Pergi ke kandungan

Parti Demokratik Progresif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Progressive Democratic Party
Parti Demokratik Progresif
砂拉越进步民主党
Nama MalayParti Demokratik Progresif
SingkatanPDP
PresidenYB Dato' Seri Tiong King Sing
Setiausaha amYB Dato Anyi Ngau
Timbalan PresidenYB Datuk Henry Harry Jinep
Youth LeaderYBrs. Tuan David Yeo
Women LeaderYBhg. Puan Agnes Jonep
PengasasDatuk Peter Nyarok Entrie
Diasaskan2002 (2002)[1]
Pecahan
Ibu pejabatLot 158, 159 & 160, Seksyen 20, KTLD 9F/9G/9H, Jalan Badruddin, 93400 Kuching, Sarawak
Akhbar• Suara Sarawak
• Utusan Borneo
• The Borneo Post
TVS
Berita RTM
Media Prima Berhad (TV3 & 8TV)
Media GPS (Tiktok rasmi GPS)
Sayap belia/pemudaPergerakan Pemuda PDP
Sayap wanitaPergerakan Wanita PDP
Keanggotaan212,778 (2025)
Ideologi
Kedudukan politik
Hubungan kebangsaanBarisan Nasional (2002–2018)
Gabungan Parti Sarawak (2018–kini) (masih aktif)
Kerajaan Perpaduan Malaysia (2022–kini) (rakan gabungan)
Warna     Biru      Kuning
     Indigo
Pautan lain
Facebook: pdp030217 Sunting nilai ini di Wikidata
Dewan Negara:
1 / 70
Dewan Rakyat:
2 / 222
Dewan Undangan Negeri Sarawak:
7 / 82
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Parti Demokratik Progresif atau Progressive Democratic Party (PDP), merupakan sebuah parti politik tempatan yang ditubuhkan serta didaftarkan secara rasmi pada 9 November 2002, dan parti ini juga merupakan parti serpihan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Ini disebabkan oleh wujudnya perbalahan antara pucuk pimpinan dalam Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang melibatkan pihak pembangkang sehingga mengakibatkan ramai ahli SNAP bertindak keluar parti, dan bersepakat menubuhkan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang diterajui oleh presiden parti ketika itu, Tan Sri Datuk William Mawan Ikom. Dan parti politik ini aktif berkhidmat sehingga kini.

Sejarah penubuhan

Pada pertengahan tahun 2002, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) sekali lagi mengalami krisis dalaman parti berkenaan, apabila pemangku presiden SNAP waktu itu, Datuk Amar James Wong Kim Min, bertindak memecat bendaharinya yang juga merupakan ahli parlimen Bintulu, Tiong King Sing pada bulan April 2002 atas sebab tindakan disiplin sekaligus mencetuskan krisis kepimpinan dan perpecahan parti yang mengakibatkan perpecahan antara dua puak. Satu puak diterajui oleh pemangku presiden James Wong dan timbalan presiden SNAP ketika itu, Peter Tinggom. Manakala satu puak lagi diketuai oleh naib presidennya yang berimpian tinggi, Tan Sri Datuk William Mawan Ikom.

Krisis perpecahan yang berlaku ini telah mengakibatkan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang juga merupakan parti tertua negeri Sarawak selama 41 tahun, secara rasminya dibatalkan pendaftarannya pada 5 November 2002 oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Pada masa yang sama, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) tidak lagi diisytiharkan sebagai parti politik yang sah dan diwartakan sebagai pertubuhan politik yang tidak berdaftar.

Susulan pembatalan pendaftaran baharu parti SNAP, bekas naib presiden parti berkenaan, Tan Sri Datuk William Mawan Ikom akhirnya bersetuju untuk menubuhkan sebuah parti politik tempatan baharunya iaitu Parti Demokratik Progresif Sarawak atau dikenali sebagai Progressive Democratic Party (PDP), yang merupakan parti serpihan baharu daripada parti lamanya, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). PDP telahpun didaftarkan serta diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 9 November 2002, iaitu 4 hari kemudian selepas ROS bertindak membatalkan pendaftaran SNAP. [3][4]

Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) kini diterajui oleh presiden baharu yang juga merupakan bekas bendahari SNAP dan ahli parlimen Bintulu, Dato' Sri Tiong King Sing. Pada pilihan raya umum negeri Sarawak tahun lalu (PRU DUN Sarawak 2021), PDP berjaya memperoleh lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Jumlah keahlian dalam Parti Demokratik Progresif (PDP) kini mencecah sebanyak 212,778 ahli, sekaligus menjadikan Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) sebagai parti politik tempatan Sarawak yang kedua terbesar selepas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).

Objektif parti

Parti Demokratik Progresif (PDP) adalah sebuah parti politik demokrasi berhaluan kanan yang mengamalkan prinsip 10 Tonggak Demi Perjuangan PDP yang mesti dikekalkan dan diamalkan sepenuhnya oleh semua ahli parti serta semua pihak majlis tertinggi parti PDP.

10 Tonggak Demi Perjuangan Parti Demokratik Progresif (PDP)

1. Demi Perpaduan dan Keharmonian Rakyat

Mengutamakan penyatuan dan keharmonian semua kaum dan semua agama yang berbeza di Sarawak. Ini juga termasuk amalan berbudi bahasa, sikap toleransi, hormat menghormati antara satu sama lain, jujur, ikhlas, amanah, berintergriti, berwawasan tinggi, dan harmoni dalam semua tindakan.

2. Demi Keamanan Wilayah Sarawak

Memastikan Sarawak sentiasa dalam keadaan yang lebih aman, damai, sejahtera, dan makmur tanpa sebarang gangguan mahupun ancaman yang sangat bahaya dari pihak luar termasuk ancaman dari mana-mana pihak yang mencemarkan dan memburukkan nama baik wilayah Sarawak.

3. Demi Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat

Mengutamakan hal ehwal berkaitan dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Sarawak yang berbeza kaum, agama, jantina, dan juga latar belakang. Ini untuk memastikan tidak ada seorang pun dipinggirkan mahupun ketinggalan dalam mendapatkan dan memberikan pelbagai bantuan serta sokongan penuh dari Kerajaan Sarawak.

4. Demi Kebebasan dan Kepercayaan Rakyat

Sarawak sentiasa mengamalkan hak kebebasan dan kepercayaan rakyat secara menyeluruh, seperti kebebasan bersuara, kebebasan beragama, kebebasan politik, kebebasan media akhbar, radio, televisyen dan media digital, kebebasan tradisi dan adat resam pelbagai kaum, hak asal peribumi bangsa Dayak Sarawak (Iban, Bidayuh, Orang Ulu, dan Penan), hak bangsa Melayu Sarawak dan bangsa Cina Sarawak, hak tanah adat peribumi Sarawak (NCR), hak golongan wanita & golongan belia, hak golongan kurang upaya (OKU), hak golongan kanak-kanak, dan hak golongan warga emas di Sarawak.

5. Demi Kemerdekaan Sarawak

Memastikan wilayah Sarawak terus merdeka dan bebas sepenuhnya daripada sebarang bentuk penjajahan luar wilayah sama ada penjajahan fizikal, penjajahan politik, mahupun penjajahan minda, selaras dengan status penuh Sarawak sebagai sebuah wilayah yang merdeka serta sebagai rakan kongsi yang penting dalam Malaysia.

6. Demi Hak Autonomi dan MA63 Sarawak

Memperjuangkan serta mempertahankan hak-hak autonomi dan kedaulatan penuh wilayah Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perjanjian 18 Perkara Sarawak. Ini termasuk hak kewarganegaraan rakyat Sarawak, hak imigresen wilayah Sarawak, hak autonomi pendidikan Sarawak, hak royalti minyak petroleum & gas asli Sarawak, hak autonomi kesihatan Sarawak, hak autonomi kewangan & pelaburan Sarawak, dan hak autonomi pemerintahan kerajaan sendiri Sarawak.

7. Demi Kestabilan Ekonomi dan Pembangunan Wilayah

Sarawak mesti menerapkan konsep ekonomi, kewangan, dan perdagangan yang berasaskan "ekonomi dan kewangan untuk seluruh rakyat Sarawak". Ini termasuk pelaksanaan pelbagai projek pembangunan berimpak tinggi, pembangunan infrastruktur asas Sarawak, dasar teknologi hijau dan sumber tenaga boleh diperbaharui Sarawak, dasar ekonomi hijau dan inovasi kejuruteraan moden Sarawak, dan kerjasama perdagangan dan ekonomi Sarawak dengan negara-negara maju di seluruh rantau Asia Tenggara, Asia Timur, Australasia (Australia & New Zealand), dan Kesatuan Eropah (EU).

8. Demi Kestabilan Pentadbiran Kerajaan Sarawak

Kerajaan Sarawak mesti mengutamakan budaya adil dan saksama dalam penyampaian perkhidmatan awam kerajaan dan separa kerajaan di Sarawak, mengutamakan kestabilan pentadbiran dan pemerintahan kerajaan Sarawak yang lebih cekap, adil, tegas dan berintergriti, memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan penjawat awam negeri Sarawak, serta menghapuskan sepenuhnya sebarang budaya negatif dan tidak sihat dalam kalangan kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Sarawak.

9. Demi Kelestarian Alam Sekitar dan Biodiversiti

Kerajaan Sarawak sentiasa fokus sepenuhnya kepada kelestarian dan keseimbangan alam sekitar dan hidupan marin di Sarawak. Ianya merangkumi perlindungan terumbu karang dan hidupan laut perairan Sarawak, perlindungan kawasan hutan rizab semulajadi & kawasan hutan simpan di Sarawak, memelihara khazanah hutan, pergunungan dan perairan Sarawak, memelihara & memulihara semua hidupan liar yang terancam di Sarawak, serta menghapuskan semua kegiatan aktiviti pembalakan haram & aktiviti pembakaran terbuka di Sarawak.

10. Demi Masa Depan Belia dan Wanita Sarawak

Kerajaan Sarawak sentiasa memahami peranan golongan belia dan golongan wanita di Sarawak. Ini kerana mereka adalah aset penting dan sangat berharga untuk pembangunan menyeluruh wilayah Sarawak. Ini termasuk pemerkasaan ekonomi mikro, kecil & sederhana untuk golongan belia dan golongan wanita, memanfaatkan penggunaan media sosial bagi tujuan promosi dan jualan produk buatan tempatan, melaksanakan sektor pembangunan usahawan untuk golongan belia, memantapkan sektor ekonomi gig di Sarawak, serta menggalakkan sektor ekonomi & kewangan digital di Sarawak.

Sejarah pilihan raya

Pada pilihan raya negeri Sarawak 2016, PDP berjaya memperoleh 3 kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Manakala melalui pilihan raya umum Malaysia 2013, PDP berjaya memperoleh 2 kerusi di peringkat parlimen.

Pada pilihan raya umum DUN Sarawak 2021, PDP mencatatkan kemenangan mutlak dengan memperoleh 5 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Organisasi kepimpinan Parti Demokratik Progresif (PDP)

Jawatan Nama Nota
Presiden YB Dato' Seri Tiong King Sing Menteri (Persekutuan) / Ahli Parlimen / ADUN
Timbalan Presiden YB Datuk Henry Harry Jinep Timbalan Menteri (Wilayah Sarawak) / ADUN
Naib Presiden Kanan YB Dato Sri Wong Soon Koh ADUN
YB Datuk Dr. Penguang anak Manggil Timbalan Menteri (Wilayah Sarawak) / ADUN
YB Dato Rolland Duat Jubin ADUN
Naib Presiden Alexander Asing Sadai
YB Encik Friday Belik ADUN
Roland Ting Hua Sing
YB Dr. Johnical Rayong Ngipa ADUN
YB Encik aru Bian ADUN
Setiausaha Agung YB Dato Anyi Ngau Ahli Parlimen
Timbalan Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Timbalan Bendahari Agung
Ketua Penerangan Parti
Setiausaha Organisasi (Pilihanraya)
Setiausaha Organisasi (Belia & Wanita)
Ketua Pemuda PDP YBrs. Encik David Yeo Ang Lim
Timbalan Ketua Pemuda
Ketua Wanita PDP YBhg. Puan Agnes Jonep
Timbalan Ketua Wanita

Senarai perwakilan PDP

Dewan Negara

Lantikan Tempoh Ahli Catatan
Yang di-Pertuan Agong 5 Mac 2024 - 4 Mac 2027 Pele Peter Tinggom, YB Tuan

Dewan Rakyat

Negeri Bil. Parlimen Penyandang Catatan
Sarawak P217 Bintulu Tiong King Sing, YB Dato' Seri Menteri Pelancongan Malaysia
P220 Baram Anyi Ngau, YB Dato -
Jumlah Sarawak (2)

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak

No. DUN Penyandang Catatan
N2 Tasik Biru YB Datuk Henry @ Harry Anak Jinep Timbalan Menteri Pengangkutan II
N33 Engkilili YB Dr. Johnical Rayong Ngipa Menang PRN Sarawak 2021 atas tiket PSB
N39 Krian YB Friday Belik -
N48 Meluan YB Dato Rolland Duat Jubin -
N52 Dudong YB Dato' Seri Tiong King Sing Menteri Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia
N53 Bawang Assan YB Dato' Sri Wong Soon Koh Menang PRN Sarawak 2021 atas tiket PSB
N76 Marudi YB Datuk Penguang Manggil Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak
N81 Ba'kelalan YB Encik Baru Bian Menang PRN Sarawak 2021 atas tiket PSB

Penyerapan Parti Sarawak Bersatu ke Dalam Parti Demokratik Progresif

Parti Sarawak Bersatu (PSB) ditubuhkan pada 17 Ogos 2014 merupakan parti serpihan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang diketuai oleh mantan Menteri Kewangan 2 Sarawak, Wong Soon Koh. Walau bagaimanapun, PSB kekal sebagai rakan strategik Barisan Nasional dan diberikan enam kerusi pada Pilihan raya negeri Sarawak 2016 dan kesemua calonnya bertanding sebagai ahli langsung BN.

Statistik keahlian

Jumlah keahlian PDP mengikut kawasan DUN Sarawak

Kawasan DUN Jumlah keahlian (2026) Nota / Catatan
N01 Opar 2,108
N02 Tasik Biru 30,786
N04 Pantai Damai 63
N05 Demak Laut 40
N09 Padungan 5,734
N11 Batu Lintang 1,915
N12 Kota Sentosa 148
N14 Batu Kawah 16,382
N20 Tarat 340
N30 Balai Ringin 4,507
N31 Bukit Begunan 955
N33 Engkilili 21,573
N34 Batang Ai 10,816
N38 Kalaka 76
N39 Krian 18,730
N45 Repok 9,501
N46 Meradong 1,096
N47 Pakan 9,144
N48 Meluan 10,988
N52 Dudong 29,912
N53 Bawang Assan 13,416
N65 Belaga 2,100
N73 Piasau 420
N75 Senadin 107
N76 Marudi 9,910
N77 Telang Usan 4,071
N81 Ba'kelalan 7,940
Jumlah keseluruhan 212,778

Lihat juga

Pautan luar

Rujukan

  1. ^ "Parti Demokratik Progresif - Barisan Nasional". Barisan Nasional. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2017. Dicapai pada 12 June 2018.
  2. ^ Merupakan ideologi terkini Parti Demokratik Progresif (PDP) yang menerapkan fahaman berasaskan perjuangan rakyat Sarawak, mempertahankan hak dan kedaulatan Sarawak, serta mengutamakan penyatuan semua kaum dan agama di Sarawak, sekaligus dapat menghapuskan sebarang pengaruh atau unsur negatif yang dibawa oleh pihak parti-parti politik dari Semenanjung Malaysia.
  3. ^ Sarawak’s Snap deregistered by ROS, 5 Nov 2002, Malaysiakini
  4. ^ SNAP to Seek Judicial Review of Deregistration, 26 Nov 2002, New Straits Times