Balakong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bandar Balakong)

Koordinat: 3°1′48″N 101°45′0″E / 3.03000°N 101.75000°E / 3.03000; 101.75000

Balakong
Balakong is located in Bumi
Balakong
Balakong (Bumi)
Koordinat: 3°01′45″N 101°44′50″E / 3.0291°N 101.7472°E / 3.0291; 101.7472
Negara Malaysia
Negeri Selangor
Aras
57 m (187 ft)

Balakong atau Cheras Selatan asalnya ialah sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Balakong, ia terletak di persempadanan Kajang dan Cheras, Kuala Lumpur. Semasa Rancangan Briggs, sebuah kampung baru dibina di kawasan ini bercampur dengan kampung yang lama, walaupun mendapat bantahan daripada penduduk kampung.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Nama Balakong berasal dari pemanggilan Taman Seri Timah . Taman Seri Timah berbunyi ‘kong’ dalam Bahasa Hakka dan Kantonis, lama kelamaan, nama bagi lokasi ini dijadikan Balakong. Penduduk kampung pada zaman dahulu kebanyakannya berkenaan dan hutan. Kini di taman seri timah ini telah menjadi maju dan merupakan salah satu kawasan industri yang amat penting di negeri Selangor. Terdapat dua kampong baru Cina iaitu Kampong Baru dan Batu 11 cheras yang kebanyakan penduduk adalah keturunan Hokkien dan Kampung Baru Balakong yang kebanyakan penduduk adalah keturunan Hakka. Kedua-dua kampung ini mempunyai pemandangan yang indah dan terdapat banyak jenis makanan yang sedap dan enak. Pembangunan infrastruktur di Balakong adalah lengkap dengan sekolah, hospital, pasar, pusat beli belah, tempat ibadat seperti tokong, gereja dan kuil hindu. Pembanguan yang pesat juga membantu meningkatkan mutu kehidupan penghuni Balakong.[1]

Kawasan[sunting | sunting sumber]

  • Taman Seri Indah
  • Taman Segar Perdana
  • Taman Cheras Awana
  • Taman Alam Jaya
  • Taman Cheras Hartamas
  • Sunway Cheras
  • Taman Suria Jaya
  • Taman Angsana
  • Taman Bahagia
  • Taman Tun Perak
  • Taman Minang
  • Taman Putri
  • Taman Suntex
  • Taman Cheras Utama
  • Bandar Damai Perdana
  • Bandar Tun Hussein Onn
  • Taman Juara Jaya
  • Taman Seri Belimbing
  • Cheras Perdana
  • Taman Cheras Intan
  • Bandar Mahkota Cheras
  • Taman Impian Ehsan
  • Taman Cheras Jaya

Muka bumi[sunting | sunting sumber]

Muka bumi Balakong tidaklah begitu rata. Asalnya Balakong ialah sebuah perkampungan yang dijana oleh bijih timah pada era 1930-an. Bukit Serdang terletak di arah selatan {588 kaki}. Di sebelah kanannya ialah bandar Cheras dan di sebelah kirinya ialah bandar Serdang Lama. Dahulu ada Inc Kenneth di sebelah kanan tetapi kini telah dimajukan dengan taman perumahan Bandar Tun Hussein Onn. Dahulu ada Lombong Mong Fatt Mines. Dahulu ada tempat perkemahan pengakap yang dikenali sebagai Kem Saadon Jubir tetapi sekarang kawasan itu berdiri megahnya kompleks beli belah Jusco dan pasaraya Econsave.

Cara ke sana[sunting | sunting sumber]

Jika anda dari Kuala Lumpur menuju ke Seremban melalui Lebuhraya Grand Saga, anda akan jumpa pusingan bertingkat ke Sungai Long dan ke Balakong. Masuk ke kiri dan ikut kanan dan anda akan temui Balakong yang sedang pesat membangun.Jika anda dari Semenyih, anda boleh melalui Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK) ke Balakong dan jika dari Seremban boleh melalui UPM ke Mines seterusnya ke Balakong.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Sekolah di Balakong[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "无拉港新村 - Balakong,坐落在雪兰莪的加影与蕉赖区交界处... - 马来西亚华人新村 MY Chinese New Village - Facebook" – melalui www.facebook.com.