Pergi ke kandungan

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh (INSOFT) ialah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi yang ditubuhkan pada 1 Januari 2002. Sekolah ini dibuka dan diuruskan pentadbirannya buat pertama kali oleh En. Abdul Razak bin Alias. Pada mulanya, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Temerloh. Kemudian, sekolah ini dinaik taraf kepada Sekolah Menengah Agama Persekutuan Temerloh.

Pada 1 Jun 2002, sekolah ini kemudiannya dinaik taraf kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran Malaysia (BPSBP KPM). SBP Integrasi Temerloh menjadi SBPI pertama yang ditubuhkan di negeri Pahang Darul Makmur.

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh
Integrated School of Temerloh
سكوله براسراما ڤنوه اينتڬراسي تمرلوه
SBP INTEGRASI TEMERLOH
Lokasi
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh yang terletak di Pahang
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh
Kerdau, 28010 Temerloh, Pahang Darul Makmur
Malaysia
Koordinat3°33′38″U 102°23′27″T / 3.56062°U 102.39077°T / 3.56062; 102.39077
Maklumat
Nama lainINSOFT
Nama lamaSMKA Temerloh
SMAP Temerloh
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh (SBP)
Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)
sekolah kerajaan
MotoIlmu Iman Amal
Ditubuhkan(2002-06-01)1 Jun 2002
Autoriti pendidikanPPD Temerloh
BPSBP KPM
Nombor sekolah092847889
Kod sekolahCRA7001
PengetuaPn. Ku Zaleha binti Ku Saad
Kelas20 ( Smart, Brilliant, Perfect, Intelligent )
Kelas ditawarkanSains Tulen Agama
Sains Tulen
SloganDI SINI LAHIRNYA PEMIMPIN
AlumniAITEM (Alumni Integrasi Temerloh)
GPK Pentadbiran dan AkademikTn. Haji Fakharuddin bin Shahudin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Rosyaimi bin Ramli
Penolong Kanan KokurikulumPn. Hazmi Azyyati binti Ahmad Zahar
Faks09-2847460
Laman sesawang

Sejarah Sekolah

[sunting | sunting sumber]
SBPI Temerloh

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Temerloh mula dibuka pada 1 Januari 2002. Pada awalnya, sekolah ini menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh sementara menunggu kompleks yang sebenar di Kerdau, Temerloh siap. Kompleks tersebut berkeluasan 32 ekar. Guru-guru yang bertanggungjawab mentadbir dan mengurus sekolah semasa memulakan sesi persekolahan 2002 ialah Abdul Razak bin Alias (menjalankan tugas pengetua sehingga 15 Mac 2002), Abdul Khalid bin Daud, Razali bin Ahmad, Zakaria bin Khalid, Zaripin bin Ismail, Abdul Rafar bin Yahya, Ruzawati binti Ramly, Zaitun binti Hamzah, Norashidah binti Che Hassan, Norhayati binti Zakaria dan Norehan binti Hassan.

Kumpulan pertama pelajar ialah seramai 106 orang dengan 50 orang pelajar lelaki dan 56 orang pelajar perempuan. Kesemua pelajar tersebut dibahagikan kepada 3 buah kelas dan pada 16 Mac 2002, Puan Hajah Afiah binti Abd Razak telah menjadi pengetua pertama sekolah ini. Pada 4 Jun 2002, 12 orang guru, 4 orang staf sokongan dan 93 orang pelajar sekolah ini telah berpindah ke kompleks sebenar sekolah di Kerdau. Pengambilan kedua pelajar melibatkan 65 orang pelajar. Pada 1 Jun 2002, Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh telah diambil alih oleh Sektor Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Seiring dengan itu, bilangan pelajar tingkatan satu telah bertambah kepada 153 orang dengan 75 lelaki dan 78 perempuan. Jumlah kelas telah bertambah kepada 5 kelas iaitu 1 Al-Bukhari, 1 Al-Muslim, 1 At-Tirmizi, 1 An-Nasai dan 1 Ibnu-Majah. Jumlah guru juga telah bertambah kepada 14 orang. Sehingga Oktober 2011, bilangan pelajar seramai 529 orang pelajar.

Terkini, nama-nama kelas bagi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh telah diubah kepada Smart, Brilliant, Perfect, Intelligent. Asalnya terdapat tambahan kelas Thinker namun kelas tersebut berakhir setelah aliran sains teknikal tidak lagi ditawarkan di sekolah ini bermula tahun 2016.

Surau SBPI Temerloh

Pada 30 April 2011, satu mesyuarat rasmi telah diadakan di SBPI Temerloh untuk membentuk Alumni rasmi SBPI Temerloh dengan gelaran AITEM (Alumni SBP Integrasi Temerloh). Pada 18 Oktober 2011, persatuan alumni ini telah diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan nama rasmi Persatuan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh (AITEM).

Sekolah ini juga telah dianugerahkan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011.

Map

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Senarai Pengetua

[sunting | sunting sumber]
--- 1 Januari 2002 - 15 Mac 2002 En. Abdul Razak bin Alias (memangku tugas pengetua)
01 16 Mac 2002 - 2004 Pn. Hajah Afiah binti Abdul Razak
02 2004 - April 2009 Pn. Shariffah Asmak binti Syed Alwee
--- April 2009 - Ogos 2009 En. Zamri bin Sabri (memangku)
03 Ogos 2009 - Mac 2010 En. Hadi bin Mat Dain
--- Mac 2010 - Mei 2010 Pn. Faridah binti Ahmad (memangku)
04 Mei 2010 - April 2017 Pn. Normah binti Ismail
05 April 2017 - Mac 2019 Tuan Haji Zaberi bin Abdul Hamid, AMP.
06 April 2019 - Februari 2024 Pn. Uminafisah binti Md Sirat
07 Mac 2024 - kini Pn. Ku Zaleha binti Ku Saad

Barisan Pentadbir

[sunting | sunting sumber]
Penolong Kanan
PK Akademik dan Pentadbiran En. Fakharudin bin Shahudin
PK Hal Ehwal Murid En. Rosyaimi bin Ramli
PK Kokurikulum Pn. Hazmi Azyyati binti Ahmad Zahar
Guru Kanan Mata Pelajaran
GKMP Bahasa Cik Rofidah binti Abdul Mubin
GKMP Sains dan Matematik Cik Siti Asiah binti Ahmad
GKMP Kemanusiaan Pn. Siti Aisah binti Mahat
GKMP Pengajian Islam Pn. Rafidah binti Razak
GKMP Teknik dan Vokasional En. Abdul Rahman bin Mamat

Badan Kepimpinan Murid

[sunting | sunting sumber]

PENGAWAS SEKOLAH

[sunting | sunting sumber]
Tahun Presiden Timbalan Presiden I Timbalan Presiden II Setiausaha Agung Timbalan Setiausaha Bendahari Kehormat Timbalan Bendahari
2024 - 2025 Allifqhalamullah bin Jamalulnasir Muhammad Ariq Darius bin Izuddin Nur Auni Zafirah binti Mohd Fazli Ahmad Zikry Irfan bin Meli Nurqistina Raudhah binti Rosman Akif Fikri bin Mohamad Nadzri Nur Iman Raihanah binti Ab Razak
2025 - 2026 Imad Najdi bin Mohd Khusairi Mohamad Aqil Zafran bin Suhaimi Najah Thaqifah binti Taharin Nur Qaisara Aleesya binti Haznan Muhammad Zafri Aqil bin Zafaruddin Muhammad Yusuf bin Haizul Ikhwan Adlina Batrisyia binti Affandi
2026 - 2027 Iyyad bin Nor Adli Syahri - - - - - -

PENGAWAS ASRAMA

[sunting | sunting sumber]
Tahun Ketua Asrama Putera Ketua Asrama Puteri
2024 - 2025 Muhammad Aiman Zikri bin Anuar Ridzaudin Nik Nurhanis Humaira binti Mohamad
2025 - 2026 Muhammad Lutfi Hanadzlah bin Hasbullah Ku Syafiqah Arina binti Ku Shahril
2026 - 2027 Harith Rayqal bin Khairul Azwan Nur Amalina Balqis binti Ahmad Fadzillah

BADAN DAKWAH DAN KEROHANIAN (BADAR)

[sunting | sunting sumber]
Tahun Presiden Timbalan Presiden
2024 - 2025 Amrullah Aiman bin Abdullah Damya Hannah binti Jamidan
2025 - 2026 Wan Ahmad Faris bin Wan Mohd Ruzlan Hayfa Adni binti Nasaruddin
2026 - 2027 Nik Muhammad Fahmi bin Mustafa -

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

[sunting | sunting sumber]
Tahun Presiden Timbalan Presiden
2024 - 2025 Muhammad Haziq Aiman bin Baharin Auni Mukhlisah binti Mansor
2025 - 2026 Ahmad Muqri Syahmi bin Muhamad Rizal Nurqaisara Khalishah Hana binti Adi Bakhiar
2026 - 2027 Muhammad Nur Iman bin Agigat Aina Baiduri binti Yusoff

PENGAWAS PUSAT SUMBER (PSS)

[sunting | sunting sumber]
Tahun Ketua Penolong Ketua
2024 - 2025 Iris Sofea binti Wan Mohd Haffiz -
2025 - 2026 Syazri Marsyidi bin Sukor Nur Fathaniah Liyana binti Kamarudin
2026 - 2027 Nur Azmina Zahra binti Nazarul Azman -

PENGAWAS KOPERASI (ALK)

[sunting | sunting sumber]
Tahun Ketua Penolong Ketua
2024 - 2025 Faris Ikhwan bin Roslan -
2025 - 2026 Emrin Nazif bin Akmal Hamdi Nurul Arlia binti Zainun
2026 - 2027 Muhammad Ammar bin Shahrul Nizam -

PENGAWAS SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

[sunting | sunting sumber]
Tahun Ketua Penolong Ketua
2024 - 2025 Izzalia Jumairah binti Rohaimi -
2025 - 2026 Nuril Farisha Aqila binti Hasnan Muhammad Riefdy bin Masrul Hisham
2026 - 2027 - -

Sistem Rumah

[sunting | sunting sumber]

Warga InSofT dibahagikan kepada 6 buah rumah sukan. Penempatan pelajar di asrama juga adalah mengikut rumah sukan. Sememangnya suatu tradisi bagi setiap pelajar mempunyai semangat rumah dan bersaing untuk menjulang rumah masing-masing dalam akademik, kokurikulum, sukan dan sebagainya.

Rumah Warna Lambang
Dato Onn [🟢] Hijau Buaya
Za'ba [🟡] Kuning Harimau
Tun Razak [🔵] Biru Jerung
Pak Sako [🟤] Coklat Beruang
Tunku Abdul Rahman [🔴] Merah Phoenix
Aminuddin Baki [🟣] Ungu Naga

Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah

[sunting | sunting sumber]

🟢 DATO' ONN

[sunting | sunting sumber]
Tahun Batch Ketua Rumah Penolong Ketua Rumah
2025 Evolution 08 Muhammad Zaim Hakim bin Roslaime Farwizah Umairah binti Umarddin
2026 Zheamaze 09 Firash Zhafran bin Noorazizi Alisha Dafinah binti Adi Iskandar
2027 Audacious 10 Muhammad Raif Hazim bin Mohd Ruzaidi -

🟡 ZA'BA

[sunting | sunting sumber]
Tahun Batch Ketua Rumah Penolong Ketua Rumah
2025 Evolution 08 Ammar Shakeel bin Azmi Dhiya Khairina binti Azmam
2026 Zheamaze 09 Muhammad Iqbal Syamil bin Mohd Samshul Nur Adriana Fasiha binti Md. Shaiful Azman
2027 Audacious 10 - -

🔵 TUN RAZAK

[sunting | sunting sumber]
Tahun Batch Ketua Rumah Penolong Ketua Rumah
2025 Evolution 08 Adam Danish Haqimy bin Azahari Nur Akma Ismahani binti Abdul Rashid
2026 Zheamaze 09 Dayyan Hafidh bin Abd Halim Nur Ilyana Sofiya binti Yusman
2027 Audacious 10 Ahmad Amzar Wabil bin Jess Amran -

🟤 PAK SAKO

[sunting | sunting sumber]
Tahun Batch Ketua Rumah Penolong Ketua Rumah
2025 Evolution 08 Muhammad Ameer Zaqwan bin Mahadi Azmi Siti Maisarah binti Khairullizam
2026 Zheamaze 09 Muhammad Raez Razin bin Muhamad Hafizun Ain Naziha binti Mohd Khairol
2027 Audacious 10 Muhammad Amsyar Umar bin Zulkhairi -

🔴 TUNKU ABDUL RAHMAN

[sunting | sunting sumber]
Tahun Batch Ketua Rumah Penolong Ketua Rumah
2025 Evolution 08 Muhammad Hazim Haziq bin Amiruddin Damia Qaisara binti Shamsudin
2026 Zheamaze 09 Aqif Iman bin Sharim Nur Bahiyah binti Naimi
2027 Audacious 10 Ahmad Idham bin Naziruddin -

🟣 AMINUDDIN BAKI

[sunting | sunting sumber]
Tahun Batch Ketua Rumah Penolong Ketua Rumah
2025 Evolution 08 Muhammad Fazrul Adam bin Mohd Basmina Nurhanafisa Farhana binti Abdul Jalil
2026 Zheamaze 09 Wan Muqri Darwish bin Wan Maharedzal Nur Alisha Hana binti Yah @ Yahya
2027 Audacious 10 Muhammad Aqil Rifqi bin Ahmad Fauzi -

Gaya Pengajaran

[sunting | sunting sumber]

Sesi PdP (pengajaran dan pembelajaran) di sekolah ini dijalankan pada setiap hari persekolahan. Pada hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 6.50 pagi setiap hari, para pelajar akan bergerak ke sekolah. Perhimpunan pagi diadakan setiap hari persekolahan pada pukul 7.00 pagi. Sesi PdP dimulakan pada pukul 7.30 pagi. Pelajar akan diberi masa rehat dari pukul 10.30 pagi hingga 11.00 pagi bagi pelajar menengah bawah (Tingkatan 1, 2 dan 3) manakala bagi pelajar menengah atas (Tingkatan 4 dan 5) akan rehat dari pukul 10.00 pagi hingga 10.30 pagi. Pada waktu petang pelajar menengah rendah akan mengikuti kelas persediaan petang (kecuali jika ada guru ingin membuat kelas tambahan) manakala pelajar menengah atas akan mengikuti kelas tambahan mata pelajaran. Pada hari Jumaat, sesi persekolahan tamat pada pukul 12.30 tengah hari.

Tingkatan 1

[sunting | sunting sumber]
  1. Smart (DLP)
  2. Brilliant
  3. Perfect
  4. Intelligent (DLP)

Tingkatan 2

[sunting | sunting sumber]
  1. Smart (DLP)
  2. Brilliant
  3. Perfect
  4. Intelligent (DLP)

Tingkatan 3

[sunting | sunting sumber]
  1. Smart (DLP)
  2. Brilliant
  3. Perfect
  4. Intelligent (DLP)

Tingkatan 4

[sunting | sunting sumber]
  1. Smart (Sains Agama + DLP)
  2. Brilliant (Sains Agama)
  3. Perfect (Sains Tulen)
  4. Intelligent (Sains Tulen + DLP)

Tingkatan 5

[sunting | sunting sumber]
  1. Smart (Sains Agama + DLP)
  2. Brilliant (Sains Agama)
  3. Perfect (Sains Tulen)
  4. Intelligent (Sains Tulen + DLP)

Tawaran Mata Pelajaran

[sunting | sunting sumber]

Menengah Rendah

[sunting | sunting sumber]
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Sejarah
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Islam
  • Geografi
  • Reka Bentuk dan Teknologi atau Asas Sains Komputer
  • Pendidikan Muzik atau Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Bahasa Asing (German/Mandarin/Jepun)

Menengah Atas

[sunting | sunting sumber]
Sains Tulen Agama
Kod Mata Pelajaran
1103 Bahasa Melayu
1119 Bahasa Inggeris
1249 Sejarah
1449 Matematik (Mathematics)
5227 Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
5228 Pendidikan Syariah Islamiah
2361 Bahasa Arab Tinggi
4531 Fizik (Physics)
4541 Kimia (Chemistry)
4551 Biologi (Biology)
3472 Matematik Tambahan (Additional Mathematics)
6405 / 6407 / 6401 Bahasa Antarabangsa (German, Mandarin, Jepun)
- Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Sains Tulen
Kod Mata Pelajaran
1103 Bahasa Melayu
1119 Bahasa Inggeris
1249 Sejarah
1449 Matematik (Mathematics)
1223 Pendidikan Islam
4531 Fizik (Physics)
4541 Kimia (Chemistry)
4551 Biologi (Biology)
3472 Matematik Tambahan (Additional Mathematics)
6405 / 6407 / 6401 Bahasa Antarabangsa (German, Mandarin, Jepun)
- Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Logo Sekolah

[sunting | sunting sumber]
SBP INTEGRASI TEMERLOH
  • Kuning : Lambang keperibadian mulia
  • "I I I" : 'Iqra
  • Buku : Sikap suka membaca
  • Bulat : Kelahiran pemimpin masa depan di SBPI Temerloh

Lagu Sekolah

[sunting | sunting sumber]

Berhemah tinggi pekerti terpuji
Bentuk peribadi nilai yang murni
Sopan santun dalam berbicara
Menjunjung tinggi cita-cita negara

Ilmu penyuluh hidup yang sempurna
Membaca jadikan amalan kita
Teras iman budi yang luhur
SBPI Temerloh Darul Makmur

Mari bersama kita berusaha
Bina insan cemerlang
Beramal bakti sentiasa
Menggapai hasrat murni negara merdeka

Berilmu cipta kejayaan
Keimanan benteng kejahilan
Beramal jadi kewajipan
Penampilan dijaga
Berdedikasi dan jati diri
Melahirkan insan bestari
Lahirkan insan bestari

Ikrar Murid INSOFT

[sunting | sunting sumber]

Bahawasanya kami
murid Sekolah Berasrama Penuh
Integrasi Temerloh
berikrar dan berjanji
kepada ibu bapa,
guru-guru dan pengetua
iaitu menjadi tanggungjawab kami
untuk menjadi insan yang terpuji,
membantu orang lain menjadi lebih baik,
mewujudkan persekitaran yang bersih,
cantik dan harmoni
dengan sepenuh hati
dan tulus ikhlas
semata-mata kerana Allah swt

Kemudahan dan Infrastruktur

[sunting | sunting sumber]

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]
  • Pejabat Pengetua
  • Pejabat Pentadbiran
  • Bilik Mesyuarat
  • Bilik Peperiksaan
  • Bilik Disiplin
  • Bilik Bimbingan dan Kaunseling
  • Galeri Sekolah
  • Makmal Komputer
  • Bilik Kuliah Al-Khawarizmi
  • Bilik Seminar
  • Bilik-Bilik Khas : Bilik Bahasa, Geografi, Sejarah, Seni Visual, Muzik dan Bilik-Bilik Bahasa Asing (Arab, German, Jepun, Mandarin)
  • Makmal-Makmal Sains : Makmal Kimia, Makmal Biologi, Makmal Fizik, Makmal Sains 1 dan Makmal Sains 2
  • Bengkel-Bengkel RBT
  • Bilik Pembelajaran Abad 21
  • Pusat Akses Internet
  • Internet tanpa-wayar merangkumi bangunan sekolah

Sukan dan Kokurikulum

[sunting | sunting sumber]
  • Padang Ragbi
  • Padang Bola Sepak
  • Padang Petanque
  • Gelanggang Badminton
  • Gelanggang Bola Futsal
  • Gelanggang Squash
  • Gelanggang Takraw
  • Gelanggang Bola Keranjang
  • Gelanggang Bola Jaring
  • Gelanggang Bola Tampar

Fasiliti Khas

[sunting | sunting sumber]
  • Dewan Al-Falah
  • Dataran Abu Bakar As-Siddiq
  • Lobi Sekolah ( Serambi Jauhari )
  • Ruang Legar ( Balai Cendekia )
  • Perpustakaan Baitul Hikmah
  • Koperasi Sekolah
  • Kantin Darus Siqoyah
  • Surau Al-Ghazali
  • Aspura Harun Ar-Rasyid
  • Aspuri Masyitah
  • Dewan Makan (Aspura/Aspuri)
  • Kuarters Kediaman Guru

Senarai Batch

[sunting | sunting sumber]
Bil Tahun Nama Moto
01 2002-2004 TRIPLE 04 -
02 2002-2005 RISER 05 -
03 2002-2006 020SIX -
04 2003-2007 IMTIAZ327 -
05 2004-2008 91ALLSTARS -
06 2005-2009 ZEALOUS 92 -
07 2006-2010 IMPERVIOUS 93 -
08 2007-2011 ALTIMA 0711 -
09 2008-2012 PREDOMINATE 95 -
10 2009-2013 LUMINOUS 96 -
11 2010-2014 PRODIGY 97 -
12 2011-2015 ODYSSEY 98 -
13 2012-2016 MUMTAZ 99 -
14 2013-2017 PROFICIENT TTZ -
15 2014-2018 MARTINETSZ 01 -
16 2015-2019 IBDA'I 02 -
17 2016-2020 PRECIOUS ST 03 -
18 2017-2021 XANTHRONS 04 -
19 2018-2022 IMPRODATOR 05 -
20 2019-2023 EXCINEVA 06 -
21 2020-2024 ERUDITE 07 -
22 2021-2025 EVOLUTION 08 We Born To Make Change
23 2022-2026 ZHEAMAZE 09 Success Beyond Limits, Achieve Beyond Expectations
24 2023-2027 AUDACIOUS 10 Excellence Begins With Effort
25 2024-2028 VANGUARD 11 We Lead With Purpose
26 2025-2029 EMINENT 12 Born To Lead, Build To Inspire
27 2026-2030 ZEPHORYX 13 -

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]