Parti Bersatu India Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Bersatu India Malaysia
PemimpinDatuk K.S. Nallakaruppan
Ditubuhkan14 November 2007
Dibubarkan-
Ibu pejabatKuala Lumpur
Akhbar-
Sayap belia-
Keanggotaan (2024)67,000
Ideologi-
Penggabungan kebangsaanBarisan Nasional
(2007-2018), (2020-kini)
Penggabungan antarabangsa-
Warnamerah, biru, kuning, putih
Laman sesawang
[Blog MIUP]

-

Parti Bersatu India Malaysia atau singkatannya MIUP (bahasa Inggeris: Malaysian Indian United Party) merupakan sebuah parti politik baru di persada politik Malaysia bagi membela masyarakat India.[1] Pengasas dan presidennya ialah Datuk K.S. Nallakaruppan. MIUP ditubuhkan sebagai alternatif bagi kaum India selain Kongres India Malaysia (MIC) dan Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF). MIUP memberi sokongan kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 pada 8 Mac 2008. MIUP ditubuhkan dan didaftarkan pada 14 September 2007 dan dilancarkan pada 25 November 2007 setelah Datuk Nallakaruppan keluar dari parti Parti Keadilan Rakyat (PKR).[2]

Serpihan PKR[sunting | sunting sumber]

MIUP boleh dikatakan adalah parti serpihan PKR kerana ia ditubuhkan oleh bekas Ketua PKR Cabang Kepong, Datuk K.S. Nallakaruppan yang kecewa tidak dipilih menjadi calon dalam Pilihan Raya Kecil Ijok 2007.[3] Beliau berpandangan apabila BN menurunkan calon berbangsa India, PKR juga sepatutnya menurunkan calon India. Ini telah menyebabkan beliau mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjaga perasaan dan kepentingan kaum India. [4]

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

MIUP dilancarkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 25 November 2007. Penubuhan MIUP diberi hamparan permaidani merah oleh Barisan Nasional dan UMNO sehingga membenarkan PWTC digunakan untuk majlis pelancarannya padahal pengasasnya adalah bekas sahabat baik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis taklimat penubuhan MIUP diadakan di kediamannya di Bukit Tunku dan dihadiri oleh Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), Mohamad Ezam Mohd Nor.

MIUP didaftarkan dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada 14 September 2007 dengan 100 ahli asal, yang merupakan bekas ahli PKR dan parti-parti lain. Kebanyakan ahlinya terdiri daripadas golongan profesional India seperti peguam, doktor dan juruterbang. [5]

MIUP Pulau Pinang dibubarkan[sunting | sunting sumber]

Pada 6 April 2008, Pengerusi MIUP Pulau Pinang, L. Balasupramaniyam bersama 3,500 pengikutnya mengumumkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan Datuk Nallakaruppan. Dikatakan wujud penyelewengan dana bantuan yang sepatutnya diagihkan kepada setiap negeri. Tetapi Ketua Bahagian MIUP Nibong Tebal, M. Sures menafikan pembubaran tersebut.[6]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wooing the Indian Malaysian vote, 3 Jul 09, By Deborah Loh, The Nut Graph
  2. ^ Ex-PKR Nalla forms new Indian party, by FLORENCE A.SAMY, Oktober 06, 2007, mStar
  3. ^ "Nallakarupan - The Next Wee Choo Keong?, Khoo Kay Peng, 7 January 2008, Straight Talk". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2010-04-23.
  4. ^ Apabila NGO jadi parti, KU SEMAN KU HUSSAIN, Utusan Malaysia
  5. ^ Nalla ketuai parti baru, 6 Oktober 2007, Utusan Malaysia
  6. ^ MIUP Pulau Pinang masih wujud, 9 April 2007, Utusan Malaysia