Kasthuriraani Patto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Kasthuriraani Patto
கஸ்தூரி பட்டு

Anggota Parlimen Malaysia
untuk Batu Kawan, Pulau Pinang
Memegang jawatan
2013
Didahului olehP. Ramasamy
Butiran peribadi
LahirKasthuriraani a/p Patto
(1979-08-09) 9 Ogos 1979 (umur 42)
Ipoh, Perak, Malaysia
Parti politikDAP
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Harapan
IbuS. Mary
BapaP. Patto

Kasthuriraani a/p Patto (Tamil: கஸ்தூரி பட்டு; lahir 9 Ogos 1979) ialah ahli politik Malaysia dari Parti Tindakan Demokratik (DAP); sebuah parti komponen gabungan Pakatan Harapan.[1] Beliau ialah Ahli Parlimen Batu Kawan di Pulau Pinang sejak 2013.

Bermula kerjaya sebagai pegawai penyelaras di Pejabat EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu, di Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Selangor dan DUN Bukit Gasing, Petaling Jaya, P Kasthuriraani diberi kepercayaan bertanding di Parlimen Batu Kawan, Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau menjadi  pegawai penyelaras di SUK Selangor selama setahun iaitu pada 2010 hingga 2011 manakala di DUN Bukit Gasing selama dua tahun iaitu tahun 2011 hingga 2013.

Kasthuriraani diminta untuk menjadi pegawai penyelaras di DUN Bukit Gasing selepas kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, Edward Lee Poh Lin akibat komplikasi berkaitan kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya pada kira-kira jam 4 pagi pada 20 Disember 2011.

Pada 2013, Kasthuriraani kemudian menjadi calon DAP di Parlimen Batu Kawan dan telah menang dengan majoriti 25,962 dalam perlawanan empat penjuru di mana dua calon telah hilang deposit.

Seterusnya, beliau sekali lagi menggalas tanggungjawab dan diamanahkan untuk bertanding di parlimen sama serta membawa kemenangan dengan jumlah majoriti meningkat kepada 33,553 undi.

Dalam pertembungan empat penjuru itu, beliau mendapat 42,683 undian ketika menentang B Jayanthi Devi daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 9,130 undi.

Anak watan Ipoh Perak ini merupakan lulusan Universiti Malaya dengan kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Sains (Mikrobiologi).

Beliau juga pernah dinobatkan antara ‘14 influential Asian women who are shaping a more inclusive global society’ oleh The Edge - Options.

Gemar melakukan aktiviti lasak dan suka membaca, melukis, beliau pernah menimba pengalaman tinggal bersama masyarakat Orang Asli di dalam hutan untuk mengetahui lebih lanjut kehidupan masyarakat tersebut selain menyelami keindahan alam semulajadi.

Kerjaya:

  • Ahli Parlimen Batu Kawan (2013 hingga kini)
  • Pegawai Penyelaras di DUN Bukit Gasing (2011 hingga 2013)
  • Pegawai Penyelaras di Pejabat EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ronnie Liu di SUK, Selangor (2010 hingga 2011)
  • Gribbles Pathology (Medical Laboratory Scientist) (2004-2009)
  • Wellness Laboratories (Medical Laboratory Technician) (September hingga November 2004)
  • Customer Service (cuti semester) (2001)

Jawatan dalam GLC dan lantikan lain:

  • Lembaga Pengarah untuk Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (Penang Women’s Development Corporation PWDC) (2018 hingga kini)
  • Lembaga Pengarah untuk Perbadanan Pembangunan Anak Muda Pulau Pinang (Penang Youth Development Corporation PYDC) (2019 hingga kini)
  • Ahli Majlis Eksekutif Parliamentarians for Global Action (PGA) (2019 hingga kini)
  • Ahli Panel Antarabangsa of Parliamentarians for the Freedom of Religion and Belief (IPPFoRB) (2018 hingga kini)
  • Ahli ASEAN Parliamentarians for Human Rights (2013 hingga kini)
  • Ahli Women In Parliament (WIP)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Setiausaha Antarabangsa Wanita DAP (2018 hingga 2020/2021)
  • Naib Pengerusi Wanita DAP Pulau Pinang (2019 hingga 2021)

Pendidikan:

  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Mikrobiologi)Universiti Malaya (1999 hingga 2003)
  • Tingkatan 6 di St Michael’s Institution, Ipoh (1997 hingga 1998)
  • Tingkatan 1 hingga 5 di  Sekolah Menengah Convent, Ipoh (1992 hingga 1996)
  • Darjah 1 hingga 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan Marian Convent, Ipoh (1986 hingga 1991)

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Kasthuriraani merupakan anak perempuan mendiang P. Patto; bekas ahli politik kanan dan ahli parlimen di DAP.[2] Beliau mempunyai seorang kakak bernama Shaalini Anne Patto.

Politik[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya umum 2013, Kasthuriraani telah dipilih sebagai ahli parlimen P46 Batu Kawan. Beliau terkenal kerana berjuang dan bersuara untuk hak-hak wanita di parlimen.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: P46 Batu Kawan, Pulau Pinang.[3][4][5][6][7][8][9]
Tahun Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti keluar
2013 Kasthuriraani a/p Patto (DAP) 36,636 72.97% Gobalakrishnan a/l Narayanasamy (MIC) 10,674 21.26% 50,208 25,962 87.32%
Huan Cheng Guan (PCM) 1801 3.59%
Mohan Apparoo (BEBAS) 305 0.61%
2018 Kasthuriraani a/p Patto (DAP) 42,683 78.02 % Jayanthi Devi a/p Balaguru (MIC) 9,130 16.69% 55,479 33,553 84.84%
Jay Kumar Balakrishna (PAS) 2,636 4.82%
Ooi Khar Giap (PFP) 256 0.47%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Portal Rasmi Parlimen Malaysia - Ahli Parlimen". Parlimen.gov.my. Dicapai pada 15 November 2014.
  2. ^ "Patto's daughter among new faces for Penang DAP". Free Malaysia Today. 19 April 2013. Dicapai pada 15 November 2014.
  3. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 11 July 2010. Percentage figures based on total turnout.
  4. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  5. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017. Keputusan hanya boleh didapati dari pilihan raya 2013.
  6. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Salinan diarkibkan)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  7. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 Oktober 2014.
  8. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  9. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]