Pergi ke kandungan

Bukit Tagar

Koordinat: 3°30′5.51″U 101°28′9.75″T / 3.5015306°U 101.4693750°T / 3.5015306; 101.4693750
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bukit Tagar
بوکيت تاݢر
Persimpangan Bukit Tagar
Persimpangan Bukit Tagar
Map
Peta interaktif bagi Bukit Tagar
Koordinat: 3°30′5.51″U 101°28′9.75″T / 3.5015306°U 101.4693750°T / 3.5015306; 101.4693750
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahHulu Selangor
MukimSungai Tinggi

Bukit Tagar ialah sebuah kawasan di daerah Hulu Selangor. Bukit Tagar telah dijadikan tapak pelupusan sampah sejak 2005 seluas 800 hektar (8.0 km2). Kawasan ini boleh dilalui melalui Persimpangan Bukit Tagar EXIT 119 dari Lebuhraya Utara-Selatan.

Oleh kerana kedudukannya di hulu Sungai Selangor, sisa dari tapak pelupusan sampah telah mencemari bekalan air Sungai Selangor. Bekalan air berbau najis di Kuala Lumpur, Gombak, Petaling Jaya, Klang, Shah Alam, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Hulu Langat pada 26 Februari 2006.

Proses "leachate" (air larut resap) berlaku di tapak pelupusan sampah dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) cuba mengesahkannya. JAS melakukan ujian sampel air di setiap 1 km sungai itu bagi mengenalpasti punca pencemaran. Leachate akan meningkatkan kandungan amonia di Sungai Selangor dan Sungai Karang berhampiran.

Tapak pelupusan sampah Bukit Tagar dikendalikan oleh KUB-Berjaya Sdn. Bhd (KBE), yang mendapat konsesi daripada Kerajaan Persekutuan bagi membangun, mentadbir dan mengurus tapak itu. Kajian syarikat itu mendapati sifar "leachate discharge".

Pada 2026, Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk menjadikan kira-kira 202 hektar (2.02 km2) Bukit Tagar sebagai ladang ternakan babi berpusat di Selangor dengan sistem sifar pelepasan bermula 2030.[1] Namun, rancangan tersebut dibatalkan berikutan bantahan orang awam.[2]

  1. ^ "Kerajaan Negeri Selangor Rancang Ternakan Babi Berpusat Di Bukit Tagar". BERNAMA. 8 Januari 2026. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2026. Dicapai pada 24 Januari 2026.
  2. ^ "Kerajaan Selangor batal projek ternakan babi Bukit Tagar - MB". Astro Awani. 26 Januari 2026. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Januari 2026. Dicapai pada 27 Januari 2026.