TV9: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Manual revert Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Chew Yan Heng (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Manual revert Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 1: Baris 1:
<!---- Di harap anda (pengguna tidak berdaftar) tidak menambah apa-apa pendapat sendiri di rencana ini kecuali fakta. Wikipedia bersifat Berkecuali dalam apa-apa juga rencana. Jika terdapat sebarang tambahan atau contengan ditemui, tindakan tegas akan diambil. AMARAN: Kepada pengguna tidak berdaftar, tolong jangan laku musnah rencana ini, jika tidak, anda akan disekat daripada menyunting di Wikipedia. ---->
<!---- Di harap anda (pengguna tidak berdaftar) tidak menambah apa-apa pendapat sendiri di rencana ini kecuali fakta. Wikipedia bersifat Berkecuali dalam apa-apa juga rencana. Jika terdapat sebarang tambahan atau contengan ditemui, tindakan tegas akan diambil. AMARAN: Kepada pengguna tidak berdaftar, tolong jangan laku musnah rencana ini, jika tidak, anda akan disekat daripada menyunting di Wikipedia. ---->
{{Infobox television channel
{{Infobox television channel
| name = KBS Tv9 Malaysia
| name = TV9
| logo =
| logo =
| logo_size =
| logo_size =

Semakan pada 01:27, 25 Oktober 2021

Fail:TV9 2021.png
SloganDekat Di Hati (2006-2008)
Di Hatiku (2009-2021)
Janji Happy (2021-kini)
Ketersediaan
Terestrial
Malaysia myFreeviewSaluran 109 (SD)
Satelit
Malaysia AstroSaluran 149 (SD)
Malaysia NJOISaluran 149 (SD)
IPTV
Malaysia Unifi TVSaluran 109 (HD)
Media penstriman
TontonWatch live
(Malaysia sahaja) (HD)
Unifi TVplayTV@unifi
Logo Saluran 9, iaitu Logo TV9 yang lama sebelum menyertai Media Prima.

TV9 (dahulu dikenali sebagai Channel 9) ialah sebuah stesen televisyen swasta terestrial nasional di Malaysia yang memberi fokus kepada penonton Melayu, remaja dan kanak-kanak daripada semua golongan. Rancangannya terdiri daripada unsur-unsur maklumat, hiburan dan pendidikan. Saluran TV percuma ini dimiliki sepenuhnya oleh Media Prima Berhad.

Sejarah

Sebagai Channel 9

Pesanan perpisahan Channel 9.
Ibu Pejabat Lama Channel 9 di Shah Alam, Selangor

TV9 yang bermula sebagai Channel 9 beroperasi pada 9 September 2003. [1] Ia memfokuskan program berbahasa Cina, Inggeris, Tamil dan Indonesia dan juga program tempatan. Slot untuk program berbahasa Cina disiarkan dari jam 3:30 petang hingga 8:00 malam.

Program Bahasa Melayu pula mengambil alih siaran dari 8:00 hingga 9:30 malam. Ini diikuti dengan program berbahasa Cina yang bersiaran dari 9:30 malam hingga 1:00 pagi. Kemudian, pada Mei 2004, Anaza Sdn Bhd, pemilik THR.fm, mengawal hak milik majoriti daripada Medanmas Sdn Bhd. Rentetan daripada itu, Channel 9 melancarkan cogan katanya, "Malaysia...lah!", pada Jun 2004.

Pada masa itu, slot "Hindi Power" untuk program bahasa Hindi dan "Raaga" untuk program bahasa Tamil diperkenalkan. Ia disiarkan setiap hari dari jam 4:00 hingga 6:00 petang untuk program bahasa Hindi, manakala program bahasa Tamil ke udara dari jam 6:00 petang hingga 8:00 malam. "Gegar", slot untuk program bahasa Melayu pula disiarkan pada waktu perdana setiap hari, iaitu selepas siaran berita bahasa Melayu pada jam 8:00 malam.

Program Bahasa Cina pula disiarkan pada jam 9:30 malam sehinnga 12:30 tengah malam setiap Isnin hingga Khamis dibawah slot "Zhong Hua Shi Jie". Program Bahasa Inggeris hanya disiarkan pada hari Sabtu dan Ahad menerusi slot "Treats" dari jam 1:00 petang hingga 4:00 petang.

Pada 1 Januari 2005, Channel 9 mengumumkan pemberhentian operasinya pada 3 Februari 2005 untuk tujuan penyusunan semula kredit dan korporat. Setelah dibeli oleh Media Prima, syarikat media terbesar di Malaysia, Channel 9 dinamakan TV9 dan Bukhari Che Muda dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasinya yang baru.

Dijenamakan sebagai TV9

Logo TV9 2013-2021.

TV9 memulakan siaran percubaannya pada 1 Januari 2006 dan operasi sepenuhnya bermula pada 22 April 2006 meliputi seluruh Semenanjung Malaysia. Sejak 28 Disember 2006, ia meluaskan liputannya ke Sabah dan Sarawak melalui penyedia televisyen berbayar Astro. Cogan katanya yang baru ialah "Dekat Di Hati".[2] Kali ini, TV9 memfokuskan programnya kepada penonton berbahasa Melayu tradisional. Walaupun rancangannya menumpukan kepada Bangsa Melayu, bangsa-bangsa yang lain tidak diketepikan. Siaran TV9 juga menyiarkan program Cina, Korea, Jepun, dan juga India setiap minggu. Program bahasa Inggeris seperti Crocodile Hunter, Mutant X, Band Of Brothers, dan Guiness World Records juga disiarkan.

Buletin TV9

Sejak 1 Januari 2007, TV9 menyiarkan berita terbitan sendiri iaitu "Buletin TV9". Semenjak TV9 memulakan siarannya pada 22 April 2006, ia menyiarkan "Edisi 7", dengan ehsan ntv7. Liputan 9 ialah rancangan berita waktu perdana, semasa ia dalam siaran sebelumnya, ehsan Bernama. Slot berita Edisi 7 selama 30 minit yang pertama, ehsan ntv7, ntv7 juga disiarkan beberapa bulan sebelum penyiaran tamat. Mereka dipilih daripada 5000 orang yang diujibakat. Buletin TV9 dibawakan secara langsung dari Studio C di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor.

Pada 1 Ogos 2021, Buletin TV9 telah menukar waktu siarannya pada jam 7:00 malam setiap hari.

TV Pendidikan

Antara 2007 dan 2008, TV9 berkongsi masa siaran dengan TV Pendidikan, rangkaian televisyen pendidikan negara, pada waktu persekolahan selepas mengambilalihnya dari RTM dan Astro. Selepas TV Pendidikan diberhentikan siarannya pada 31 Disember 2008, TV9 bersiaran sepenuhnya pada waktu pagi mulai 1 Januari 2009.

TV Interaktif

TV9 juga menonjolkan perkhidmatan TV Interaktif yang bermain video muzik dan pada waktu yang sama, penonton-penonton boleh bersembang melalui SMS dari pukul 11:00 pagi hingga 12:00 tengah hari dan juga dari 12:00 tengah malam hingga 1:00 pagi.

Waktu Siaran

Penyiaran harian bermula dari 8:00 pagi sehingga 1:00 pagi pada hari minggu, 6:00 pagi hingga 1:00 pagi pada hari Jumaat hingga Ahad dan cuti am kecuali pada bulan Ramadan dimana ia bersiaran 24 jam sehari, sedangkan penyiaran rasmi bermula dari pukul 12:00 tengah hari sehingga 12:00 tengah malam. TV9 bersiaran dari pukul 7:30 pagi (Isnin - Jumaat, 7 pagi pada Sabtu dan Ahad) sehingga pukul 1 pagi hari berikutnya.

Pada 6 Mei 2019, TV9 kini bersiaran 24 jam sehari.

Slot TV9

Kanak-kanak akan dihiburkan dari pukul 2:30 petang hingga 5:30 petang setiap hari (blok Nick @ TV9) dengan kartun Nickelodeon yang dialih suara dalam bahasa Malaysia. Kartun-kartun tersebut adalah seperti Spongebob Squarepants, Hey Arnold, Chalkzone, Dora the Explorer, CatDog, Winx Club, Avatar: The Legend of Aang dan banyak lagi. Selain itu, anime dari Jepun juga ditayangkan seperti Beyblade, Inuyasha, Dragon Ball, Digimon dan Mirmo Zibang!. Slot ini ditamatkan pada 4 Mac 2018 tetapi kembali menyiar di TV9 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6:00 petang hingga 6:55 petang.

Pada awal tahun 2011, TV9 melancarkan tiga slot drama bersiri iaitu Slot Aurora, Slot Oh! Mari Gelak dan Slot Ratu serta sebuah slot telefilem iaitu Skrin Di 9 yang membariskan telefilem-telefilem terbitan tempatan. Pada tahun yang sama juga, semua jenis rancangan keagamaan di saluran ini dijenamakan semula sebagai "Raudhah".

Penamatan Buletin TV9 Tengah Hari

Pada 1 November 2020, TV9 telah menamatkan Buletin TV9 Tengah Hari dan mula menyiarkan 2 berita dari TV3, iaitu Berita Terkini dan Buletin 1:30.

TV9 Bersiaran Serentak Dari Buletin FM

Pada 4 Mei 2021, TV9 telah bersiaran serentak dari Buletin FM pada pukul 3:30 - 4:30 pagi setiap hari.

Penamatan Buletin 1:30 Dari TV3

Pada 1 Ogos 2021, TV9 telah menamatkan Buletin 1:30 dari TV3 serta merta dan akan digantikan dengan rancangan Senario.

TV9 Menyiarkan Slot Wow Shop

TV9 akan menyiarkan slot Wow Shop pada jam 8:30 pagi - 12:30 tengah hari dan 2:00 - 6:00 petang setiap hari.

Kritikan

Pada 1 April 2016, satu siaran blok teleshopping Wow Shop telah disiarkan di seluruh saluran Media Prima. Waktu sinetron di TV9 yang dulu pada pukul 5:30 petang kini diubah pada pukul 5:00 petang sehingga pada petengahan bulan Jun 2018, slot Mutiara Hati diberhentikan dan diambil alih oleh Wow Shop.[3][4][5] Beberapa saluran Media Prima (terutama ntv7 dan TV9) lebih dipengaruhi oleh perubahan. Blok ini telah menarik kritikan yang besar di media sosial sebagai sebahagian besar daripada jadual waktu siang telah digantikan dengan Wow Shop, yang slot ini telah sebelum ini berjalan kebanyakannya ditayang, program agama dan kanak-kanak.[6]

Senarai rancangan

Rujukan

  1. ^ Channel ID (2003): Channel 9 (Malaysia)
  2. ^ TV9 (Malaysia) - intro (2006)
  3. ^ "TV3 Malaysia". 1 April 2016. Dicapai pada 6 April 2016.
  4. ^ "TV9 di Hatiku". 1 April 2016. Dicapai pada 6 April 2016.
  5. ^ "Aanmelden of registreren om te bekijken". 1 April 2016. Dicapai pada 6 April 2016.
  6. ^ "CJ WOW SHOP mula 1 April". Harian Metro. 1 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-17. Dicapai pada 6 April 2016.

Pautan luar