Haris Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Haris Ismail
Kelahiran
Muhammad Haris bin Mohd Ismail

(1995-05-02) 2 Mei 1995 (umur 26)
Nama lainPU Riz, Riz Ismail
PekerjaanPelakon, pendakwah bebas
Tahun aktif2016–kini
Terkenal keranaPencetus Ummah
Akademi Sahur Asia
PasanganNeelofa (k. 2021)

Muhammad Haris Mohd Ismail (lahir 2 Mei 1995) atau juga dikenali sebagai PU Riz ialah seorang pelakon dan pendakwah bebas Malaysia. Haris merupakan peserta program realiti Pencetus Ummah Musim 4 pada 2016.[1][2].

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Mac 2021, beliau selamat melangsungkan pernikahan dengan bekas pelakon dan pengacara TV, Neelofa dengan mengadakan sebuah majlis akad nikah yang mempunyai limit tetamu.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Bermula daripada sesi perkahwinannya dengan Neelofa pada 27 Mac 2021, Haris serta Neelofa terpalit dalam siri perlanggaran tatacara operasi piawai berdasarkan hukum pandemik COVID-19 yang melanda negara serta dunia pada masa itu pada bulan-bulan awal perkahwinan. Perlanggaran-perlanggaran yang dilakukan termasuk tidak menjaga penjarakan sosial ketika sesi perkahwinan mereka serta salah guna permit rentas negeri bagi tujuan peribadi. Siri perlanggaran yang dilakukan serta hukuman yang dijatuhkan terhadap mereka mendapat perhatian serta kutukan pelbagai pihak. Kontroversi ini menjadi contoh utama persepsi ketidakadilan terhadap golongan atasan yang dipetik oleh orang ramai.[3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Kisah Dari Mekah Astro Oasis
2018 Kelip-Kelip Di Kota London Daniel TV3
Selafaz Cinta Ustaz Fakih Astro Prima
Air Mata Di Bumi Matador TV2
Geng Tadarus Ustaz Danial
Lelaki Kiriman Tuhan Hasnan Astro Oasis
2019 Anugerah Cinta Aisyah Syazwan TV Okey
Tolong Aku Doktor Cinta Irfan TV2
2020 Korban Kasih TV1
Pelindung Seorang Puteri Alif Astro Ria

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2020 Ada Apa Dengan Dosa Khaliq Filem pertama

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Dosa Perempuan Osman TV3
2018 Kahwin-Kahwin Astro Citra
2019 Khutbah Terakhir Ustaz Hidayat TV1
Keliru Ibu Rayqal
2020 Rindu Cinta Zulaikha
Panggilan Haji
Misteri Bilik Bawah Nazri TV3
Ustaz Rock TV Okey

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2020- Chit Chat Ustaz Dirinya sendiri Awesome TV

Peserta[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2016 Pencetus Ummah Musim Ke-4
2017 Akademi Sahur Asia

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "9 Biodata Peserta Pencetus Ummah Musim 4". Selongkar10. 30 Oktober 2016.
  2. ^ "Dikritik Riz ada sebab". Utusan Melayu. 29 Januari 2017.
  3. ^ Minderjeet Kaur (27 April 2021). "RM60K for Neelofa, RM50K for burger seller – it's just not fine, say netizens". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 April 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]