Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit
Batu Rakit Integrated Boarding School
Lokasi
 Malaysia Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu, Berakhlak, Berkualiti
Afiliasi agamaIslam
Autoriti pendidikanPPD Kuala Nerus
Nombor sekolah6096693769
Kod sekolahTRA7002
Pengerusi PIBGProf Dr Mohd Zamri Bin Ibrahim
PengetuaHaji Sulaiman bin Ngarif
Kelas4
Lagu

Putera dan Puteri Sekolah Harapan
Menimba Ilmu Penuh Keazaman
Semangat Keazaman Menjadi Pegangan
Agar Kejayaan Dalam Genggaman

Berilmu,Berakhlak dan Berkualiti
Azimat Semangat Pelajar Sejati
Kuatkan Azam, Jatikan Diri
Itulah Janji Warga Bestari

SBPIBR Pasti Gemilang
Warga Muafakat Tanpa Terhalang
Moga Usaha Capai Cemerlang
SBPIBR Pasti Gemilang

SBPIBR Pasti Gemilang

GPK Pentadbiran dan AkademikUstazah Che Rohana binti Yusuf@Jaafar
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMohd Sufian bin Che Mat
Penolong Kanan KokurikulumDr.Mohd Zaid bin Ismail
Faks6096695911
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit atau nama ringkasnya BRaInS, (Bahasa Inggeris: Batu Rakit Integrated Boarding School) ialah Sekolah Berasrama Penuh bertempat di Terengganu Darul Iman.

Sekolah ini ialah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) yang pertama ditubuhkan di Terengganu. Di samping itu, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit ialah Sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) sejak 2016 di mana pelajar akan menjalani program Tahfiz dalam sepanjang 5 tahun pengajian, yang mana program ini akan disepadukan dengan akademik mereka. Dengan status 'SBP Tahfiz Model Ulul Albab', Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit bertujuan untuk melahirkan pelajar al-huffaz muda dan proaktif dengan keputusan kokurikulum dan akademik yang cemerlang dan sangat baik. Program ini akan diikuti oleh beberapa SBP dipilih selepas pelaksanaan pertama di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Batu Rakit (SMKABR) diasaskan oleh penduduk tempatan pada tahun 1958 dengan mengubahsuai sebuah pasar terbiar. Sekolah yang bernama Nurul Islam juga ketika itu hanya mempunyai sebuah bangunan atau bilik darjah dengan 25 orang pelajar dan 1 orang guru sukarela.[1]

Pada tahun 1984, SMKABR berkeluasan 5.195 ekar yang terletak bersempadan dengan Perumahan Kos Rendah Wakaf Tengah dan Klinik Kesihatan Batu Rakit itu diambilalih oleh Pejabat Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu dan bertukar nama kepada Sekolah Menengah Agama Batu Rakit (SMABR) dengan peringkat pengajian setakat menengah rendah dengan bilangan pelajar 80 orang dan 4 orang guru.[1]

Pada tahun 1994, SMABR menjadi tumpuan masyarakat selepas diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan dan bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Batu Rakit (SMKABR). Bermula tahun yang sama, pengajian peringkat menengah atas (SPM) telah disediakan.[1]

Pada bulan September 1995, SMKABR dinaikkan ke Gred A. Pada peringkat awal, hanya pelajaran Agama Islam dan Bahasa Malaysia ditawarkan sebelum kemudiannya ditambah dengan mata pelajaran Bahasa Arab dan mata pelajaran umum. Bermula bulan Disember 1995, pengajian aliran agama mirip sains telah diperkenalkan di tingkatan empat.[1]

Pada 27 September 1996, Menteri Besar Terengganu ketika itu, YAB Dato' Seri Amar Diraja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad telah merasmikan Majlis Perayaan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah, Pelancaran Tabung Pendidikan dan Kebajikan serta Khemah Ibadat yang dianjurkan bersama dengan PIBG, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Yayasan Islam Terengganu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan Unit Perpaduan Ummah Terengganu yang diadakan di perkarangan SMKA Batu Rakit.[1]

SBP Integrasi Batu Rakit (BRaInS) yang dahulunya dikenali sebagai SMKA Batu Rakit telah dinaik taraf dan dibuka pada 17 Januari 2003. Sekolah ini terletak kira-kira 37 kilometer dari Kuala Terengganu. SBP Integrasi Batu Rakit mula dibina pada tahun 2001 dan diduduki pada awal tahun 2003 iaitu apabila bermulanya sesi pertama penggal persekolahan. Pada 5 Januari 2003, SMKA Batu Rakit dinaikkan taraf menjadi sebuah Sekolah Berasrama Penuh.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

SBP Integrasi Batu Rakit ialah sekolah yang pertama menggunakan satu sistem yang mesra alam antara sekolah di Malaysia dan merupakan projek yang kedua terbesar selepas projek pembinaan Universiti Sains Malaysia.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

SBP Integrasi Batu Rakit mempunyai segala kemudahan untuk pentadbir, para guru, pelajar dan kakitangan yang merangkumi kediaman Pengetua, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM, 24 unit kuarters guru, surau sekolah, kantin sekolah, dewan besar, dewan makan dan padang permainan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit
Batu Rakit, Kuala Nerus, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096693769
Faks = 6096695911

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Majlis Perayaan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah, Pelancaran Tabung Pendidikan dan Kebajikan serta Khemah Ibadat. SMKA Batu Rakit. 1986.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]