Sekolah Menengah Sains Tapah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Sains Tapah
Lencana Sesta
Lokasi
Tapah, 35000, Batang Panjang, Perak Darul Ridzuan.
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster Kecemerlangan
MotoBerilmu, Bertakwa
Autoriti pendidikanBatang Padang
Nombor sekolah05-4018745
Kod sekolahAEA0043 [1]
Pengerusi PIBGRoslan bin Hussin
PengetuaEn.Shaharuddin Bin Mohd Daud
Purata saiz kelas20-30 orang pelajar
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Mohd Ridzuan bin Maahad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Murniza binti Md Jidin
Penolong Kanan KokurikulumPn. Salwana binti Salleh
Faks05-4018743
Laman sesawang

Sekolah Menengah Sains Tapah atau akronimnya SESTA merupakan salah satu sekolah berasrama penuh yang mula dibuka pada 12 April 2010.Sekolah ini terletak kira-kira 4.5 kilometer dari pekan Tapah dan mempunyai keluasan 30 hektar. Sehingga tahun 2016, jumlah pelajar sekolah ini kini sudahpun mencapai lebih kurang 730 orang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebuah Projek Kerajaan Persekutuan[sunting | sunting sumber]

Papan tanda projek pembinaan SESTA, sewaktu masih belum dibuka.

Persaingan mencapai kecemerlangan dalam dunia pendidikan menuntut lahirnya sebuah lagi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri Perak Darul Ridzuan. Kewujudan sebuah lagi SBP di Daerah Batang Padang ini membawa hasrat untuk meneruskan lonjakan kecemerlangan SBP di negara ini. Sekolah yang diberi nama Sekolah Menengah Sains Tapah bersempena lokasinya di pekan Tapah terletak di Jalan Pahang kira-kira 4 kilometer dari Pekan Tapah dan merupakan laluan utama ke Cameron Highland.

Projek pembinaan Sekolah Menengah Sains Tapah ini bermula pada tanggal 12 Oktober 2006 dan dijadualkan siap pada 11 November 2008. Namun atas masalah yang tidak dapat dielakkan projek ini hanya dapat disiapkan pada 29 Ogos 2009. Projek yang menelan belanja yang bernilai RM38,482,000.00 merangkumi pelbagai kemudahan bagi sekolah berasrama penuh. Sekolah Menengah Sains Tapah meliputi keluasan tanah seluas 30 ekar.[2]

Semasa Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Sepanjang tempoh pembinaan projek sekolah ini, Encik Zulkarnain bin Zainal Abidin telah dilantik sebagai ‘caretaker' yang berkuatkuasa Mac 2009 . Ketika beliau tiba di sekolah ini didapati masih banyak lagi kerja-kerja pembinaan yang belum terlaksana. Atas sebab itu, pihak kementerian telah mengarahkan En Zulkarnain bin Zainal Abidin kembali bertugas semula di Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) Ipoh, Perak Darul Ridzuan untuk meneruskan tanggungjawab sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Pada 16 Jun 2009 beliau sekali lagi telah diarahkan ke sekolah ini dan ketika itu hanya kira-kira 10% lagi kerja-kerja pembinaan belum dapat disiapkan. Keadaan ini memaksa Encik Zulkarnain bin Zainal Abidin berulang alik dari Ipoh ke Tapah kerana sebagai ‘caretaker' , beliau bertanggungjawab menguruskan pelbagai urusan berkaitan pembukaan sesebuah sekolah. Antara kewajipan beliau ialah menguruskan pendaftaran sekolah, penempatan guru serta staf sokongan sekolah, penerimaan bekalan perabot dan peralatan sekolah dan hal berkaitan kewangan dan akaun sekolah. Selain itu, beliau juga bertanggungjawab untuk menguruskan perkhidmatan pembersihan kawasan sekolah.

Pembukaan[sunting | sunting sumber]

Majlis penyerahan projek siap sekolah ini telah diadakan pada 23 Oktober 2009 oleh pihak kontraktor kepada Puan Hajah Norlia binti Mohd Shuhaili selaku Timbalan Pengarah yang mewakili Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster mewakili Kementerian Pelajaran Malaysia. Seterusnya beliau menyerahkan sekolah ini kepada Encik Zulkarnain bin Zainal Abidin sebagai peneraju utama Sekolah Menengah Sains Tapah (SESTA).

Apabila Sekolah Menengah Sains Tapah telah diserahkan maka perabot dan peralatan sekolah telah mula diterima mulai bulan Disember 2009. Manakala untuk mengawal keselamatan sekolah, sebuah syarikat kawalan keselamatan telah dilantik menjalankan tugas mulai 1 Februari 2010.

Pengetua pertama yang ditugaskan mengetuai Sekolah Menengah Sains Tapah ialah Encik Hadi bin Mat Dain bermula 1 Februari 2010. Beliau berpengalaman luas dalam dunia pendidikan SBP kerana pernah menabur bakti di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA), Raub, Pahang dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Temerloh, Pahang. Beliau turut dibantu oleh tiga orang guru penolong kanan iaitu Encik Zulkarnain Bin Zainal Abidin sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Asma Azmin Rashid Bin Mohd Nawawi sebagai Penolong Kanan HEM dan Encik Zulkipli Bin Abd. Latip sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Sehingga bulan Mac 2010, sekolah ini telah menerima kehadiran guru seramai 35 orang.

Sekolah ini telah menerima kemasukan pertama murid tingkatan 1 pada pertengahan April 2010. Oleh kerana masalah kekurangan kakitangan dan alatan, pengambilan murid tingkatan 4 hanya dapat dijalankan pada tahun seterusnya.

Walaupun merupakan sebuah sekolah menengah berasrama yang masih baru, sekolah ini telah mencatatkan kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Perubahan Pentadbiran Awal[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2012, telah berlaku perubahan dalam barisan pentadbiran sekolah ini. En. Asma Azmin Rashid, Penolong Kanan HEM telah bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng pada penghujung Julai, lantas menyaksikan En. Safarim memangku jawatan berkenaan sebelum memegangnya secara rasmi tidak lama kemudian. Cik Ainun Marziah Abdul Rahman (kemudiannya Hajah) daripada Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) mengisi pula kekosongan jawatan Penolong Kanan Kokurikulum pada bulan Oktober tahun yang sama. Pada 1 November tahun yang sama juga menyaksikan pengetua, En. Hadi telah bertukar ke SMK Sri Bahagia, Temerloh, Pahang. Pertukaran ini hanya diumumkan kepada umum melalui SMS beliau kepada En. Zulkarnain, Penolong Kanan Pentadbiran yang dibacakan ketika Majlis Anugerah Kokurikulum dan HEM pada 31 Oktober. Pada 1 Oktober 2015, Tuan Haji Sulaiman bin Haji Samsudin telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pendidikan Daerah di Pejabat Pendidikan Hilir Perak menyaksikan Tuan Haji Mohd Rezazali bin Ahmad Ansar, Penolong Kanan Pentadbiran dari SBPI Gombak menggantikan tempat Tuan Haji Sulaiman sebagai Pengetua SESTA yang baharu berkuatkuasa 1 Disember 2015.

Perasmian[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Oktober 2019, Sekolah Menengah Sains Tapah selamat dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Dewan Seri Bitara (dahulunya dikenali sebagai Dewan SESTA). Acara ini juga bersempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Perak.[3]

Majlis ini turut dihadiri Raja Muda Perak Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Zulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah disamping Menteri Besar Perak Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu.

Dalam ucapan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik yang disampaikan Timbalan Pengarah (Bahagian Operasi Sekolah) Kementerian Pendidikan Dr. Ahmad Rafee Che Kassim, beliau banyak menyebut mengenai sejarah umum SESTA serta pencapaian yang sangat membanggakan sepanjang 10 tahun operasi dari segi akademik mahupun kokurikulum.

Antara acara yang diadakan adalah acara perasmian utama, lawatan ke reruai aktiviti pelajar dan majlis santapan. Acara ini turut dijayakan pelbagai agensi kerajaan serta sekolah-sekolah berasrama penuh negeri Perak lain.

Fasiliti dan Pemandangan[sunting | sunting sumber]

Pelan asal pemandangan SESTA
Pemandangan yang dapat dilihat di SESTA. Berikut adalah Dewan SESTA dan bulatan dihadapnnya.

Sekolah ini telah dibina sesuai dengan gaya semasa pada tahun-tahun pembinaannya, canggih dan ringkas strukturnya. Bentuk jalan sekolah ini dikatakan menyerupai struktur raket tenis dan kunci. Hal ini kerana apabila sampai ke pintu pagar, terdapat sebatang jalan yang lurus sehingga menghampiri sebuah bulatan di hadapan Dewan SESTA. Selepas itu terdapat sebatang lagi jalan, berlekuk membentuk bulatan yang mengelilingi blok akademik sekolah ini. Dikiri dan kanannya adalah blok kediaman guru,staf dan juga asrama.

Kawasan Akademik[sunting | sunting sumber]

Kawasan Akademik terdiri daripada dua bahagian utama:

  • Wisma Iltizam yang menempatkan 30 buah bilik-bilik darjah.
  • Wisma Cendekiawan menempatkan bilik khas untuk eksperimen atau aktiviti pembelajaran yang khusus untuk satu-satu pembelajaran. Segala peralatan untuk pembelajaran disimpan dan digunakan di sini.
Aras Blok Makmal Kiri Blok Makmal Tengah Blok Makmal Kanan
Satu/ Bawah Bengkel Kemahiran Hidup (ERT 1 dan 2), Bilik Seminar PIBG Bilik Kokurikulum, Bilik Muzik, Blik Matematik, Bilik Sejarah, Bilik Geografi Studio Inovasi, Studio Seni, Stor Alatan Kebersihan
Dua Makmal Sains Paduan 3, Makmal Biologi 1 Bilik Pengurusan Buku Teks, Bilik Pendidikan Islam, Makmal Bahasa, Studio Tari Makmal Sains Paduan 1 dan 2
Tiga Makmal Biologi 2 dan 3 - Makmal Fizik 1 dan 2
Empat Makmal Kimia 1 dan 2 - Makmal Kimia 3, Makmal Fizik 3
Panorama Blok Blik Darjah/Blok Akademik.

Terdapat juga beberapa blok-blok lain, seperti:

  • Wisma Pendidik

Blok ini menempatkan bilik-blik khas untuk pengurusan sekolah dan pentadbiran sekolah.

Aras Urutan Bilik dari Kiri(berdekatan Dewan SESTA) ke kanan
Satu/Bawah Bilik Pengajaran Alaf Keduapuluhsatu/PAK21, Bilik Setiausaha Peperiksaan, Koperasi SESTA, Bilik Bimbingan Dan Kaunseling, Bilik BAKTI/Pengawas, Bilik Galeri
Dua Pejabat(Blik Pengetua, Bilik Penolong Kanan Pentadbiran, Bilik PK HEM, Bilik PK Koku, Bilik Guru Kanan Sains dan Matematik, Bahasa, Vokasional dan Kemanusiaan, Ruang Fotokopi
Tiga Bilik Guru
  • Wisma Inovatif

Blok ini menempatkan bengkel teknikal untuk pembelajaran subjek Kemahiran Hidup Bersepadu. Ada tiga bengkel kesemuanya.

  • Wisma Intelektual

Blok ini adalah gabungan Pusat Sumber di aras satu dan pusat ICT di aras dua.

  • Dewan Seri Bitara dan Dataran Ilmu

Dewan SESTA merupakan ruang utama bagi sebarang acara rasmi sekolah dan juga kelas-kelas berskala besar. Dewan ini boleh juga digunakan untuk tujuan awam atas kelulusan pihak atasan. Dewan ini selalu juga digunakan sebagai ruang aktiviti badminton pada waktu riadah.

Dataran Ilmu memisahkan antara Dewan SESTA dengan Blok Bilik Darjah. Disini, perhimpunan juga boleh dilakukan dan selalu digunakan untuk tujuan tersebut.

  • Anjung Selera

Kawasan Asrama[sunting | sunting sumber]

Kawasan asrama merupakan kawasan utama untuk pelajar menjalankan aktiviti peribadi mereka dan juga merupakan salah satu pusat sosial dan ibadah. Kawasan ini terdiri daripada beberapa tempat.

  • Villa Putera dan Puteri

Asrama-asrama ini hanya ada satu blok untuk setiap jantina, dan mempunyai ciri-ciri yang sangat serupa kecuali di beberapa kawasan. Bagi Aspura:

Bahagian
Aras Cresendo Allegro Spirito Presto
Bawah Bilik warden, Bilik ICT, Pejabat Penyelia, Bilik Pengumuman Bilik Gerakan Rumah Bilik Gerakan Rumah, Bilik Tetamu Koperasi Asrama dan Bilik Bacaan
Dua Dorm C1-C4 Dorm A1-A4 Dorm 21-24 Dorm 17-20
Tiga Dorm C5-C8 Dorm A5-A8 Dorm 37-40 Dorm 33-36
Empat Dorm C9-C12 Dorm A9-A12 Dorm 54-56 Dorm 41-43
  • Surau At-Taqwa
  • Dewan Makan

Barisan Pentadbir[sunting | sunting sumber]

Pengetua[sunting | sunting sumber]

Seperti sekolah-sekolah lain, sekolah ini diketuai oleh seorang pengetua yang melaksanakan peranannya seperti apa yang telah digariskan. Sehingga 2019, sekolah ini mempunyai empat orang pengetua. Berikut adalah senarai pengetua-pengetua yang pernah berkhidmat di SESTA.

(Haji merupakan gelaran awam kepada penjawat yang telah menunaikan haji di Makkah dan bukan nama asal mereka)

Bil. Gambar Nama Tarikh Perkhidmatan Tempoh berkhidmat
1 Hadisesta.jpg Hadi bin Mat Dain 1 Februari 2010 - 31 Oktober 2012 2 tahun 9 bulan
2 Lemansudinsesta.jpg Tuan Haji Sulaiman bin Haji Samsudin 27 Disember 2012 - 1 Oktober 2015 2 tahun 10 bulan
3 Rezazali k.jpg Tuan Haji Mohd Rezazali bin Ahmad Ansar 1 Disember 2015 - September 2017 1 tahun 9 bulan
4 shaharuddin1.jpg Tuan Haji Shaharuddin bin Mohd Daud Oktober 2017-kini Sedang berkhidmat

Antara 1 November 2012 hingga 26 Disember 2012 dan 1 Oktober hingga 30 November 2015, jawatan ini dipangku sementara oleh En. Zulkarnain bin Zainal Abidin.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pencapaian Sesta R&D semenjak penubuhannya pada tahun 2010:

2010[sunting | sunting sumber]

  • Saguhati MPOB , menerima RM 500 daripada MPOB dalam Pameran Sains MPOB

2011[sunting | sunting sumber]

  • Pingat Perak Pertandingan Rekacipta Kejuruteraan Dan Inovasi Sains Sekolah Berasrama Penuh di Sekolah Menengah Sains Machang (SMACH)
  • Pingat Perak Pertandingan Rekacipta Penyelidikan Dan Inovasi di Universiti Putra Malaysia (UPM)

2012[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Khas dari AIA Korea, pingat emas serta pingat perak dalam Olimpiad Pencipta Muda Antarabangsa Malaysia dan I-Envex
Fail:Innosesta.jpg
Kontinjen Inovasi SESTA, 2014.
  • Juara Simposium Hijau UPSI
  • -Pingat Perak dan Gangsa Pertandingan Rekacipta Penyelidikan dan Inovasi di UPM
  • Pingat Perak dan Gangsa Citrawarna Inovasi Universiti Teknologi Petronas
  • Saguhati Anugerah Harta Intelek Negara
  • Pingat Gangsa dan Perak dalam SEDEX UTP
  • Pingat Emas dan anugerah khas dari AIA Korea dalam Karnival Pencipta Pintar Siber Korea


2013[sunting | sunting sumber]

  • Pingat Emas Olimpiad Pencipta Muda Antarabangsa Muda Malaysia dan I-Envex
  • Anugerah Khas dari Yayasan Inovasi Malaysia
  • Tempat Ketiga Ekspo Perak untuk Saintis Muda

2014[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Kluster Kecemerlangan
  • Pingat emas I-ENVEX di Universiti Malaysia Perlis
  • Pingat emas Olimpiad Pencipta Muda Antarabangsa Di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Syeh Shahabudin, Pulau Pinang
  • Pingat Emas dalam AYIE
  • Pingat Emas dalam MYIE
  • Juara dalam MYIC
  • Tempat kedua Anugerah Harta Intelek Negara Zon Utara.
  • Anugerah Perak dan Gangsa InnoFest 2014 di Melaka.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Keracunan Makanan[sunting | sunting sumber]

2013[sunting | sunting sumber]

Laporan keracunan makanan ini menjadi paparan muka hadapan akhbar Berita Harian, 4 Oktober 2013.

Sebanyak lebih 200 orang murid mengalami keracunan makanan pada 3 Oktober 2013, dipercayai berpunca daripada lauk ayam kurma yang disediakan pihak pengurusan dewan makan sekolah ini untuk makan malam sehari sebelumnya dan dikejarkan ke klinik kerajaan terdekat untuk rawatan serta beberapa orang terpaksa dirujuk ke Hospital Tapah akibat masalah keracunan yang terlalu kritikal. Kejadian ini berlaku sewaktu peperiksaan PMR sedang diadakan, memaksa calon yang menghadapi masalah tersebut terpaksa menjawab pula peperiksaan itu di hospital.[petikan diperlukan]

2016[sunting | sunting sumber]

Pada 2 April 2016, Dewan SMS Tapah telah diarahkan untuk tutup selepas 43 orang pelajar dan seorang guru mengalami keracunan makanan. 33 orang pelajar telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri
  2. ^ Sejarah Sekolah
  3. ^ [1]
  4. ^ "43 pelajar, seorang guru SM Sains Tapah alami keracunan makanan". Astro Awani. Diarkib daripada yang asal pada 6 April 2021. Dicapai pada 6 April 2021.
  5. ^ "Dewan Makan SMS Tapah Ditutup Sementara Akibat Keracunan Makanan". mSTAR. 5 April 2016. Diarkib daripada yang asal pada 6 April 2021. Dicapai pada 6 April 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]