Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh
SABDA
Lencana SABDA
Lencana SABDA
Lokasi
Bagan Datuk, Perak
Maklumat
JenisFully Residential School
MotoUnggul Terbilang
Diasaskan12 Mei 2009 [1]
Kod sekolahAEA5083 (formerly SMSBD/SMSBDA)
PengetuaPuan Halimatus Sa'adiah binti Sheik Ismail
GredTingkatan 1 - 5
JantinaLelaki & Perempuan
Julat umur13 - 17
Jumlah penuntutapprox. 700
Kelas5-6
BahasaMalay , English , German , Mandarin , Japanese , Arabic
Bilik kelasBattutah, Khaldun, Rushd, Sina, Zuhr, Yunus
Rumah-rumahRuby (Merah), Turquoise (Biru), Citrine (Kuning), Emerald (Hijau), Amethyst (Ungu), Amber (Oren)
Warna     Blue
     Red
     Yellow
SloganSABDA Unggul Terbilang
Nama pasukanSABDA FC, SABDA SABERTOOTH, SABDA PREDATOR, SERI SABDA
Buku tahunanCITRA SABDA
AfiliasiSekolah Berasrama Penuh
Sekolah Kluster Kecemerlangan
Laman sesawang

Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh atau akronimnya SABDA ialah salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bertempat di Bagan Datuk, Perak. Sekolah ini telah dibuka dan beroperasi pada 12 Mei 2009 (Selasa). Nama sekolah ini bersempena dengan nama tempat berdirinya sekolah ini sendiri iaitu daerah Bagan Datuk.

Sekolah ini terletak lebih kurang 1.5 kilometer daripada pekan Bagan Datuk. Keluasan bagi sekolah ini adalah seluas 50 hektar namun, hanya 25 hektar sahaja yang digunakan setakat ini dan selebihnya akan dirancang dengan projek-projek tertentu sebagai salah satu kemudahan bagi SABDA. Antara idea-idea projek yang menjadi buah fikiran pengetua SABDA yang pertama , Tuan Haji Mohd. Ardani bin Yunos ialah SABDA Eco Park, Padang Ragbi Utama SABDA dan lain-lain lagi. Baginya, projek-projek seperti ini semestinya memberi manfaat kepada generasi SABDA pada masa akan datang selaras dengan sekolah bergelar Sekolah Berasrama Penuh.

Pada tahun 2011, Kementerian Pendidikan Malaysia mula beralih pandang kepada SABDA selepas berjaya mencapai Gred Purata Sekolah 1.6 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang lalu. Pencapaian ini melibatkan sebanyak 46 orang mencapai 9A termasuk 5 orang 9A+ menyebabkan SABDA berada pada tangga pertama dalam Hilir Perak dan ketiga dalam negeri Perak. Bukan itu sahaja, Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 juga menunjukkan pencapaian yang hebat yang mana sebanyak 106 orang mencapai 8A dengan Gred Purata Sekolah 1.06.

Pencapaian ini terus berkembang dengan jayanya sehinggalah pada tahun 2014, SABDA diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan yang mana SABDA antara salah satu sekolah yang terawal menerima anugerah seperti ini sejak penubuhannya. Kebitaraan bagi SABDA ialah Bahasa Melayu dan Kebudayaan.


Barisan Pentadbiran Semasa:

Pengetua: Puan Halimatus Sa'adiah binti Sheik Ismail


PK Pentadbiran: Encik Redzuan bin Hashim

PK HEM: Encik Shahrul Hisham bin Ramli

PK Kokurikulum: Puan Sumranie Mohd Saneh

GK Kemanusiaan: Puan Zanariah binti Ibrahim

GK Bahasa: Cik Rohani binti Dahari

GK VoTek: Tuan Haji Zolkaflie bin Harun

GK Sains & Matematik: Encik Mohd Radzi bin Jawawi


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rancangan Malaysia Ke-9[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2006, projek Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh adalah idea asal daripada YAB Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia pada waktu itu yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk. Beliau juga merupakan Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Hasrat ini bertujuan untuk memantapkan lagi keutuhan serta kecemerlangan SBP di Malaysia khususnya di Perak sendiri. Nama diberi adalah Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh yang mana juga hasil idea beliau melambangkan tempat dimana sekolah ini ditubuhkan gahnya di bumi Bagan Datoh (kini Bagan Datuk). Ia juga berupaya menjadi lambang kemajuan dari segi pendidikan di Bagan Datuk yang dahulunya digelar Pekan Koboi. Namun, cadangan ini pernah disangkal kerana Daerah Hilir Perak telahpun mempunyai sebuah lagi SBP iaitu Sekolah Menengah Sains Teluk Intan yang dibina sejak sekian lama pada 1987. Walau bagaimanapun, cadangan ini diluluskan juga di bawah persetujuan Kerajaan Malaysia.

Dalam Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Projek SABDA dirancang memulakan pembinaan pada awal Jun 2007 dan dijangka siap sepenuhnya pada awal 2009. Keluasan tanah yang diluluskan adalah seluas 50 ekar di bawah tanah lot 6026, Mukim Bagan Datoh, Hilir Perak. CMS Construction (M) Sdn. Bhd. merupakan kontraktor yang bertanggungjawab dalam merealisasikan projek SM Sains Bagan Datoh. Semasa projek ini dilaksanakan, pelbagai dakwaan yang mengatakan bahawa projek ini mengganggu industri kelapa sawit di Ladang Bagan Datuk. Bukan itu sahaja, kontraktor yang bertanggungjawab juga didakwa tidak melaksanakan projek dengan sempurna. Namun, perkara tersebut bukan suatu batu penghalang buat projek ini yang mana mampu melahirkan pemimpin berkualiti yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara pada suatu masa akan datang.

Penyerahan Projek[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Februari 2009, projek telah siap sepenuhnya. CMS Construction (M) Sdn. Bhd., kontraktor bagi projek tersebut, mula melaksanakan proses penyerahan tapak kepada Kementerian Pendidikan Malaysia menandakan tapak ini secara rasminya di bawah seliaan KPM sendiri. Hasil daripada perlaksanaan proses tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia mengarahkan seorang penjaga atau caretaker yang merupakan Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) iaitu Tuan Haji Addenan bin Osman yang kini merupakan pengetua Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR) pada 8 Mac 2009. Oleh itu, KPM menempatkan Tuan Haji Mohd Ardani bin Yunos sebagai pengetua yang pertama buat julung-julung kalinya.

Pembukaan Sulung[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Mei 2009, pihak Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh secara rasminya membuka kemasukan pelajar SABDA generasi pertama yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 dan 4 seramai 184 orang pelajar. Hal ini menandakan sambutan yang memuaskan terhadap keterbukaan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran di bangku sekolah menengah dengan memilih SABDA sebagai kesinambungan kecemerlangan mereka di bawah era pengetua pertama SABDA, Tuan Haji Mohd Ardani bin Yunos.


Tuan Haji Mohd. Ardani bin Yunos merupakan pengetua yang pertama sejak penubuhan SM Sains Bagan Datoh sehingga 2015. Beliau terkenal dengan sifat berfikiran terbuka serta luhur dalam pemikiran serta mempunyai pengalaman yang eksklusif dalam konteks SBP kerana beliau pernah memegang mandat sebagai pengetua di salah sebuah sekolah SBP iaitu Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) pada 2004-2009. Anak kelahiran Teluk Intan ini sering merancang idea yang bernas dalam meningkatkan mutu serta kualiti SABDA. Tidak terkejutlah bahawa beliau berjaya dinobatkan sebagai Tokoh Guru Peringkat Negeri Perak bagi tahun 2018. Bukan itu sahaja, beliau juga dianugerahkan Darjah Kesatria Mangku Negara K.M.N (Order of the Defender of the Realm) oleh Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada tahun 2007.

Perasmian Agung[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Julai 2010, SM Sains Bagan Datoh telah dirasmikan dengan julung-julung kalinya serta disempurnakan oleh Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah, Mantan Paduka Seri Sultan dan Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan yang telah mangkat pada tahun 2014. Baginda berkenan mencemar duli ke SABDA untuk merasmikan sekolah tersebut.


Pengetua SM Sains Bagan Datoh[sunting | sunting sumber]

SM Sains Bagan Datoh telah mengharungi segala pahit maung sepanjang berdiri megahnya sekolah ini. Namun dengan adanya seorang insan berprestij bergelar Pengetua, segalanya dapat diselesaikan dengan sempurna dan kejayaan sering dikecapi dari semasa ke semasa. Insan-insan inilah yang bertungkus-lumus menaikkan nama SABDA:

Bil. Gambar Nama Tarikh Perkhidmatan Tempoh berkhidmat Sekolah Sebelum Sebab Bertukar
1 Tuan Haji Mohd. Ardani bin Yunos 2009 - 2015 6 tahun Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) Berpencen
2 Tuan Haji Kamarularipin bin Jaffar 2015 - 2020 5 tahun Berpencen
3 Tuan Haji Mohd Saharuddin bin Sadali 2020 - 2023 3 tahun Menjadi pengetua SEMESTI
4 Puan Halimatus Sa'adiah binti Sheik Ismail 2023 - KINI Sedang Berkhidmat Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SSP/SM SAINS SERI PUTERI)


  1. ^ [1]