Parti Negara Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Negara Sarawak
PemimpinDatu Bandar Abang Haji Mustapha
Ditubuhkan9 April 1960
Dibubarkan28 Mac 1968
Ibu pejabatKuching, Sarawak

Parti Negara Sarawak (PANAS) atau National Party of Sarawak merupakan salah satu bekas parti politik berperingkat negeri yang ditubuhkan pada 9 April 1960 di Sarawak, Malaysia untuk menghadapi pilihan raya majlis tempatan dan daerah yang telah dimulakan pada tahun 1959.[1] PANAS mendukung tujuan melindungi, memelihara dan memajukan kepentingan politik, pendidikan, keagamaan, ekonomi, sosial dan kebudayaan rakyat seluruh negeri Sarawak, khasnya kaum bumiputera.

Pada 28 Mac 1968, parti ini bergabung dengan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) untuk membentuk Parti Bumiputera yang kemudian bercantum dengan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) untuk menubuhkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) pada 30 April 1973.[2][3]


Sejarah[sunting | sunting sumber]

PANAS merupakan parti politik kedua di Sarawak dan diasaskan oleh Datuk Bandar Abang Haji Mustapha, kira-kira 10 bulan selepas penubuhan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang merupakan parti politik pertama didaftarkan di Sarawak. Pada peringkat permulaannya, PANAS tidak mendapat sokongan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan sendiri tetapi selepas dua tahun, parti ini mula diterima apabila sebanyak 62,795 ahli menganggotainya kerana menentang penjajahan Malaya. Ketika itu, PANAS sudah menubuhkan 65 cawangan di seluruh negeri dan dianggotai kira-kira 20,000 orang Melayu, 20,000 orang suku kaum Iban, dan 10,000 orang suku kaum Bidayuh, termasuk beratus-ratus orang lain daripada kaum Cina.

Setelah pendaftaran PANAS diluluskan secara rasmi pada 9 April 1960, Datu Bandar Abang Haji Mustapha dilantik sebagai Pengerusi dan Abang Othman, adiknya yang meletakkan jawatan sebagai Timbalan Penguasa Polis, dilantik sebagai Setiausaha Agung. Antara tokoh yang menjadi tulang belakang PANAS ialah:

  • Naib-naib Pengerusi: William Tan, Edward Jerah dan Austin Jaya
  • Penolong Setiausaha Agung: Lo Foot Kee dan Andrew Landau
  • Bendahari: Tan Tsak Yu
  • Penolong Bendahari: Leong Ho Yuen
  • Ahli Majlis Tertinggi: Tan Sri Datuk Ikhwan Zaini
  • Ahli-Ahli Jawatankuasa: Penghulu Haji Dol Osman, Abong Taib, Jalel Ubong, Stephen Harry, Edward Menlis, Sim Peng Cho, Chin Poh Luke, dan Ngui Ah Sin.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sarawak’s 45th Anniversary, by lovebell, 28 July 2008, Kuching Catcity
  2. ^ "Oops, PBB exclusively for Bumiputera, by Stanley Bye Kadam Kiai, 1 March 2010, Sarawak Update". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-29. Dicapai pada 2010-04-22.
  3. ^ Unity in diversity, New Straits Times, Mar 26, 2005