Pergi ke kandungan

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
ڤرتي ڤساك بوميڤوترا برساتو
Nama bahasa Cina砂拉越土著保守联合党 Shālāyuè tǔzhù bǎoshǒu liánhé dǎng
Nama bahasa InggerisUnited Bumiputera Heritage Party
SingkatanPBB
PresidenDatuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg
PengerusiTan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar
Setiausaha agungAlexander Nanta Linggi Sunting nilai ini di Wikidata
Setiausaha amDato' Sri Alexander Nanta Linggi
JurucakapDato' Sri Abdul Karim Rahman Hamzah
Timbalan PresidenDatuk Amar Douglas Uggah Embas
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan
Naib PresidenDato' Sri Fadillah Yusof
Dato' Sri Dr. Stephen Rundi Utom
Dato' Sri Julaihi Narawi
Dato' Gerawat Gala
Dato' Gerald Rentap Jabu
Datuk Len Talif Salleh
Datuk Dr. Annuar Rapaee
Dato' Ibrahim Baki
Ketua WanitaDato' Sri Hajah Fatimah Abdullah
Ketua PemudaDatuk Maclaine Ben
BendahariDatuk Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi
PengasasTun Temenggong Jugah Barieng
Diasaskan5 Januari 1973
(Berikutan penggabungan BUMIPUTERA & PESAKA)
Disahkan30 April 1973
PenggabunganParti Bumiputera Sarawak (BUMIPUTERA)1 2
Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)3
Ibu pejabatJalan Diplomatik, Off Jalan Bako, Kuching, Sarawak
Akhbar• Jiwa Bakti (akhbar rasmi PBB)
• Suara Sarawak
• Sarawak Tribune
TVS
• Media GPS (TikTok rasmi)
Sayap pelajarGerak PBB 1828
Sayap belia/pemudaArmada Pemuda PBB
Sayap wanitaPergerakan Wanita PBB
Keanggotaan453,378 (Oktober 2025)
Ideologi
Kedudukan politikBerhaluan kanan
Hubungan kebangsaanBarisan Nasional (1973–2018), (2020–2022)
Gabungan Parti Sarawak (2018–kini) (masih aktif)
Kerajaan Perpaduan Malaysia (2022–kini) (masih aktif)
Warna     Kuning, merah, putih dan hitam
SloganBersatu Sentiasa, Mara Bersama
(United Always, Moving Forward Together)
LaguMarch PBB (PBB March; Official anthem)
Ikrar Wanita (Women's Oath; Women Movement)
Tapak sesawangpbb.org.my
Dewan Negara:
4 / 70
Dewan Rakyat:
14 / 222
Dewan Undangan Negeri Sarawak:
47 / 82
Catatan kaki
1 Parti Negara Sarawak dan Barisan Rakyat Jati Sarawak bergabung untuk membentuk Parti Bumiputera Sarawak.
2 Parti Bumiputera Sarawak dianggotai rakyat tempatan Islam-Melayu, Melanau, Kedayan, Brunei-Melayu, dan Orang Ulu.
2 Parti Pesaka Anak Sarawak dianggotai ahli dari kaum Iban dan Bidayuh.
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) (bahasa Inggeris: Sarawak United Bumiputera Heritage Party) merupakan parti politik pelbagai kaum, multi-agama, dan parti politik Bumiputera yang berfahaman kanan dan bersifat pro kerajaan, serta juga merupakan parti politik terbesar di Sarawak. Parti politik ini merupakan salah satu daripada parti politik tempatan yang membentuk kerjasama antara PDP, SUPP, dan PRS, sekaligus menubuhkan Gabungan Parti Sarawak pada 19 November 2018. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) ditubuhkan pada 30 April 1973, hasil daripada penggabungan tiga buah parti politik di Sarawak ketika itu, iaitu Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA).[1][2]

Objektif Parti

Percantuman tiga parti politik tempatan ini adalah selaras dengan sembilan matlamat utama penubuhan PBB, iaitu:

  • Meningkatkan taraf hidup dan status komuniti etnik Melayu Sarawak.
  • Meningkatkan sepenuhnya taraf hidup dan sosioekonomi masyarakat Dayak, yang meliputi etnik Iban, Bidayuh, Orang Ulu, serta etnik peribumi yang lain di Sarawak.
  • Menggalakkan masyarakat dari semua kaum di Sarawak untuk menceburi apa-apa bidang termasuk politik, sosial, ekonomi, sains & teknologi, seni & budaya, keusahawanan, dan sukan.
  • Memperkasakan kesenian, kebudayaan, dan warisan masyarakat dari pelbagai kaum dan etnik di Sarawak.
  • Memfokuskan kebajikan seluruh rakyat Sarawak, melalui pelaksanaan semua bantuan dan sumbangan dari Kerajaan Sarawak sendiri, dan juga melalui bantuan-bantuan kerajaan persekutuan.
  • Mengutamakan hak golongan belia, golongan wanita, dan golongan kurang upaya di Sarawak.
  • Menuntut dan mengembalikan sepenuhnya hak-hak Sarawak yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  • Mengutamakan pembangunan wilayah Sarawak secara menyeluruh menerusi pelbagai projek pembangunan berimpak tinggi serta projek-projek mesra rakyat yang bermanfaat demi kesejahteraan & kemakmuran masyarakat di wilayah ini.
  • Menjamin kedamaian, kesejahteraan, dan keharmonian semua kaum dan semua agama di Sarawak, sekaligus menghapuskan sebarang perbalahan, diskriminasi kaum, rusuhan perkauman, dan persengketaan antara agama di wilayah ini.

Sejarah

Sejarah awal penubuhan PBB adalah atas ilham dan inisiatif Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Setiausaha Agung BARJASA yang muda dan idealistik ketika itu.

Sebelum pilihanraya negeri yang pertama pada Januari 1963, Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) dan Persatuan Cina Sarawak (SCA) membentuk sebuah parti campuran pada Julai 1962. Parti campuran ini dipengerusikan oleh Tun Jugah anak Barieng, dengan Datuk Stephen Kalong Ningkan sebagai Setiausaha Agungnya. Walau bagaimanapun, Parti Negara Sarawak (PANAS) kemudian menarik diri daripada parti campuran ini menjelang pilihan raya untuk menyertai parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SUPP). Selepas pilihan raya, parti campuran ini ternyata mendapat keputusan yang menyakinkan dan membentuk Kabinet Negeri yang pertama. Datuk Stephen Kalong Ningkan dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak yang pertama, manakala Tun Jugah pula dilantik menganggotai Kabinet Persekutuan di Kuala Lumpur selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak.

Antara tahun 1963 dan 1966, politik Sarawak mengalami pergolakan yang hebat, disebabkan terlalu banyak parti politik sehingga mencetuskan krisis demi krisis yang sesetengahnya berbau perkauman. Krisis ini akhirnya tamat dengan penyingkiran Datuk Ningkan sebagai Presiden SNAP. Menggantikan tempat Datuk Ningkan sebagai Ketua Menteri baru ketika itu ialah Penghulu Tawi Sli. Kabinetnya terdiri daripada tiga orang ahli PESAKA (termasuk beliau sendiri), dua ahli BARJASA (termasuk Datuk Patinggi Taib), dan seorang ahli PANAS. PANAS menyertai semula parti campuran ini hanya sebelum penyingkiran Datuk Ningkan.

Sarawak mencapai satu kemajuan politik apabila BARJASA dan PANAS bergabung untuk membentuk Parti Bumiputera pada bulan Mac 1968. Datuk Patinggi Taib menjadi penggerak utama ke arah pergabungan ini. Parti Bumiputera diketuai oleh Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Abang Ikhwan Zaini, dengan Datuk Taib memegang jawatan Setiausaha Agung.

Kekuatan parti dan perpaduan terus diperkukuh apabila Parti Bumiputera dan PESAKA bergabung untuk melahirkan Parti PBB pada 30 April 1973. Tun Jugah yang pada ketika itu selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak telah dilantik sebagai Presiden pertama PBB. Datuk Patinggi Taib memegang jawatan Presiden PBB secara automatik apabila memenangi jawatan Presiden tanpa bertanding pada 1981 sehingga sekarang.

Kewujudan parti ini sebagai satu komponen terbesar dalam Barisan Nasional negeri telah mengukuhkan lagi kedudukan Bumiputera di Sarawak. Setakat bulan Oktober 2025, jumlah keanggotaan dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kini meningkat kepada 453,378 orang, dengan hanya sebanyak 260 cawangan parti di seluruh wilayah Sarawak, sekaligus diiktiraf sebagai parti politik tempatan yang terbesar dan bergerak secara aktif di Sarawak.

Organisasi kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)

Majlis Tertinggi PBB

Pergerakan Wanita PBB

  • Ketua Wanita:
  • Timbalan Ketua Wanita:
  • Naib Ketua Wanita:
  • Setiausaha:
  • Penolong Setiausaha (1):
    • Fridah Osman
  • Penolong Setiausaha (2):
    • TIADA
  • Bendahari:
    • Dr. Dayang Nurfizawati binti Haji Abang Abdul Karim
  • Penolong Bendahari:
    • Natasha Nasa Datuk Amar Douglas Uggah
  • Ketua Penerangan:
  • Penolong Ketua Penerangan:
  • Ahli Majlis Tertinggi Dipilih (BUMIPUTERA) :
    • Puan Hajah Dora binti Abdul Rahman
    • Puan Hajah Hasanah binti Haji Majais
    • Kr. Puan Misiah binti Abu Seman
    • Puan Noriha binti Haji Ali
    • Puan Dayang Nora binti Awang Sabudin
    • Puan Mujallipah binti Mohd Anis
    • Puan Rokiah binti Mohamad Jahar
    • Kr. Puan Hadijah binti Sheikh Kassim
    • Puan Dayang Rajamah binti Abang Adeng
    • Puan Dayangku Norli binti Awangku Terjudin
    • Kr. Puan Hajah Mahani binti Haji Sahari
    • Puan Anita binti Mohammed
  • Ahli Majlis Tertinggi Dipilih (PESAKA):
    • Puan Jenny anak Bangga
    • Puan Elizabeth Nail anak Wen
    • Puan Carolynne Dayang anak Jawa
    • Puan Candida Entri
    • Puan Yvoone Nillie anak Intily
    • Puan Carrie Anne anak John David
    • Puan Mindy Maida John
    • Dr. Christie Augustine Kiek
    • Puan Kesean Nenna Sandah
    • Roszuina anak Labet
    • Kr. Puan Margaret @ Uding Nawan Lawai
    • Puan Suti Saran
    • Puan Lilla Raja @ Lilla Wong

Pergerakan Pemuda PBB

  • Ketua Pemuda:
  • Timbalan Ketua Pemuda:
  • Naib Ketua Pemuda:
  • Setiausaha
    • Sufian Mohat
  • Penolong Setiausaha (1):
    • Martin Ngindang anak Richard Mulok
  • Penolong Setiausaha (2):
  • Bendahari:
    • Edwin Bukong
  • Penolong Bendahari:
    • Haji Afiq Fikri bin Haji Brahim
  • Ketua Penerangan:
  • Penolong Ketua Penerangan:
    • Cr. Neuchlos Jub
  • Setiausaha Kerja (1):
    • Johan Haris bin Sulaiman
  • Setiausaha Kerja (2):
    • Jillson anak John
  • Ahli-Ahli Jawatankuasa (Terpilih):
    • Stephen Augustine Lateng
    • Judson Jarrau
    • Nicholas Bawin anak Burong
    • Michael Bel Ben
    • Alexious Bethrol anak Stephen
    • Albert anak Andrew
    • Denvy
    • Wilson anak Ahon
    • Murphy Nyegang anak Nelson Mujah
    • Aaron Rachel anak Palu
    • Muhammad Fadilah bin Ali Seman
    • Abang Hisham bin Abang Hashim
    • Abdul Halik Jafar
    • Kasdi Pandi
    • Mohd Nazrol Hisham bin Awang Tengah
    • Rizal bin Talip
    • Mohd Faizal bin Jamiludin
    • Syed Zyed Wan Asnawi
    • Sebli bin Morshidi
    • Shahrul Iman bin Mohd Naroden
    • Mohamad Shafizan bin Haji Kepli
    • Afiq Hizami bin Julaihi
    • Steve Lius
    • Veriland Godon Anak Gagat
    • Lyokarto Sikong
  • Ahli-Ahli Jawatankuasa (Dilantik):
    • Abang Mohamad Hafiq Abang Kassim
    • Assoddin bin Narawi
    • Abdul Hisham bin Ahmad
    • Abdul Adzim Adzmi bin Abdul Rahman
    • Baling Elision Duren
    • Cyrill Kuling
    • Johny Sain
    • Hardy Boy anak Ramping
    • Sonny Terrance

Statistik keahlian

Jumlah keseluruhan keahlian parti PBB (setakat Oktober 2025)

Etnik / bangsa Jumlah keahlian Peratusan Catatan
Melayu 238,710
Iban 163,842
Bidayuh 25,316
Melanau 15,109
Orang Ulu 10,344
Lain-lain etnik 57
Jumlah keseluruhan 453,378

Wakil Rakyat (Dewan Negara & Rakyat)

Ahli Dewan Negara

Lantikan Tempoh Ahli Catatan
Yang di-Pertuan Agong 21 Ogos 2023 - 22 Ogos 2026 Susan Chemerai Anding, YB Senator Puan
15 Julai 2024 - 14 Julai 2027 Awang Bemee Awang Ali Basah, YB Senator Dato' Yang di-Pertua Dewan Negara ke-21
 Sarawak 18 Julai 2022 - 17 Julai 2025 Ahmad Ibrahim, YB Senator Dato'
11 Disember 2023 - 10 Disember 2026 Michael Mujah Lihan, YB Senator Tuan

Ahli Dewan Rakyat

PBB kini mempunyai 14 ahli parlimen.

Negeri No. Perlembagaan Parlimen Ahli Catatan
 Sarawak P193 Santubong Nancy Shukri, YB Dato' Sri Hajah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia
P194 Petra Jaya Fadillah Yusof, YAB Dato' Sri Haji Timbalan Perdana Menteri II Malaysia

&
Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia

P197 Kota Samarahan Rubiah Wang, YB Datuk Hajah Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia
P198 Puncak Borneo Willie Mongin, YB Datuk
P200 Batang Sadong Rodiyah Sapiee, YB Puan
P201 Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli, YB Tuan
P204 Betong Richard Rapu, YB Dato Dr.
P206 Tanjong Manis Yusuf Abd Wahab, YB Tuan Ir. Haji
P207 Igan Ahmad Johnie Zawawi, YB Tuan Haji
P213 Mukah Hanifah Hajar Taib, YB Dato' Hajjah Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia
P215 Kapit Alexander Nanta Linggi, YB Dato' Sri Menteri Kerja Raya Malaysia
P218 Sibuti Lukanisman Awang Sauni, YB Dato' Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
P221 Limbang Hasbi Habibollah, YB Datuk Haji Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia
P222 Lawas Henry Sum Agong, YB Datuk

Lihat juga

Nota

  • Chin, James. 2003. 'The Melanau-Malay Schism Erupts Again: Sarawak at the Polls' in Lok Kok Wah & Johan Saravanamuttu (eds.), New Politics in Malaysia (Singapore: Institute of South East Asian Studies, 2003) (ISBN 981-230-169-0) pp. 213-227
  • An review of various "Sons of Soil" concepts by Dr. Bhaskar Dasgupta: http://piquancy.blogspot.com/2006/02/sons-of-soil.html

Pautan luar

Rujukan

  1. ^ "Oops, PBB exclusively for Bumiputera, by Stanley Bye Kadam Kiai, 1 March 2010, Sarawak Update". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-29. Dicapai pada 2010-04-22.
  2. ^ Unity in diversity, New Straits Times, Mar 26, 2005