Kongres Dayak Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kongres Dayak Malaysia
Malaysian Dayak Congress
MDC
KetuaPresiden Penaja (Pro Tem President)
Nicholas Bawin ak Anggat
DiasaskanMasih dalam proses pendaftaran
Ibu pejabatKuching
Tapak web
Laman Facebook MDC
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Kongres Dayak Malaysia atau Malaysian Dayak Congress (MDC) ialah parti politik yang ditubuhkan berlandaskan kepentingan kaum Dayak di Sarawak yang masih lagi dalam proses pendaftarannya dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang dikemukakan pada 6 Mei 2005[1][2][3] oleh bekas-bekas pemimpin dan ahli Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang dibubarkan di mana kebanyakannya merupakan penyokong bekas Timbalan Presiden PBDS, Datuk Seri Daniel Tajem yang terlibat dalam krisis kepimpinan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) 2003-2004. Hasil daripada perebutan jawatan dalaman Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) itu antara Datuk Seri Daniel Tajem yang sepatutnya mengambil alih kepimpinan parti itu tapi telah dibantahi dan dipertikaikan, dan bekas Ketua Penerangan PBDS, Datuk Seri Dr. James Jemut Masing telah mengakibatkan parti PBDS dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan dibubarkan sebanyak 2 kali pada 5 Disember 2003 dan 21 Oktober 2004. Kumpulan Datuk Seri Dr. James Jemut Masing selepas krisis itu telah menubuhkan dan mendaftarkan Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang telah menyertai gabungan Barisan Nasional.[4]. Manakala pendaftaran bagi Kongres Dayak Malaysia (MDC) yang telah dikemukakan pada 6 Mei 2005 pula telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui suratnya bertarikh 9 April 2008 berhubung keputusan ROS pada 19 Julai 2006 yang menolak permohonan MDC untuk didaftarkan sebagai parti politik atas sebab "keselamatan dan ketenteraman awam" di bawah Artikel 7 Akta Pertubuhan. Anggota jawatankuasa penaja MDC Walau bagaimanapun telah mengemukakan rayuan kepada KDN pada 12 Ogos 2006 berhubung keputusan ROS itu namun rayuan pendaftaran barunya masih belum diluluskan sehingga kini.[5].[6] Kelengahan dan keengganan ROS meluluskan pendaftaran MDC telah membuntukan usaha jawatankuasa penaja parti baru itu yang memutuskan untuk tidak merujuk masalah mereka kepada penghakiman di mahkamah dan hanya dapat menyerahkan nasib masa depan parti baru mereka yang belum dapat didaftarkan kepada ROS dan tuhan.[7]

Kegagalan dan kelewatan pendaftaran MDC telah menyebabkan ramai penyokongnya ketiadaan parti politik bernaung terpaksa memilih parti Sarawak lain sebagai alternatif untuk bergerak aktif.[8] MDC telah bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) untuk membentuk Barisan Bersatu Sarawak atau 'Sarawak Solidarity Front' (BBS) dalam pilihan raya negeri Sarawak kesembilan pada 20 Mei 2006, di mana calon MDC telah bertanding atas tiket parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) berikutan pendaftarannya sebagai parti politik masih belum diluluskan namun telah gagal memenangi sebarang kerusi.[9][10][11]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tony Thien (6 May 2005). "Application for new Dayak party filed". Malaysiakini. Dicapai pada 5 May 2016.
  2. ^ Y.W.Loke (5 December 2003). "Bernama: PBDS Deregistered". Bernama. Dicapai pada 5 May 2016.
  3. ^ DAYAK GROUP APPLIES TO REGISTER NEW PARTY, May 06, 2005, Bernama
  4. ^ PBDS: Elegy and Eulogy, knightadventure
  5. ^ MDC Akan Buat Keputusan Mengenai Pendaftaran Parti, 18 Januari, 2009, Bernama
  6. ^ ROS SILENT TREATMENT IRKS THE YET-TO-BE-REGISTERED MDC, Dec 11, 2007, Bernama
  7. ^ MDC now in God’s hands, says Bawin, Pro-tem president gives up on plan to seek judicial review after long wait, June 28, 2008, Sarawak News, Bernama
  8. ^ Baru Bian Takes Charge of Sarawak PKR, Joseph Tawie, 22 October 2009, Dayak Nation
  9. ^ Sarawak Election 2006: Grab the Chance for Change, Thursday, May 18th, 2006, Merdeka 曖昧
  10. ^ KeADILan kenal pasti calon pilihan raya Sarawak, Saidatul Amani, 24 Apr 06, Harakah
  11. ^ Analisis: Belum ada sejarah pembangkang buat kejutan, 10 May 2006 Berita Harian, Bahagian Pengurusan & Analisis Maklumat KPKK