Kemaman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Daerah Kemaman)
Daerah Kemaman
داءيره كمامن
Lokasi Daerah Kemaman di Terengganu
Lokasi Daerah Kemaman di Terengganu
Map
Daerah Kemaman داءيره كمامن‎ yang terletak di Malaysia
Daerah Kemaman داءيره كمامن‎
Daerah Kemaman
داءيره كمامن
Lokasi Daerah Kemaman di Malaysia
Koordinat: 4°15′N 103°10′E / 4.250°N 103.167°E / 4.250; 103.167Koordinat: 4°15′N 103°10′E / 4.250°N 103.167°E / 4.250; 103.167
Negara Malaysia
Negeri Terengganu
KerusiChukai
Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Kemaman
Kerajaan
 • Pegawai daerahAhmad Farhan Abdul Wahab[1]
Luas
 • Jumlah2,535.60 km2 (979.00 batu persegi)
Penduduk
 (2010)[3]
 • Jumlah166,434
 • Anggaran 
(2020)[4]
215,000
 • Kepadatan66/km2 (170/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Postcode
24xxx
Kod panggilan+6-09-8
Plat pendaftaran kenderaanT

Kemaman merupakan sebuah daerah di negeri Terengganu, Malaysia. Daerah ini terletak di selatan negeri Terengganu dan berkeluasan 2,535 kilometer persegi, ketiga terbesar selepas Hulu Terengganu dan Dungun.

Daerah ini terbahagi kepada 11 mukim dan berpusat di Chukai. Terdapat juga beberapa pekan lain yang penting di daerah ini iaitu Kijal, Kerteh dan Kemasik.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Peta daerah Kemaman

Daerah Kemaman ditadbir satu pihak berkuasa tempatan, iaitu Majlis Perbandaran Kemaman yang berpusat di Chukai. Daerah ini terbahagi kepada 12 mukim, sebuah bandar dan empat pekan.

Mukim[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Bandi
  2. Mukim Banggul
  3. Mukim Binjai
  4. Mukim Cukai
  5. Mukim Hulu Jabur
  6. Mukim Hulu Cukai
  7. Mukim Kemasik
  8. Mukim Kertih
  9. Mukim Kijal
  10. Mukim Pasir Semut
  11. Tebak
  12. Teluk Kalung

Pekan dan Bandar

  1. Bandar Cukai
  2. Pekan Air Jernih
  3. Pekan Air Putih
  4. Pekan Kemasik
  5. Pekan Kijal

Geografi[sunting | sunting sumber]

Bentuk muka bumi daerah ini dapat dibahagikan kepada tiga kawasan utama iaitu :

  1. Kawasan pantai.
  2. Kawasan pedalaman.
  3. Kawasan kaki bukit (terletak hanya beberapa kilometer dari pantai).

Kawasan pantai mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan rata dan majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti menangkap ikan. Kawasan ini memanjang sejauh kira-kira 38 kilometer dari Kuala Kemaman ke Kertih. Lebih separuh populasi Kemaman tertumpu di kawasan ini.

Kawasan pedalaman daerah ini pula mempunyai bentuk muka bumi tanah tinggi dan berbukit bukau. Kawasan ini kaya dengan hasil bijih timah, tanaman kelapa sawit dan kayu kayan.

Kawasan kaki bukit daerah ini merangkumi jumlah penduduk kedua paling ramai di daerah ini. Kawasan ini terletak di antara kawasan persisiran pantai dan kawasan pedalaman. Aktiviti utama penduduk kawasan ini dalam sektor pertanian.

Sungai di Kemaman[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Tualang
  • Sungai Lintang (3.4km)
  • Sungai Ayer Neroh (4.8km)
  • Sungai Ek Ak (6.8km)
  • Sungai Ayer Puteh (6.8km)
  • Sungai Serada (7.6km)
  • Sungai Jerneh (7.6km)
  • Sungai Mawar (9.6km)
  • Sungai Gajah Mati (10.8km)
  • Sungai Ajai (10.8km)
  • Sungai Lubok Kepala (10.8km)
  • Sungai Rambai (10.8km)
  • Sungai Kijok (12.3km)
  • Sungai Sendok (12.3km)
  • Sungai Senik (12.3km)
  • Sungai Gesim (12.3km)
  • Sungai Chenderong (12.3km)
  • Sungai Buloh Nipis (12.3km)
  • Sungai Nipah (14km)
  • Sungai Keladi (14km)
  • Sungai Najang (14.5km)
  • Sungai Lawang (14.5km)
  • Sungai Cheneh (15.2km)
  • Sungai Rong Hilir (15.3km)
  • Sungai Tebak (17km)
  • Sungai Dedak (17km)
  • Sungai Burong (17km)
  • Sungai Jenereh (17.1km)
  • Sungai Badir (17.1km)
  • Sungai Trunggang (17.4km)
  • Alor Gajah (17.4km)
  • Sungai Rasa (18.3km)
  • Sungai Ayam (18.3km)
  • Sungai Puteh (18.3km)
  • Sungai Musang (18.4km)
  • Sungai Utonk (18.4km) [5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Muzium Kemaman

Sejarawan Mesir bernama Ptolemy yang membuat peta dunia termasuk Semenanjung Tanah Melayu menyebut Kemaman sebagai Kole. Kuala Terengganu pula sebagai Primula.

Sekitar tahun 1700, Che Wan Teh keturunan bangsawan Kuala Pahang telah berhijrah ke sini berikutan berlaku persengketaan di Pahang. Beliau menjadi peneroka pertama bagi Kampung Bukit Kuang. Sebelum itu, orang Sakai telah lama mendiami kawasan ini. Setelah kedatangan orang Melayu, orang Sakai berhijrah jauh di pedalaman Kemaman. Kemudian, Che Wan Teh berpindah ke Tanjung Geliga di muara Sungai Kemaman bagi mencari kawasan lebih selamat. Seterusnya berpindah ke Chukai yang lebih stabil dan selamat daripada ancaman lanun.

Versi lain pula menyatakan Kemaman diteroka oleh Lebai Saris seorang bangawan Patani, Siam pada awal abad ke-19 semasa Terengganu dibawah pemerintahan Sultan Ahmad (1808 - 1830).[6]Lebai Saris dan pengikutnya telah datang ke Kemaman dan meneroka kawasan penempatan di sekitar Kampung Nyor.

Lebai Saris juga dikaitkan sebagai orang yang telah memberi perkataan "Kemaman" iaitu gabungan perkataan-perkataan "Kera" dan "Pokok Maman". Tidak dapat dinafikan bahawa Lebai Saris telah memainkan peranan penting dalam Pembukaan Daerah Kemaman secara lebih meluas di antara Kampung Mak Cili, Kampung Mat Lagam, Kampung Pasir Tengku dan Kampung Jabor.

Penduduk Daerah Kemaman telah bertambah dan pengaruh kekuasaan Lebai Saris semakin teserlah. Berikutan itu, timbul fitnah menyatakan Lebai Saris tidak mahu lagi tunduk kepada Yang di Pertuan Terengganu (Sultan Terengganu). Oleh itu Sultan Ahmad telah menghantar Engku Kembal untuk melawan kekuatan Lebai Saris yang di ketuai oleh anaknya Abu Bakar. Dengan tipu muslihat, Engku Kembal telah berjaya menewaskan Lebai Saris dan anaknya. Kedua-dua mereka dianggap penderhaka dan di hukum sula dengan suda nipah.[7]

Tumpuan pelancongan[sunting | sunting sumber]

Taman Bandar Chukai

Daerah Kemaman juga memiliki beberapa tempat yang mempunyai daya tarikan tersendiri dan sentiasa menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan juga pengunjung luar negara. Antara tempat-tempat tersebut termasuklah :-

Tumpuan membeli belah[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

  • MyCar Kemaman - Perkhidmatan kereta sewa dalam talian di Kemaman. Muat turun aplikasi MyCar di Google apps dan App Store.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Kemaman merupakan salah sebuah daerah yang terdapat dalam negeri Terengganu.

Mukim[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Bandi
  2. Mukim Banggul
  3. Mukim Binjai
  4. Mukim Cukai
  5. Mukim Hulu Cukai
  6. Mukim Hulu Jabur
  7. Mukim Kemasik
  8. Mukim Kertih
  9. Mukim Kijal
  10. Mukim Pasir Semut
  11. Mukim Tebak
  12. Mukim Teluk Kalung
  13. Bandar Cukai
  14. Pekan Air Jernih
  15. Pekan Air Putih
  16. Pekan Kemasik
  17. Pekan Kijal

Politik[sunting | sunting sumber]

Wakil Rakyat[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Terengganu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Senarai Nama Pegawai Daerah Kemaman". pdtkemaman.terengganu.gov.my.
  2. ^ Administrator. "Mengenai Daerah Kemaman". pdtkemaman.terengganu.gov.my.
  3. ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Administrator. "Pengenalan Daerah Dungun". pdtdungun.terengganu.gov.my.
  5. ^ Daerah Kemaman, Terengganu, Malaysia
  6. ^ "Laman sesawang rasmi Pejabat Tanah Kemaman". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-02. Dicapai pada 2011-07-01.
  7. ^ "Laman sesawang rasmi Pejabat Tanah Kemaman". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-02. Dicapai pada 2011-07-01.
  8. ^ "TAMAN REKREASI DAN MINI ZOO KEMAMAN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-24. Dicapai pada 2013-02-13.
  9. ^ Kompleks Membeli-Belah Casa Limbong.
  10. ^ "Mesra Mall, Kerteh (Peta Lokasi)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-24. Dicapai pada 2013-02-13.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Diarkibkan 2006-12-09 di Wayback Machine
Diarkibkan 2008-05-27 di Wayback Machine
Diarkibkan 2008-05-27 di Wayback Machine
Diarkibkan 2010-10-22 di Wayback Machine