Penang Front Party

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Penang Front Party
PFP
槟城前进党
PresidenPatrick Ooi Khar Giap 黄家业
Secretary GeneralLee Poh Kong 李宝光
Slogan"Penang for Penangites"
槟城人的槟城
(Pulau Pinang untuk Orang Pulau Pinang)
Diasaskan6 September 2016
Ibu pejabatPerai
Sayap beliaJasper Ooi Zong Han 黄宗汉
IdeologiSemangat Tempatan (fahaman keserantauan/regionalisme)
Dewan Negara:
0 / 70
Dewan Rakyat:
0 / 222
Dewan Undangan Negeri:
0 / 587
Tapak web
Penang Front Party di Facebook
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya

Penang Front Party (PFP) ialah sebuah parti politik berpengkalan di Pulau Pinang, Malaysia. Ia ditubuhkan pada September 2016 oleh Lee Poh Kong yang menjadi pengerusi penaja dan Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai penasihat[1]. Ia dihidupkan semula oleh seorang ahli perniagaan, Patrick Ooi pada Mei 2017. Sebagaimana namanya, ia memperjuangkan beberapa kerusi di Pulau Pinang ketika Pilihan Raya Umum Malaysia 2018, tetapi juga menghantar calon di Parlimen Bukit Bintang, Kuala Lumpur[2]. Walau bagaimanapun, mereka gagal dalam usaha pemilihan mereka yang pertama dengan semua calon mereka kehilangan deposit. Walaupun ia ditubuhkan dengan berpenasihatkan seorang pemimpin UMNO, Barisan Nasional dan UMNO mendakwa tidak mempunyai kaitan dengan parti ini[3].

Calon-calon pilihan raya[sunting | sunting sumber]

PRU 2018 - Parlimen[sunting | sunting sumber]

  1. Batu Kawan, Pulau Pinang - Datuk Patrick Ooi Khar Giap - Hilang Deposit
  2. Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan - Khairul Husni Othman - Hilang Deposit

PRU 2018 - DUN Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

  1. Sungai Puyu - Ong Yin Yin - Hilang Deposit
  2. Bagan Jermal - Fabian George Albart - Hilang Deposit
  3. Bagan Dalam - Jasper Ooi Zong Han - Hilang Deposit
  4. Berapit - Lee Poh Kong - Hilang Deposit
  5. Padang Lalang - Liew Ee Jin - Hilang Deposit
  6. Perai - Datuk Patrick Ooi Khar Giap - Hilang Deposit
  7. Bukit Tengah - Joseph Edward - Hilang Deposit
  8. Bukit Tambun - Ong Seong Lu - Hilang Deposit
  9. Jawi - Daphne Edward - Hilang Deposit
  10. Datuk Keramat - Nicholas Diane Morgan - Hilang Deposit
  11. Batu Uban - Teoh Kean Liang - Hilang Deposit

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]