang =
| pengarang =

Semakan pada 04:02, 10 April 2017

Aku Tak Bodoh
PengarahBoris Boo
Dihasilkan olehAhmad Puad Onah
Jack Neo
DibintangiRiezman Khuzaimi
Amy Mastura
Namron
Adibah Noor
Negara Malaysia
BahasaBahasa Malaysia

Aku Tak Bodoh ialah sebuah filem komedi kekeluargaan yang ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 2 Disember 2010. Filem yang dibintangi Riezman Khuzaimi, Amy Mastura, Adibah Noor dan Namron ini merupakan naskhah adaptasi dari filem Singapura, iaitu I'm Not Stupid Too arahan Jack Neo.

Plot

Berkisarkan tentang seorang pelajar bernama Roy, 16 tahun yang menghadapi liku-liku hidup remajanya. Seperti remaja yang lain, Roy cuba memahami kata neneknya yang menegaskan bahawa adat orang melayu menuntut orang muda menghormati orang yang lebih tua dan tidak boleh melawan kata walau apa jua keadaannya. Ibubapa Roy terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tiada masa untuk Roy dan adiknya di rumah.

Bapanya seorang pencipta program komputer percaya kritikan bapanya dahulu terhadap dirinya menjadikan dirinya seorang yang berjaya dan dia yakin tradisi ini perlu diteruskan dalam membesarkan Roy dan adiknya.Ibu Roy pula bekerja sebagai pengarang majalah senior. Mereka berusaha mengumpulkan kemewahan untuk keluarga mereka kerana menganggap itu yang paling penting dalam peranan sebagai ibubapa. Mereka juga tidak percaya pujian pada anak-anak adalah sesuatu perkara yang baik. Adik Roy juga mengalami situasi yang kritikal.

Disebabkan pemikiran komiknya, dia menyangka dirinya telah membuatkan kawan kelasnya mengandung dan cuba bertanyakan ibubapanya dari mana datangnya seorang bayi itu. Akibat kurang mendapat perhatian dari ibubapanya, Roy mula terjebak dengan kumpulan budak nakal. Dirinya semakin bertambah tertekan apabila cikgu sekolahnya selalu menyindir dirinya. Roy mula hanyut dengan perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral dan rasa dirinya dihargai dalam kumpulan tersebut. Akhirnya ibubapa Roy menyedari kesilapan didikan mereka yang menyebabkan anak-anak mereka mula bersikap pasif. Mereka berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan kembali hubungan kekeluargaan mereka.

Pelakon

Pencapaian

Pautan luar