Dato' Siti Nurhaliza Live In KLCC: Where The Heart Is

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato’ Siti Nurhaliza Live In KLCC: Where The Heart Is
Konsert amal oleh Siti Nurhaliza
LokasiKuala Lumpur
TempatDewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
Album berkaitanSiti Nurhaliza, Siti Nurhaliza II, Cindai, Adiwarna, Pancawarna, Sanggar Mustika, E.M.A.S, Transkripsi, Hadiah Daripada Hati
Tarikh7 dan 8 Februari 2014[1]
Jumlah persembahan2 (7-8 Februari 2014)
Artis jemputanHazama Azmi
Kronologi konsert Siti Nurhaliza

Dato’ Siti Nurhaliza Live In KLCC: Where The Heart Is (dirujuk oleh media sebagai Dato' Siti Nurhaliza Live in Concert - Where the Heart Is) merupakan konsert amal oleh penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza. Diadakan selama dua hari pada 7 dan 8 Februari 2014, konsert yang bertujuan untuk mengutip dana bagi Yayasan Nurjiwa itu telah diberi sentuhan unik dengan menerapkan konsep penceritaan pahit manis kehidupan penyanyi kesayangan ramai ini, termasuklah kisah cintanya.[2] Konsert ini diadakan empat bulan sebelum pelancaran album ke-14 beliau, Fragmen pada Jun tahun sama.[3][4][5][6] Konsert Where The Heart Is juga diadakan beberapa hari sebelum pameran SITI: An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza diadakan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

"Konsert kali ini memang sangat istimewa. Selain ada beberapa kejutan, Siti akan ambil peluang untuk mendekati peminat. Orang kata, konsepnya nanti lebih santai dan intim bersama para peminat. Tambah istimewa, saya memilih tema warna putih pada konsert kali ini yang melambangkan kesucian dan ketulusan. Aubrey Suwito bertindak sebagai pengarah muzik dan beliau akan cuba menampilkan konsep mini orkestra pada dua malam persembahan itu nanti. Disamping saya hiburkan mereka dengan lagu-lagu bahasa Melayu dan Inggeris, saya buka peluang kepada peminat yang ingin bertanyakan apa saja pada saya. Mereka boleh tanyakan apa saja yang mereka ingin tahu tentang saya, semasa sesi interaksi nanti. Selain itu saya juga merancang untuk menampilkan penyanyi undangan yang cukup istimewa tapi buat masa ini saya belum boleh beritahu siapa penyanyi tersebut."[7]

— Siti Nurhaliza semasa sidang media konsert Where The Heart Is.[7]

Datuk Siti Nurhaliza telah mengumumkan secara rasmi mengenai konsert amalnya pada satu sidang media yang diadakan pada 6 Januari 2014 jam 3 petang di ibu pejabat SimplySiti yang terletak di Tingkat 5, Menara Atlan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Konsert ini diadakan pada 7 dan 8 Februari 2014 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada jam 8 malam. Yayasan Nurjiwa merupakan penganjur utama konsert ini dengan kolaborasi padu bersama Siti Nurhaliza Productions dan juga SimplySiti, dengan Aubrey Suwito sebagai pengarah konsert.[7][8]

Konsert yang berlangsung selama 2 jam akan menampilkan Dato' Siti menghiburkan peminat-peminat dengan lagu-lagu popular beliau, secara solo yang pertama bagi tahun 2014 untuk sebuah konsert amal eksklusif dengan semua hasil jualan tiket konsert yang bakal disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa bagi tujuan kebajikan.[7] Beliau memberi peluang terbuka dan bersedia menjawab apa saja soalan daripada peminatnya semasa konsert ini. Selain penonton akan didendangkan dengan lebih 14 buah lagu hitsnya, persembahan beliau akan diselang seli dengan sesi berinteraksi bersama para peminat dengan lebih dekat.[7]

Menurut Siti lagi, menerusi konsert ini, pihak Yayasan Nurjiwa mensasarkan untuk mengumpul sebanyak RM1 juta supaya bantuan lebih banyak dapat diberikan kepada yang memerlukan sekali gus menjadikan yayasan sentiasa aktif dan prihatin.[9][10][11] Siti memberi tumpuan kepada aktiviti kebajikan sepanjang 2014 bagi mengumpul dana untuk yayasan yang diasaskannya itu bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.[12][13]

Sinopsis konsert[sunting | sunting sumber]

Bertemakan warna putih yang melambangkan kesucian dan ketulusan, Siti memulakan persembahan dengan konsep drama muzikal yang mana secara ringkas menceritakan perjalanan hidupnya, bagaimana kerjaya nyanyiannya bermula hinggalah beliau bertemu jodoh dan terus dikagumi hingga ke hari ini.[14] Siti mendendangkan sebanyak 14 buah lagu hits antaranya "Siti Situ Sana Sini", "Kesilapanku Keegoaanmu", medley "Purnama Merindu" dan "Nian di Hati", "Jerat Percintaan", "Mawarku", "Bukan Cinta Biasa", "Kau Kekasihku", "Seindah Biasa", "Ku Mahu" dan "Pendirianku".

Siti tampil anggun dengan persalinan kedua, menghangatkan suasana dengan lagu "Muara Hati" serta sesi persembahan akustik yang memperdengarkan lagu medley "Tanpa Kalian" dan "Intrig Cinta". Beliau meninggalkan peminat seketika untuk menukar persalinan, tidak lama kemudian Siti muncul semula di pentas dan meneruskan persembahan dengan lagu medley "Stand Up" dan "Remember You". Sebagai kejutan, Siti menampilkan penyanyi Hazama dengan menyanyikan lagu saduran "Just Give Me A Reason" (nyanyian asal Pink).

Sepanjang persembahan yang dipimpin oleh pengarah muzik Aubrey Suwito serta diiringi okestra mini, Siti mengambil peluang sesi berinteraksi bersama para peminat dengan lebih dekat. Tambah istimewa, buat pertama kali Siti memperdengarkan lagu baru berjudul "Jaga Dia Untukku". Menurut Siti, lagu tersebut menceritakan tentang beliau dan suaminya. Ia kemudiannya dimuatkan dalam album Fragmen yang dilancarkan pada Jun.

Konsert berakhir pada jam 11 malam itu diakhiri dengan lagu "Biarlah Rahsia" (versi Rock) dan "Lebih Indah". Dewan tidak hanya dipenuhi peminat-peminat setia Siti Nurhaliza, malahan turut hadir tetamu istimewa Siti iaitu D.Y.A.M Tuanku Muhriz ibni Tuanku Munawir dan permaisuri Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, Menteri Pertahanan ketika itu, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Ir Idris Haron dan isteri. Selebriti popular tanah air seperti Ziana Zain, Erra Fazira, Shila Amzah, Sharifah Sakinah, Farahdhiya, Ezlynn dan Izara Aishah turut hadir.

Senarai lagu[sunting | sunting sumber]

Persembahan 1
  1. Siti Situ Sana Sini
Medley 1
Medley 2
Persembahan 2
  1. Sekian Lama
  2. Muara Hati
Medley 3
  • Tanpa Kalian / Intrig Cinta
Persembahan 3
  1. Jaga Dia Untukku
  2. Just Give Me A Reason (duet bersama Hazama)
Medley 4
Persembahan 4
  1. Biarlah Rahsia
  2. Lebih Indah
Medley 5
  • Stand Up / Remember You
Persembahan 5
  1. Seindah Biasa
  2. Pendirianku
  3. Kesilapanku Keegoanmu
  4. Ku Mahu

Tarikh konsert[sunting | sunting sumber]

Tarikh Bandar Negara Tempat Masa Kehadiran
7-8 Februari 2014[15] Kuala Lumpur Malaysia Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur 8:00 malam (WPM) Habis Dijual

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Konsert "Where The Heart is" – Dato Siti Nurhaliza Februari Ini!". ECentral. EnT. 2014-01-07. Dicapai pada 2017-02-11.[pautan mati kekal]
  2. ^ "Konsert Where The Heart Is Cerita Kisah Cinta Dato' Siti Nurhaliza". Oh Bulan!. 2014-02-11. Dicapai pada 2017-02-10.
  3. ^ "Dato' Siti Nurhaliza Live in KLCC- Where the Heart Is". Galaksi Media. 2014-01-10. Dicapai pada 2017-02-10.
  4. ^ ""WHERE THE HEART IS" Kerja Amal DATO' SITI NURHALIZA". Galaksi Media. 2014-02-09. Dicapai pada 2017-02-10.
  5. ^ "Siti Nurhaliza impi kisah hidup dalam teater muzikal". Astro Awani. 2014-02-10. Dicapai pada 2017-02-10.
  6. ^ "Dato Siti Nurhaliza - Konsert Amal Ekslusif "Where The Heart Is"". Yanty Lee. 2014-01-07. Dicapai pada 2017-02-11.
  7. ^ a b c d e Budiey (2014-01-06). "Konsert Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC Where The Heart Is". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2014-04-18.
  8. ^ "Legasi Siti, Kehebatan Audrey". KKBox. 2014-03-25. Dicapai pada 2017-02-07.
  9. ^ Siti Nurhaliza Sasar Kutip RM4 Juta Untuk Kebajikan Diarkibkan 2014-07-15 di Wayback Machine Mohd Al Qayum Azizi (7 Januari 2014). Mstar. Diperoleh pada 18 April 2014.
  10. ^ An intimate encounter with Siti Nurhaliza Diarkibkan 2016-04-28 di Wayback Machine Kenneth Chaw (10 February 2014). The Star. Diperoleh pada 18 April 2014.
  11. ^ "KONSERT AMAL DATO' SITI NURHALIZA LIVE IN KLCC KUMPUL DANA BANTU GOLONGAN MEMERLUKAN". Media Hiburan. 2014-01-07. Dicapai pada 2017-02-10.[pautan mati kekal]
  12. ^ Wan Nasrah Abdul Rahim (2014-01-08). "Siti Nurhaliza, kumpul dana kebajikan". Sinar Harian. Dicapai pada 2017-02-07.[pautan mati kekal]
  13. ^ Siti Nurhaliza berjaya kumpul dana RM1 juta Diarkibkan 2014-07-14 di Wayback Machine Tengku Khalidah Tengku Bidin (10 Februari 2014). Utusan Online. Diperoleh pada 18 April 2014.
  14. ^ Mohd Al Qayum Azizi (2014-01-19). "Siti Nurhaliza ingin jadi Muslimah lebih baik". mStar Online. Dicapai pada 2017-02-10.[pautan mati kekal]
  15. ^ "Dato' Siti Nurhaliza Live In KLCC: Where The Heart Is". AirAsiaRedTix. Dicapai pada 2017-02-11.[pautan mati kekal]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]