Parti Sarawak Bersatu
Parti Sarawak Bersatu United People's Party PSB | |
---|---|
Presiden | Dato' Sri Wong Soon Koh |
Timbalan Presiden | See Chee How Baru Bian |
Ditubuhkan | 2014 |
Ibu pejabat | Kuching, Sarawak |
Keanggotaan | 10,860 (Julai 2022) |
Ideologi | Nasionalisme Sarawak Sekularisme negeri Semangat rakyat Sarawak Perjanjian Malaysia 1963 Hak pendidikan negeri Pembangunan wilayah Tuntutan hak royalti Kebajikan rakyat Sarawak Demokrasi sosial negeri |
Kedudukan politik | Tengah ke kiri |
Penggabungan kebangsaan | Perikatan Borneo (2022–kini) |
Dewan Negara: | 0 / 70 |
Dewan Rakyat: | 2 / 222 |
Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 4 / 82 |
![]() |
Rencana ini sebahagian daripada siri: Politik dan pemerintahan Malaysia |
![]() |
Portal Malaysia |
Parti Sarawak Bersatu (Inggeris: United Sarawak Party; singkatan: PSB) merupakan sebuah parti politik inklusif dan universal yang terdiri daripada pelbagai kaum serta berhaluan kiri. Majoriti keahliannya adalah terdiri daripada tiga komuniti utama di Sarawak, iaitu komuniti Cina Sarawak, komuniti Dayak, dan komuniti Melayu Sarawak. Parti politik ini masih bergerak aktif dan terus prihatin kepada rakyat Sarawak sehingga kini. Parti politik inklusif ini ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2014, manakala ibu pejabatnya pula berpangkalan di Kuching, Sarawak.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Parti Sarawak Bersatu (PSB) merupakan sebuah parti politik inklusif dan berbilang kaum di Sarawak. Mula ditubuhkan pada tahun 2014, parti ini merupakan parti politik universal yang boleh menyokong sebarang kenyataan, cadangan atau pendapat daripada dua pihak, sama ada melalui Pakatan Harapan (PH) ataupun melalui Barisan Nasional (BN). Ini kerana PSB merupakan parti politik berhaluan tengah, dan ianya juga merupakan parti politik serpihan daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Kini Parti Sarawak Bersatu (PSB) akhirnya bekerjasama dengan empat parti politik tempatan Sarawak, iaitu Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI), dan Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR), sekaligus menubuhkan suatu perikatan parti politik Sarawak yang baharu iaitu Perikatan Borneo (PB).
Wakil rakyat[sunting | sunting sumber]
Dewan Rakyat[sunting | sunting sumber]
Kod | Parlimen | Nama | Catatan |
---|---|---|---|
P214 | Selangau | Baru Bian | Menyertai PSB selepas dipecat Parti Keadilan Rakyat[1] |
Dewan Undangan Negeri[sunting | sunting sumber]
Kod | DUN | Nama | Catatan |
---|---|---|---|
N11 | Batu Lintang | See Chee How | Menyertai PSB selepas dipecat Parti Keadilan Rakyat[1] |
N53 | Bawang Assan | Wong Soon Koh | |
N81 | Ba'Kelalan | Baru Bian | Menyertai PSB selepas dipecat Parti Keadilan Rakyat[1] |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Pilihan raya DUN Sarawak 2021
- Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
- Parti Bangsa Malaysia (PBM)
- Parti Rakyat Sarawak (PRS)
- Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
- Senarai parti politik Malaysia
- Barisan Nasional
- Pakatan Harapan
- Parti Tindakan Demokratik (DAP)
- Parti Keadilan Rakyat (PKR)
- Malaysia
- Sarawak
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b c Mohd Roji Kawi (30 Mei 2020). "'Saya katak yang baik' - Baru Bian". Berita Harian. Dicapai pada 30 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)