Parti Tenaga Rakyat Sarawak
Parti Tenaga Rakyat Sarawak | |
|---|---|
| Diasaskan | 2014 |
| Ibu pejabat | Kuching, Sarawak |
| Akhbar | – |
| Sayap belia/pemuda | – |
| Ideologi | Berhaluan tengah |
| Warna | Biru Oren Kuning |
| Tapak sesawang | – |
| sunting · sunting di Wikidata | |
| Artikel ini adalah sebahagian daripada siri pada |
| Politik Malaysia |
|---|
|
|
| Portal Malaysia |
Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) atau Sarawak People Energy Party merupakan parti politik serpihan yang diasaskan pada tahun 2014 oleh beberapa ahli dari Parti Demokratik Progresif (SPDP) ketika itu kerana disebabkan oleh krisis perbalahan pucuk pimpinan dalam SPDP serta ada dikaitkan dengan kegiatan rasuah & salah guna kuasa yang melibatkan ahli-ahli pimipinan tertinggi SPDP yang diketuai oleh seorang timbalan presiden parti pada waktu itu. Krisis berkenaan telah membawa kepada penubuhan sebuah parti politik tempatan baharu yang diketuai oleh presiden parti TERAS ketika itu iaitu Tan Sri William Mawan Ikom, yang kemudian juga mengasaskan parti politik berkenaan.
Namun demikian, perjuangan utama parti TERAS untuk memenangi pilihan raya tidak bertahan lama apabila kesemua calon mereka tewas pada pilihan raya negeri Sarawak 2016 dan ini membawa kepada penamatan sementara parti TERAS pada tahun 2018. Terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa TERAS bakal dihidupkan semula sebagai parti politik pembangkang tempatan selain parti politik dominan Sarawak pada pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Tan Sri William Mawan Ikom telah menubuhkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) atau Sarawak People Energy Party, yang merupakan satu parti baru serpihan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan didaftarkan serta diluluskan pendaftarannya oleh ROS pada tahun 2013 dan mahu memohon menyertai Barisan Nasional.
Logo Parti
[sunting | sunting sumber]Struktur Parti
[sunting | sunting sumber]- Presiden : Tan Sri William Mawan Ikom [1]
- Naib Presiden Kanan : Rosey Yunus
- Naib Presiden : Peter Ghani Kial
- Naib Presiden : Dominic Siron
- Ketua Pemuda : George Abraham Augustine Dealvia
- Ketua Wanita : Eda Igar
- Setiausaha Agung : Datuk Sylvester Entri
- Bendahari Agung : Paulus Palu Ngumbang
Anggota Parlimen TERAS bagi Parlimen Malaysia ke-13
[sunting | sunting sumber]- P205 - Saratok - Tan Sri William Mawan Ikom
Anggota ADUN TERAS bagi DUN Sarawak ke-10
[sunting | sunting sumber]- N2 - Tasik Biru - Datuk Peter Nansian
- N41 - Pakan - Tan Sri William Mawan Ikom
- N54 - Pelagus - George Lagong
- N61 - Bekenu – Rosey Yunus
- N66 - Marudi - Datuk Sylvester Entri
- N69 - Batu Danau - Paulus Palu Ngumbang
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Senarai parti politik Malaysia
- Senarai parti politik di Sarawak
- Politik Malaysia
- Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)
- Pilihan raya DUN Sarawak 2011
- Parti Rakyat Bersatu
- Barisan Nasional
Rujukan
[sunting | sunting sumber]

