Sekolah Menengah Sains Gua Musang
Sekolah Menengah Sains Gua Musang merupakan Sekolah Berasrama Penuh di Gua Musang, Kelantan
Sekolah Menengah Sains Gua Musang | |
---|---|
Lokasi | |
Gua Musang, Gua Musang, Kelantan Darul Naim![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh |
Moto | ILMU, BUDI, KEBIJAKSANAAN |
Nombor sekolah | 099123698 |
Kod sekolah | DEA8009 |
Pengerusi PIBG | YB Haji Ab Aziz bin Yusoff |
Pengetua | En Aziz bin Derashid |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En Atan bin Selamat |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En Hafizee bin Hashim |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn Nik Aznida binti Awang |
Faks | 099122497 |
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Pada tanggal 1 April 2015,Sekolah Menengah Sains Gua Musang telah mula beroperasi secara rasminya. Sekolah Menengah Sains Gua Musang merupakan Sekolah berasrama Penuh yang ke-69 dibuka dalam kalangan Sekolah Berasrama Penuh di seluruh Malaysia dan SBP yang ke-5 di negeri Kelantan.
Sekolah Menengah Sains Gua Musang terletak di tepi jalan Gua Musang- Kuala Lipis di daerah Galas. Gua Musang menjadi mercu tanda kepada Daerah Gua Musang khasnya dan negeri Kelantan amnya. Kos pembinaannya menelan belanja sebanyak RM41.7 juta yang mula dibina pada tahun 2009 namun tergendala hampir setahun sehingga dapat disiapkan sepenuhnya pada tahun 2015.
Sekolah ini dapat menampung kapasiti murid seramai 750 orang pada satu-satu masa. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti bilik darjah, makmal sains, makmal komputer, bengkel kemahiran hidup dan bilik-bilik khas seperti bilik muzik, bilik pendidikan seni, bilik kegiatan agama islam dan makmal bahasa.Bagi kemudahan penginapan, asrama, surau, kantin, dan dewan makan disediakan. Bagi melakukan aktiviti riadah, terdapat padang dan gelanggang permainan seperti padang bola sepak, padang hoki, gelanggang tenis, gelanggang bola keranjang, gelanggang bola jaring dan gelanggang sepak takraw. Terdapat juga kemudahan dewan utama yang turut memuatkan gelanggang badminton.
Pengambilan pelajar mula dilakukan mulai 1 April 2015 dengan kemasukan pelajar sulung tingkatan 1 seramai 63 orang. Namun, sehingga akhir tahun 2015, seramai 92 orang murid telah mendaftar di sekolah ini dengan pecahan mengikut jantina iaitu 34 orang lelaki dan 58 orang perempuan.
Sekolah Menengah Sains Gua Musang diterajui oleh pengetua yang pertama iaitu Pn Zawiah Binti Che Ghani dengan dibantu oleh 3 orang penolong kanan iaitu En Marzuki Bin Md Nor (PK Pentadbiran), En Ahmad faris Bin Abu Bakar (PK HEM) dan En Atan Bin Selamat (PK Kokurikulum).
Peringkat pertama penubuhan sekolah ini, seramai 16 orang guru telah ditempatkan disini sehingga bertambah menjadi 18 orang pada akhir tahun 2015. Sementara itu, seramai lima orang kakitangan sokongan telah mula bertugas disini.
Sesungguhnya, penubuhan sekolah ini memberi makna yang amat signifikan bagi penduduk di daerah Gua Musang khasnya dan negeri Kelantan amnya kerana peluang pendidikan yang cemerlang sudah tersedia. Warga Sekolah Menengah Sains Gua Musang bertekad akan menjadikan sekolah ini sebagai sekolah yang cemerlang dan terbilang dalam kalangan Sekolah Berasrama Penuh yang lain.