Sekolah Menengah Sains Rembau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Sains Rembau
Moto Tekun Bersatu Berjaya Terbilang
Ditubuhkan 1 Oktober 2009
Jenis Sekolah Berasrama Penuh / Kementerian Pelajaran Malaysia
Pengetua Puan Hajah Norzila Bt Idris
Kod sekolah NEA 3037
Lokasi Rembau , Negeri Sembilan
Kemasukan Pelajar 850 (Anggaran)
Nama singkatan SEMESRA
Laman sesawang http://www.smsainsrembau.blogspot.com
Telefon 06-6970037
Faks 06-6970041


Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA) adalah sebuah sekolah menengah dua gender kategori Sekolah Berasrama Penuh yang terletak di daerah Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2009, sekolah ini lebih dikenali sebagai SEMESRA.

Pada peperiksaan PMR terkini (2013), SEMESRA berjaya menghasilkan seramai 108 pelajar 8A dengan GPS 1.0535, menjadikannya sekolah ketiga terbaik di Negeri Sembilan[1].

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEMESRA telah mula beroperasi pada 1 Oktober 2009 di Kampung Pilin, Mukim Kundur, Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Pada 3 Januari 2010, sekolah ini telah menerima kemasukan pelajar tingkatan dua dan pada 10 Januari 2010, kemasukan pelajar tingkatan 1 dan pada bulan Februari 2010 kemasukan pelajar tingkatan 4. Sekolah ini mempunyai 51 orang guru lelaki dan perempuan. Pengetua Sulung Sekolah Menengah Sains Rembau ialah Dato' Haji Azam bin Mat Atan (Pengetua Cemerlang). Ketika itu, beliau dibantu oleh 3 orang Penolong Kanan; Tn Hj Baharudin Husin (Akademik), Tn Hj Azman Awang (Hal Ehwal Pelajar), dan Pn Roslina Aziz (Kokurikulum).

Kini, institusi ini menampung seramai 800 orang pelajar. Sebagai salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang terulung di Malaysia, antara misi utama SEMESRA adalah untuk melahirkan pemimpin berkaliber  yang bertaraf dunia dan berminda kelas pertama.

Meskipun SEMESRA hanyalah sebuah sekolah baru di kalangan sekolah berprestij lain di Malaysia, ia tidak membantutkan usaha SEMESRA untuk menempa kejayaan dalam bukan sahaja bidang akadmik, malah turut dalam bidang kokurikulum. Setiap kejayaan  adalah hasil kerjasama, usaha gigih dan ketabahan daripada seluruh warga sekolah.

Setelah persaraan Dato' Haji Azam pada bulan April 2011, tampuk pemerintahan telah diambil alih oleh Puan Norzila Idris sebagai Pengetua Kanan SEMESRA.

Pemilihan kemasukan pelajar terbahagi kepada dua. Untuk kemasukan ke Tingkatan Satu, pemilihan adalah berdasarkan pencapaian dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) manakala pemilihan kemasukan ke Tingkatan Empat adalah berdasarkan keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Kedua-dua pemilihan ini turut mengambil kira penglibatan aktif dalam kokurikulum. Walau bagaimanapun, proses pengambilan dijalankan oleh Kementerian Pendidikan, sepertimana dilakukan di SBP yang lain.

Pengambilan Tingkatan Satu kebiasaannya melibatkan 150 orang pelajar lelaki dan perempuan manakala pengambilan pelajar Tingkatan Empat baru melibatkan sekitar 50 hingga 60 orang pelajar lelaki dan perempuan. Sesi pengambilan setiap tahun terbahagi kepada tiga fasa.

Pada tahun 2011, pelajar SEMESRA telah menduduki peperiksaan awam pertama mereka, dengan batch Extrovert 0913 menduduki PMR manakala batch Valedictorian 1011 menduduki SPM. Keputusan SPM pertama pada tahun ini berjaya meletakkan SEMESRA di kedudukan ke-7 dalam ranking SPM 2011 seluruh Malaysia, dengan GPS 1.3006[2].

Pada tahun 2012, dengan GPS 1.0408, seramai 119 daripada 150 pelajar berjaya mendapat keputusan 8A dalam PMR 2011, membolehkan SEMESRA merangkul kedudukan ke-9 seluruh Malaysia dalam ranking, seterusnya bergelar sekolah kedua terbaik PMR di Negeri Sembilan pada tahun itu[3].

Misi dan Visi[sunting | sunting sumber]

Misi

SEMESRA menjana pendidikan minda kelas pertama

Visi

Menjana peribadi unggul melalui pelbagai bidang ilmu ke arah pencapaian bertaraf dunia

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Kampus baru ini terletak berhadapan sebuah taman perumahan, Taman Desa Permai Kundur, iaitu berjarak 7 km dari Lebuhraya Utara-Selatan (simpang keluar Pedas-Linggi), 12 km dari Pekan Rembau, dan 38 km dari Bandar Seremban.

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Selain pencapaian gemilang dalam bidang akademik, sekolah ini juga bergiat aktif dalam bidang kokurikulum. Pasukan sekolah kerap memenangi pertandingan dalam kawad kaki kadet, catur, pidato, choral speaking, koir, drama dan bahas, baik di peringkat daerah, mahupun di peringkat negeri.

Beberapa pasukan sukan sekolah juga berjaya mencatat rekod kemenangan yang membanggakan, terutamanya dalam olahraga dan ragbi.

Selain itu, sukan-sukan lain yang terkenal di SEMESRA adalah sukan memanah, bola sepak, bola jaring, bola keranjang, hoki, tenis, petanque, kriket, badminton, futsal dan bola tampar. Sebilangan pasukan ini turut mempunyai nama pasukan masing-masing; antaranya Storm (Bola Keranjang), Lycans (Ragbi) dan Valiant (Bola Jaring).

Pengantarabangsaan[sunting | sunting sumber]

Inisiatif pengantarabangsaan sekolah adalah menjadi salah satu agenda tahunan utama di SEMESRA, bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar suasana di luar kampus, khususnya kepada suasana pembelajaran yang berbeza. Menerusi inisiatif ini, SEMESRA menjalinkan hubungan dan persetujuan dengan pelbagai institusi pendidikan luar negara, selain menjalankan misi-misi kemanusiaan.

Pada tahun 2011, delegasi sekolah melawat beberapa institusi pendidikan di Lombok, Indonesia dan menandatangani MoU dengan pihak mereka. Pada tahun yang sama, pelajar SEMESRA turut pergi ke Kemboja dan Vietnam untuk menyertai misi kemanusiaan.

Pada tahun berikutnya, delegasi SEMESRA mengunjungi beberapa sekolah di Padang, Indonesia manakala pada tahun ini (2014), delegasi sekolah melawat Ho Chi Minh City di Vietnam.

Selain itu, pelajar SEMESRA juga berpeluang untuk melibatkan diri dalam program pertukaran pelajar menerusi Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youths (JENESYS) yang dijalankan pada setiap tahun. Peluang ini terbuka kepada pelajar yang mengambil bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga, membolehkan mereka untuk didedahkan kepada suasana di negara Jepun.

Simbol[sunting | sunting sumber]

Moto sekolah adalah "Tekun Bersatu Berjaya Terbilang" manakala warna rasmi sekolah adalah putih, hitam dan maroon. Bendera sekolah adalah bendera berwarna putih berjalur empat warna (Merah, Kuning, Hijau, Biru) yang melambangkan empat warna kediaman, dengan logo sekolah terletak di tengah-tengah bendera. Simbol utama yang lazimnya dikaitkan dengan sekolah adalah motif geometri Islam, yang dapat dilihat di logo sekolah, seni bina bangunan sekolah serta di sarong dan samping rasmi sekolah (yang dipakai oleh pelajar pada setiap hari Jumaat).

Kediaman[sunting | sunting sumber]

Terdapat 2 blok asrama yang menempatkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Setiap blok asrama diselia oleh para warden yang turut mendiami unit warden di bangunan yang sama. Untuk memudahkan urusan pentadbiran, menjaga kebajikan serta mengawal disiplin pelajar, para warden dibantu oleh pemimpin pelajar yang dilantik daripada kalangan pelajar yang senior.

Setiap aras blok asrama dibahagikan kepada "Kediaman" yang diberi nama bersempena nama empat Undang Luak Negeri Sembilan, yang turut diindikasi oleh warna: Kelana Petra (Biru), Akhirul Zaman (Merah), Johan Pahlawan (Hijau) dan Lela Maharaja (Kuning). Sistem Kediaman ini menggalakkan semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan pelajar lelaki dan perempuan yang berada di kediaman yang sama terutamanya dalam persaingan permainan, sukan olahraga, kebersihan (3K), akademik, bahas dan sebagainya. Kesemua ini akan menyumbangkan mata kepada setiap kediaman, dan kediaman yang mengutip mata tertinggi pada akhir tahun tersebut akan diberi anugerah kediaman terbaik.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]


Di sini bermula perjalanan kita
Menjana insan berpengetahuan
Ke arah pencapaian bertaraf dunia
Melahirkan warga yang terbilang

Menjana pendidikan minda kelas pertama
Ke arah kemajuan Negara
Tekun bersatu berjaya dan terbilang
Melahirkan insan yang cemerlang

Kami warga SEMESRA
Sentiasa bersemangat waja
SEMESRA dihatiku sentiasa
Lambang kebanggaan semua

Lagu dicipta oleh: En. Long Chea Yang

Lirik oleh: Pn Nor Azliza Zakaria dan Pn Riyanti Abdullah Sani

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]