Pekan Roban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Roban
Pekan Roban.
Pekan Roban.
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 1°53′13″N 111°18′16″E / 1.8868186°N 111.3044912°E / 1.8868186; 111.3044912Koordinat: 1°53′13″N 111°18′16″E / 1.8868186°N 111.3044912°E / 1.8868186; 111.3044912
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Betong
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanPejabat Daerah Kecil Roban
Aras
21 m (69 ft)
Penduduk
 • Jumlah550
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
95300

Pekan Roban atau secara rasminya Roban (Cina: 荷万; Jawi: روبن) ialah pekan pentadbiran bagi Daerah Kecil Roban di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1][2] Poskod bagi Pekan Roban ialah 95300 Roban.[3] Pekan Roban terletak berhampiran dengan Sungai Seblak/Sebelak di barat.[4] Ia juga merupakan sebuah perkampungan yang serba kekurangan ketika dahulu, tetapi kini menjadi pekan kecil lengkap dengan berbagai kemudahan asas.[5]

Apabila menjelang petang, kebiasaannya Pekan Roban akan lengang. Terdapat beberapa deretan kedai yang menjual pelbagai barang keperluan. Perjalanan dari Pekan Kabong ke Pekan Roban mengambil masa sebanyak setengah jam.[6]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Pekan Roban sangat kecil tetapi ia lengkap dengan pelbagai kemudahan. Perkidmatan pos disediakan di Pejabat Pos Roban. Ia juga mempunyai sebuah balai polis dan sebuah klinik kesihatan. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan tempat beribadah untuk masyarakat setempat serta pelancong. Antaranya ialah, Masjid Darul Aman Wa Sakinah yang terletak di Kampung Melayu Roban dan Roban Methodist Preaching Centre (Gereja) di tepi Jalan Kabong.[7][8] Terdapat juga dewan masyarakat untuk kegunaan setempat dan Pusat Internet Malaysia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
  2. ^ "Roban, Malaysia". GeoNames. Dicapai pada 2021-06-11.
  3. ^ "Roban, Sarawak". postcode.my. Dicapai pada 1 Januari 2021.
  4. ^ "Sungai Seblak, Malaysia". GeoNames. Dicapai pada 2021-06-11.
  5. ^ "Kampung jadi bandar kecil". Harian Metro. 3 Januari 2013. Dicapai pada 12 Januari 2014 – melalui KLIK.com.my.
  6. ^ "Roban, Kabong dalam peta BAT 2019 pada hari keenam jelajah". utusanborneo.com.my. Utusan Borneo (Sarawak). 6 Mac 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-16. Dicapai pada 17 Julai 2021.
  7. ^ "Roban Methodist Preaching Centre | 荷万布道处". methodistchurch.org.my (dalam bahasa Inggeris). Methodist Church. Dicapai pada 17 Julai 2021.
  8. ^ "Masjid Darul Aman Wa Sakinah, Kampung Melayu Roban". emasjid.sarawak.gov.my. Khidmat Islam Sarawak. Dicapai pada 17 Julai 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]