Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu
سكوله منڠه ساءين س كوالا ترڠڬانو
Lokasi
Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK), Sekolah Kerajaan
MotoMenjana Kecemerlangan Jati Diri
Ditubuhkan(2000-07-01)1 Julai 2000
Nombor sekolah6096311402
Kod sekolahTEA3122
Pengerusi PIBGDr. Azmi Bin Omar
PengetuaEncik Amir Bin Ya
SloganGenerating Excellence
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Hajah Mariana binti Deraman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Sabrina binti Abdullah
Penolong Kanan KokurikulumPuan Salwani Azlina binti Jaafar
Faks6096266729

Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER), merupakan sebuah Sekolah Menengah Berasrama Penuh yang terletak di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Malaysia.

SM Sains Kuala Terengganu mempunyai tenaga pengajar seramai 36 orang sahaja pada tahun 2019. Pada awal penubuhannya iaitu pada tahun 2000, SESTER hanya mengambil pelajar tingkatan 4, tingkatan 5 dan tingkatan 6 sahaja tetapi mulai tahun 2016, SESTER mula menerima kemasukan pelajar tingkatan 1 sebanyak dua kelas. Kini (2022), SESTER telah mempunyai kelas bermula daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan jumlah keseluruhan kelas sebanyak 10 kelas dengan kapasiti pelajar seramai 230 orang.Sebagai tambahan info,Keputusan SPM 2021 telah menjulang kembali nama SESTER di persada kebangsaan pada kedudukan ke-8 kebangsaan setelah batch Xtrovia 1721 berjaya memperoleh GPS 1.39 dengan 2 orang calon memperoleh 9A+ dan 18 calon memperoleh 9A(A+,A,A-).

Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu atau SESTER merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang dibuka pada tahun 2000 dengan menempatkan pelajar tingkatan 4, tingkatan 5 dan tingkatan 6. Sebelum sekolah ini dibuka, kawasan sekolah sebenarnya ialah bekas Maktab Perguruan Pasir Panjang (MPPP). Bangunan sekolah ini telah dibina pada tahun 1964. Pada tahun 2000, Maktab Perguruan Pasir Panjang telah dipindahkan ke daerah Besut, Terengganu dengan nama baru iaitu Maktab Perguruan Sultan Mizan Zainal Abidin. Setelah itu, bahagian Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat keputusan untuk membuka sebuah lagi Sekolah Berasrama Penuh yang ke-39 di Kuala Terengganu dan memilih bekas maktab ini dengan menamakan sekolah ini dengan nama Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu atau singkatannya SESTER.

Kini, SESTER didiami oleh pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dan keluasan kawasan menjadikannya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terkecil di Malaysia.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini hanya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sejak penubuhan sekolah ini, SESTER kekal sebagai sekolah terbaik negeri Terengganu selama 10 tahun berturut-turut. SESTER juga tergolong antara 10 buah SBP terbaik negara berdasarkan keputusan SPM dan pernah menduduki tempat kedua pada tahun 2003. SESTER juga pernah mengatasi sekolah-sekolah hebat yang lain seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar, (MCKK) Sekolah Seri Puteri (SSP) dan lain-lain. Bermula tahun 2018 merupakan kali pertama SESTER mempunyai pelajar yang mengambil PT3.

Pengurusan Sekolah

[sunting | sunting sumber]

Pengetua: Encik Amir bin Ya

Penolong Kanan Pentadbiran: Puan Hajah Mariana binti Deraman

Penolong Kanan HEM: Puan Sabrina binti Abdullah

Penolong Kanan Kokurikulum: Puan Salwani Azlina binti Jaafar

Guru Ketua Bidang Matematik & Sains: Puan Wan Norazimah binti Wan Zainuddin

Guru Ketua Bidang Bahasa: Puan Wan Yusnita binti Wan Jusoh

Guru Ketua Bidang Teknik & Vokasional: Ustaz Farid Hilmi bin Embong

Guru Ketua Bidang Kemanusiaan: Encik Azri bin Ali

Senarai Pengetua

[sunting | sunting sumber]
  1. Tuan Haji Mohamad bin Abdullah, PJK (16/08/2000 hingga 09/04/2008)
  2. Tuan Haji Zakaria bin Awang, PJK (07/07/2008 hingga 01/05/2010)
  3. Tuan Haji Hassan bin Awang Mat (01/09/2010 hingga 01/07/2016)
  4. Tuan Haji Muie bin Ngah (01/08/2016 hingga 30/07/2017)
  5. Tuan Haji Salim bin Ab. Ghani (24/09/2017 hingga 24/09/2018)
  6. Tuan Haji Mohamad Rafi bin Omar (2019 hingga 2021)
  7. Tuan Haji Muhammad Bin Daud (2021 hingga 2021)
  8. Tuan Haji Sulaiman Bin Ngarif (2021 hingga 2022)
  9. Encik Amir bin Ya (2023 -sekarang)

Lagu Sekolah

[sunting | sunting sumber]

SESTER GEMILANG

Sains Kuala Terengganu

Berjuang memanfaatkan ilmu

Jati diri berdikari

Budaya ilmu teras akal budi


Sains Kuala Terengganu

Iman amal jadikan panduan

Berjasa tiada sempada

Bermuafakat dan keikhlasan

Sains Kuala Terengganu

Sentiasa di hadapan


Menjana kecemerlangan jati diri

Sains Kuala Terengganu

Harum namamu di persada dunia

Kedaulatan maruah kecemerlangan ilmu

Martabat bangsa keterampilan diri

Berjasa demi keredaan Ilahi

Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu
Jalan Pasir Panjang, 21100 Kuala Terengganu, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096311402
Faks = 6096266729

    Pautan luar

    [sunting | sunting sumber]