Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
Moto Berilmu Beriman Beramal
Jenis Sekolah Menengah Agama, Sekolah Kerajaan Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Berprestasi Tinggi
Pengetua Tuan Hj Abdul Aziz bin Mahmud
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Puan Musalmah bt Abu Bakar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Tuan Haji Moohyiddin
Penolong Kanan Kokurikulum Puan Najibah
Pengerusi PIBG Encik Nor Hisham Bin Abdullah Sani
Kod sekolah BRA4003
Lokasi Batu 13, Jalan Cheras
Kajang, Selangor
Malaysia
Nama singkatan SMAPK, SMAP Kajang, FISSK
Laman sesawang SMAPK.NET
Telefon 03-87362324
Faks 03-87360502

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) atau nama ringkasnya SMAP Kajang, merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama berasrama penuh yang terletak di Batu 13, Kajang, Selangor. SMAP Kajang dibuka secara rasmi pada Julai 1990.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMAPK telah ditubuhkan pada 1 Disember 1989 dan terpaksa menumpang di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu buat sementara waktu bersama pengetua pertama, Ustaz Mohd Saim Bin Ithnin serta 5 orang guru perintis. Pada 12 Julai 1990, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang telah berpindah ke lokasi tetapnya di Batu 13, Jalan Cheras, Kajang. Sehingga 2001, 4 orang pengetua telah menjadi peneraju SMAPK. Pengetua kedua ialah Ustaz Marzuki Abdul Hamid diikuti Pengetua ketiga, Ustazah Hajah Jumaiyah bt Haji Hashim, Ustazah Norhayati bt Lebai Isa, Syed Baharom Syed Hussien, Hajah Aminah binti Idris, Haji Sakijan Bin Muri dan kini, Tuan Hj Abdul Aziz bin Mahmud.

Kedudukannya yang strategik berhampiran dengan Putrajaya serta Kuala Lumpur dan juga pelbagai universiti awam dan swasta menyebabkan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang telah menjadi terkenal di seluruh negara.

Pencapaian para pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang yang begitu membanggakan antaranya Eliza Hanim Ibrahim sebagai pemain catur kebangsaan (1991), mewakili negara dalam Olimpiad Matematik di Argentina pada tahun 1997, mewakili negara dalam Kongres Remaja Sedunia di Sarajevo pada tahun 2000, memasuki perlawanan akhir Bahas Dato' Abdul Shukor pada tahun 2000, dua kali berturut-turut melayakkan diri ke perlawanan akhir Bahas Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri pada tahun 2000 dan 2001, serta melayakkan diri ke peringkat akhir Pidato Piala Diraja pada tahun 1998.

Pada tahun 2003, SMAPK telah berjaya memenangi Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri kategori Bahasa Melayu buat kali pertama. Bahas Piala Perdana Menteri atau singkatannya (PPM) merupakan piala bahas paling berprestij buat sekolah-sekolah berasrama penuh yang mula dipertandingkan sejak 1974. Kejayaan ini diteruskan apabila memenangi pertandingan yang sama pada tahun 2005, 2008, 2009, 2013 dan terbaharu pada 2017. SMAPK juga muncul Naib Juara Bahas Piala Perdana Menteri pada tahun 2014 dan 2015.

SMAPK juga terlalu sinonim dengan kumpulan nasyid kebanggaan mereka, All For Ummah (A.F.U) yang akhirnya berjaya melahirkan artis nasyid rakaman yang menamakan diri mereka sebagai kumpulan Saujana. All For Ummah telah menaikkan nama sekolah apabila berjaya memenangi Johan Festival Nasyid Kebangsaan 3 kali berturut-turut dari tahun 2004, di Festival Nasyid Kebangsaan yang pertama kali diadakan sehinggalah tahun 2006 dan berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan 7 tahun berturut-turut dan pelbagai lagi kejayaan telah dicapai sama ada di peringkat SBP, Kebangsaan dan Negeri.

Pencapaian di peringkat akademik termasuklah kejayaan merangkul 2 kali 100% pangkat 1 dalam SPM pada tahun 1993,1997 dan 1999. Sehingga tahun 2000, 3 orang pelajarnya telah berjaya merangkul semua A dalam setiap mata pelajaran dalam SPM. SMAPK juga pernah beberapa kali tersenarai dalam ranking 10 sekolah terbaik Malaysia dalam beberapa siri peperiksaan awam terutamanya SPM. Tahun 2009 juga menyaksikan sejarah tercipta apabila SMAPK diumumkan sebagai 5 buah sekolah agama terbaik di Malaysia apabila lebih 100 orang pelajarnya meraih keputusan 9A dan 8A.

Sehingga ke hari ini, SMAPK telah melahirkan ribuan pelajar yang kini telah melanjutkan pelajaran masing-masing ke Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, universiti-universiti terkemuka luar negara dalam pelbagai jurusan. Bagi yang telah bekerja, mereka telah menjawat pelbagai jawatan penting sama ada di sektor awam mahupun swasta.

Pada awal tahun 2011, persatuan bekas-bekas pelajar SMAPK telah ditubuhkan dengan cadangan nama Pertubuhan Anak Didik SMAPK (AnNadi) di Dewan Nik Mahyudin Wan Musa. Bagaimanapun, nama rasmi yang didaftarkan akhirnyaialah Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang dengan singkatan AnNadi dikekalkan. Penubuhan persatuan tersebut bertujuan memudahkan komunikasi antara semua bekas pelajar dan juga mereka yang masih belajar di SMAPK untuk sama-sama memacu SMAPK ke arah kegemilangan dan terus mempertahankan etos kecemerlangan yang telah dipupuk sejak penubuhannya.

Pada tahun 2013 pula, SMAPK telah berjaya diumumkan sebagai salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Nama batch[sunting | sunting sumber]

  • Gundalerz (9701)
  • Legenderz (9802)
  • Gen-X’10th Generation of SMAPK (GenX 9903)
  • Phoenix (0610)
  • Seven Eleven (0711)
  • Pencetus Generasi Al-Quran (PGA 0812)
  • Bittersweet 0913 (BS 0913)
  • Liberators 1014 (LB 1014)
  • Valtas' 1115 (VS 1115)
  • Generasi Amirul Mukminin (GAM 1216)
  • We Impose Full Islam (WiFi 1317)
  • Daie Millenium (DAIEM 1418)
  • Success With Applied Tarbiyah (SWAT1519)
  • Fatahulhaq (FATAH1620)
  • Qawiyyul Amin Force (QAF 1721)
  • Khairul Ummah(KHAIRUM 1822)
  • Processing Islam Leading Over Taqwa(PILOT 1923)

Aktiviti tahunan[sunting | sunting sumber]

  • Watikah Perlantikan Badan Kepimpinan Murid (BKM)
  • Kejohanan Sukan Tahunan
  • Kejohanan Sukan Asrama
  • Kejohanan Kawad Kaki Badan Beruniform
  • Majlis Khatam al-Quran
  • Muzakarah Pelajar
  • Hari Anugerah HEM
  • Hari Anugerah Kurikulum
  • Hari Anugerah KoKurikulum
  • Malam Asperiasi Ilmu dan Asonansi Seni (MAIDAS)
  • Sambutan Ambang Kemerdekaan
  • Ihya' Ramadhan
  • Sambutan Hari Guru
  • Kem Ibadah
  • Solat Hajat
  • Iftar Perdana
  • Majlis Penetapan Target PT3&SPM
  • Bacaan Al-Quran sepuluh muka surat

Rumah sukan[sunting | sunting sumber]

  • Abu Ubaidah (Biru)
  • Khalid Al-Walid (Merah)
  • Tariq Ziad (Kuning)
  • Usamah Zaid (Hijau)

Prasarana[sunting | sunting sumber]

  • 4 buah blok asrama putera
  • 3 buah blok asrama puteri
  • 4 buah blok akademik
  • Bengkel KHB
  • Dewan Besar Nik Mahyuddin Wan Musa
  • Gimnasium
  • Masjid Al-Ehsan
  • white house
  • 1 padang ragbi
  • 1 padang bola sepak
  • 2 padang hoki
  • 2 gelanggang futsal
  • 2 gelanggang bola keranjang
  • 2 gelanggang bola tampar
  • 2 gelanggang sepak takraw
  • 2 gelanggang bola jaring
  • 1 lapang sasar memanah
  • Padang Pahlawan
  • 1 padang petanque
  • 1 padang bola baling
  • Pusat Akses Internet
  • Koperasi Sekolah
  • Pawagam TGV Blockbuster
  • Kandang majalah sekolah

Etos SMAPK[sunting | sunting sumber]

  • Kepimpinan
  • Nasyid
  • Bola Baling
  • Kesenian Islam
  • Memanah
  • Bahas / Debat Bahasa Melayu
  • Inovasi Sains & Reka Cipta
  • Hoki
  • Bola keranjang
  • Ragbi

Ketua Umum SMAPK[sunting | sunting sumber]

  • 1995 - Mohd Nazri Chik
  • 1997 - Mohd Izwan Yusof
  • 1998 - Suffian Amrin
  • 1999 - Mohd Shukri Ahmad Mansor
  • 2000 - Suzardi Maulan
  • 2001 - Adi Syazni Mohammed
  • 2002 – Takeshi Hafiz
  • 2003 – Hafizi Rahmat
  • 2004 – Shahir Md Fuad
  • 2005 – Zakwan Adenan
  • 2006 – Eikhwan Ali
  • 2007 – Afdzal Shahabuddin
  • 2008 – Nik Mohd Syafiq Nik Md Daud
  • 2009 – Miftahuddin Sufyan
  • 2010 – Hazmi Al Wafi bin Abu Bakar
  • 2011 – Sulaiman Mohd Noor
  • 2012 – Muhd Nasri Hassan Basri
  • 2013 – Abdul Hafiz Bin Kamaruzzaman.
  • 2014 – Adam Bin Sharip.
  • 2015 – Luqmanul Hakim bin Ghazali
  • 2016 – Muhammad Izzuddin Bin Jamaludin.
  • 2017 – Wan Mu'izzuddin Nawawi Bin Wan Anuar.
  • 2018 - Muhd Zulhakimi bin Samsul

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2003[sunting | sunting sumber]

2004[sunting | sunting sumber]

  • Johan Festival Nasyid Kebangsaan 2004

2005[sunting | sunting sumber]

2006[sunting | sunting sumber]

  • Johan Festival Nasyid Kebangsaan 2006

2007[sunting | sunting sumber]

  • Naib Johan Festival Nasyid Kebangsaan 2007
  • Johan Bahas Sekolah Berasrama Penuh Zon Tengah ( Johan Edisi Pertama )
  • Johan Bahas Piala UKM

2008[sunting | sunting sumber]

  • Ketiga Festival Nasyid Kebangsaan 2008
  • Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri Sekolah Berasrama Penuh 2008
  • Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir Bahas PPM 2008
  • Johan Debat Sekolah-Sekolah Malaysia UIAM
  • Johan Bahas Sekolah Berasrama Penuh Zon Tengah

2009[sunting | sunting sumber]

  • Johan Kejohanan Hoki SBP Divisyen 2 Peringkat Kebangsaan
  • Johan Memanah SBP Kebangsaan
  • Johan Bahas Piala Perdana Menteri Sekolah Berasrama Penuh 2009
  • Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir PPM 2009
  • Johan Bahas Sekolah Berasrama Penuh Zon Tengah
  • Johan Pertandingan Nasyid Piala UKM
  • Mewakili Selangor dalam Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 2011

2010[sunting | sunting sumber]

  • Johan Pertandingan Nasyid Piala Rabbani
  • Johan Bahas Sekolah Berasrama Penuh Zon Tengah
  • Johan Bahas Piala UKM

2011[sunting | sunting sumber]

  • Johan Bola Sepak U16 SBP Zon Tengah
  • Johan Bola Sepak U14 Terbuka SDAR
  • Johan Festival Nasyid Peringkat Negeri Selangor
  • Mewakili Selangor dalam Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 2011

2012[sunting | sunting sumber]

  • Memanah MSSM
  • Naib Johan Festival Nasyid Peringkat Negeri 2012
  • Naib Johan Hafazan MTQ Negeri Selangor
  • Johan Syarahan (P) MTQ Negeri Selangor
  • Johan Pertandingan Bintang Nasyid Mu'min 2012

2013[sunting | sunting sumber]

  • Memanah MSSM
  • Naib Johan Pertandingan Nasyid Ihtifal UNITEN 2013
  • Ketiga Pertandingan Nasyid Haflah Al-Jauhar Glocal Friendship 2013
  • Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 2013
  • Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir Bahas PPM 2013
  • Johan Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Piala Tun Razak SDAR
  • Johan English CyberSecurity Debate
  • Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kementerian Pendidikan Malaysia Kohort 4

2014[sunting | sunting sumber]

  • Naib Johan Piala Perdana Menteri Bahas Bahasa Melayu
  • Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir PPM 2014

2015[sunting | sunting sumber]

  • Naib Johan Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri
  • Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir PPM 2015

2016[sunting | sunting sumber]

  • Pembahas Terbaik Keseluruhan Debat Sekolah Malaysia UIAM
  • Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir Debat Antarabangsa MUSLEH

2017[sunting | sunting sumber]

  • Tempat Ketiga Cup MSSDHL Ragbi Bawah 18 Tahun
  • Tempat Ketiga Cup Piala Presiden KL Saracens Ragbi Bawah 16 Tahun
  • Johan MSSDHL Bola Baling Bawah 18 Tahun
  • Johan Bahas Piala Perdana Menteri HKSBP-44 kategori Bahasa Melayu
  • Pembahas terbaik Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri
  • Grandfinal Fifth Open Challenge Handball Peringkat Kebangsaan Bawah 18 Tahun
  • Johan MTQ Peringkat Daerah Hulu Langat (Nasyid)
  • Tempat Kelima Pertandingan Nasyid Festival Kesenian Islam SBP 2017 Kali Pertama (All For Ummah)
  • Naib Johan Plate Under 16 Kejohanan Ragbi 7's Anjuran NRDP / SESMA 2017
  • Johan Plate Under 15 Kejohanan Ragbi 7's Anjuran NRDP / SESMA 2017
  • Johan Sbp Basketball zon selatan 2017

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
Batu 13,
Jalan Cheras
43000 Kajang

Pautan luar[sunting | sunting sumber]