Parti Alternatif Rakyat
Parti Alternatif Rakyat People's Alternative Party PAP | |
---|---|
![]() | |
Pengasas | Zulkifli Mohd Noor |
Presiden | A. David Dass |
Setiausaha Agung | Noor Mohamed Mohd Yousof |
Diasaskan | September 2014 |
Ibu pejabat | Pulau Pinang |
Ideologi | Liberal Demokratik |
Warna rasmi | Kuning, Biru, Oren |
Tapak web | |
Laman Rasmi PAP |
![]() |
Rencana ini sebahagian daripada siri: Politik dan pemerintahan Malaysia |
![]() |
|
Portal Malaysia |
Parti Alternatif Rakyat (singkatan: PAP, Bahasa Inggeris: People's Alternative Party) adalah salah satu parti politik Malaysia yang berbentuk pelbagai kaum dan liberal demokratik. Ia ditubuhkan pada 15 September 2014 di Pulau Pinang.[1] [2]
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Parti PAP adalah serpihan kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) berikutan krisis dalaman dan kepimpinan parti (DAP). PAP adalah salah satu parti terbaru di parti politik Malaysia. [3] [4]
Pada 30 Oktober 2015 pendaftaran PAP diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) serta dilancarkan pada 5 Disember 2015 oleh Presiden PAP, Zukifli Mohd Noor di Hotel Quality, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.[5][6] Zulkifli Mohd Noor berulang kali menegaskan bahawa PAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman di Malaysia.
PAP merupakan salah satu parti politik terbaru di Malaysia. PAP memberikan rakyat Malaysia satu alternatif politik yang mantap dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Malaysia keseluruhannya.
Jawatankuasa Eksekutif Pusat[sunting | sunting sumber]
- Presiden : Zulkifli Mohd Noor
- Timbalan Presiden : Lim Teow Leong
- Setiausaha Agung: Noor Mohamed Mohd Yousof
- Setiausaha Publisitii : G Asoghan
- Naib Presiden : Rahmad Isahak