Tapah, Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bandar Tapah)
Tapah
Bandar
Tapah, Perak is located in Bumi
Tapah, Perak
Tapah, Perak (Bumi)
Koordinat: 4°11′00″N 101°16′00″E / 4.18333°N 101.26667°E / 4.18333; 101.26667Koordinat: 4°11′00″N 101°16′00″E / 4.18333°N 101.26667°E / 4.18333; 101.26667
Negara Malaysia
Negeri Perak
DaerahDaerah Batang Padang
Aras
79 m (259 ft)

Tapah merupakan sebuah bandar kecil dalam daerah Batang Padang, negeri Perak, Malaysia. Nama bandar ini diambil sempena ikan air tawar iaitu tapah atau nama saintifiknya iaitu Wallago attu. Orang tempatan juga berkata nama bandar ini diambil dari loghat Melayu-Perak yang bermaksud tidak mengapa.[perlu rujukan]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Bandar Tapah terletak di tepi jalan persekutuan di antara Kuala Lumpur dan Ipoh. Terdapat simpang ke Pekan (Tapah Road) di sebelah kiri dan ia boleh sampai ke bandar Teluk Intan. Sungai yang mengalir di pinggirnya ialah Sungai Batang Padang.

Tapah juga ada susur masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan melalui Jalan Pahang yang juga menjadi jalan utama ke Cameron Highlands. Di Lebuhraya Utara-Selatan, terdapat satu Perhentian Rehat & Rawat yang terbesar di sepanjang Lebuhraya PLUS.

Tapah juga mempunyai jalan perhubungan ke bandar Teluk Intan dan jalan ke Kampar melalui Jalan Persekutuan bagi pengguna lebuh raya dari Kuala Lumpur.

Jalan Pahang (59)[sunting | sunting sumber]

Orang Asli - Semai

Jalan Pahang merupakan jalan protokol bagi Bandar Tapah, jalan ini digazetkan sebagai Jalan Persekutuan pada tahun 1989. Sebuah tugu peringatan tarikh gazet telah dibina di hadapan Pejabat Pos Tapah di mana bermulanya jalan ini. Di sepanjang jalan ini menghala ke Cameron Highlands, terdapat perkampungan Orang Asli puak Semai. Di Batu Tujuh terdapat sebuah Taman Caravan Kuala Woh yang merupakan antara hutan lipur yang paling indah di Perak, sebelum persimpangan masuk ke Kuala Woh, terdapat sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Batu Tujuh yang merupakan sekolah orang asli terbesar di Perak. Batu 14 juga menawarkan sebuah lagi pusat pelancongan menarik iaitu Lata Iskandar. Pelbagai hasil hutan seperti tongkat ali, kacip fatimah, anggerik hutan serta kraf tangan Orang Asli seperti sumpit ada dijual di sepanjang jalan ini. Di akhir jalan ini di Cameron Highlands, terdapat persimpangan untuk ke Simpang Pulai berhampiran dengan Bandar Ipoh serta ke Gua Musang, Kelantan

Wakil rakyat[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia[sunting | sunting sumber]

Dewan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Dewan Negara[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Perak[sunting | sunting sumber]

Tarikan pelancongan[sunting | sunting sumber]

  • Hutan Lipur Taman Caravan Kuala Woh
  • Lata Iskandar
  • Lata Kinjang (Chenderiang)
  • Perkampungan Tradisional Orang Asli

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Pejabat Kerajaan[sunting | sunting sumber]

  • Majlis Daerah Tapah
  • Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang
  • Pejabat Jurutera Daerah Batang Padang
  • Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak
  • Pejabat Penghulu Mukim Batang Padang
  • Mahkamah Majistret Tapah
  • Mahkamah Syariah Tapah
  • Jabatan Perhutanan Perak
  • Jabatan Penerangan
  • Jabatan Sumber Manusia
  • Jabatan Pendaftaran
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar
  • Jabatan Pertanian
  • Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kinta/Batang Padang
  • Jabatan Pengangkutan Jalan
  • Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang
  • Pejabatan Kesihatan Daerah Batang Padang
  • Pejabat Kementerian Perdangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan
  • Pejabat Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat
  • Pertubuhan Peladang Kawasan Tapah
  • Stesen Pemancar Radio RTM, Changkat Rembian
  • Suruhanjaya Koperasi Malaysia
  • MARA
  • RISDA

Pertahanan dan Keselamatan[sunting | sunting sumber]

  • Rejimen Askar Melayu Diraja Batalion Ke-4 (Gurkha Malaya)
  • 503 Rejimen Askar Wataniah
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah
  • Penjara Tapah

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

  • Hospital Tapah
  • Poliklinik Komuniti Jalan Damai
  • Klinik Desa Batu 7, Jalan Pahang
  • Klinik Bergerak 1Malaysia

Kemudahan Awam[sunting | sunting sumber]

  • Pejabat Pos Tapah
  • Kedai Tenaga
  • TM Point
  • Stesen Bas Tapah
  • Stesen KTMB Tapah Road
  • Perhentian Teksi Tapah
  • Pasar Awam Tapah
  • Mini Stadium Tapah
  • Padang Majlis Daerah Tapah
  • Gelanggang Futsal DUN Ayer Kuning
  • Gelanggang Tenis Majlis Daerah Tapah
  • Taman Malaysia

Bank[sunting | sunting sumber]

  • Maybank
  • Bank Simpanan Nasional
  • Bank Rakyat
  • Bank Pertanian
  • Tabung Haji

Hotel Bajet[sunting | sunting sumber]

  • Rumah Rehat Tapah
  • OneOne08(1108) Boutique Hotel Tapah
  • Hotel NH
  • Hotel Timuran
  • Hotel Utara
  • Hotel Tapah Bajet

Masjid[sunting | sunting sumber]

Sekolah/Pusat Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak Kampus Tapah
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Hamid Khan
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tapah
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Tapah
  • Sekolah Menengah Sains Tapah
  • Sekolah Kebangsaan (1)
  • Sekolah Kebangsaan Tapah
  • Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana
  • Sekolah Kebangsaan Toh Tan Dewa Sakti
  • Sekolah Kebangsaan Pendita Zaaba
  • Sekolah Kebangsaan Kampong Pahang
  • Sekolah Kebangsaan Batu Tujuh
  • Sekolah Kebangsaan Batu Empat Belas
  • Sekolah Kebangsaan Batu Melintang
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kheung Hwa
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Tapah
  • Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN-4
  • Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Tapah

Taman perumahan[sunting | sunting sumber]

  • Highland Park
  • Taman Anson
  • Taman Melor
  • Taman Tapah
  • Taman Tapah 2
  • Taman Bunga Raya
  • Taman Tapah Indah 1&2
  • Taman Orkid
  • Taman Sri Damai
  • Taman Tapah Jaya
  • Taman Bukit Indah
  • Taman Bukit Hijau
  • Taman Kenari
  • Taman Kuning Mas
  • Taman Bukit Perdana

Pautan luar[sunting | sunting sumber]