Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor | |
---|---|
![]() | |
Alamat | |
![]() 44300 Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh Sekolah berprestasi tinggi |
Moto | Usaha Amal Bakti |
Nombor sekolah | +60360753838 |
Kod sekolah | BEA5067 |
Pengerusi PIBG | Ir Suhaimi b Hj Deraman |
Pengetua | Hasan Abrar bin Hj Halidi |
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik | Suhaime bin Mohamad |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Mohd Zulkefli bin Salleh |
Singkatan | SEMASHUR |
Kemasukan | 794 |
Faks | +60360751416 |
Laman sesawang | http://www.semashur.edu.my/ |
![]() |
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor atau lebih dikenali sebagai SEMASHUR merupakan sekolah berasrama penuh ke-38 dan terletak di Batang Kali, Selangor. Salah satu sekolah berasrama penuh yang mendapat pengiktirafan sebagai sekolah berprestasi tinggi kohort-3 pada Disember 2012 dalam kebitaraan sukan ragbi, inovasi dan F1 in Schools.
Dibuka pada tahun 2000, pelbagai kejayaan telah dilakar oleh warga sekolah ini. Antaranya, SEMASHUR telah mencatatkan prestasi yang baik apabila berjaya mendapat nombor 1 keseluruhan SBP dalam peperiksaan PMR pada tahun 2008 dan mencatat hatrik pada tahun 2010, 2011 dan 2012 [1]. Turut tidak dilupakan, SEMASHUR berjaya menduduki tangga ke-2 dalam semua SBP dalam SPM 2002 walaupun baru tahun pertama SPM diadakan di SEMASHUR pada ketika itu.
SEMASHUR berkeluasan 60 ekar (40 ekar kawasan berumput dan 7 ekar kawasan kolam bekas perlombongan). SEMASHUR boleh dihubungi melalui jalan Sungai Tua ke Batu Caves (25km) atau ke Rawang (30km) melalui jalan Tg. Malim – KL.
Pada 2009, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor memiliki 352 pelajar lelaki dan 340 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 692 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru.2009
Sejarah[sunting | sunting sumber]
16 Jun 2000 - Pembukaan rasmi SEMASHUR
20 Jun 2000 - Barisan guru-guru perintis melapor diri iaitu Penolong Kanan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, dan 23 orang guru.
21 Julai 2000 - 180 pelajar Tingkatan 1 diterima masuk SEMASHUR.
Februari 2001 - Pengambilan pertama pelajar Tingkatan 4.
April 2009 - Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan dengan kebitaraan Ragbi, Matematik dan Unit Uniform.
April 2012 - Perasmian monumen F1 in Schools oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Tony Fernandes.
Disember 2012 - Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi dengan kebitaraan
Visi[sunting | sunting sumber]
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi yang unggul di persada antarabangsa
Misi[sunting | sunting sumber]
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor sebagai wadah melahirkan warganegara yang terbilang melalui pengurusan sekolah yang berkualiti berasaskan Falsafah Pendidikan Negara.
Pencapaian PMR[sunting | sunting sumber]
Tahun | Bil. Calon | Bil. Calon Semua A | Peratus Calon Semua A | Gred Purata Sekolah |
---|---|---|---|---|
2002 | 183 | 118 | 65.03 | 1.07 |
2003 | 144 | 113 | 78.47 | 1.04 |
2004 | 153 | 83 | 54.25 | 1.09 |
2005 | 151 | 120 | 79.47 | 1.04 |
2006 | 150 | 118 | 78.70 | 1.05 |
2007 | 154 | 114 | 74.02 | 1.06 |
2008 | 153 | 134 | 87.58 | 1.02 |
2009 | 146 | 121 | 82.90 | 1.02 |
2010 | 146 | 132 | 90.41 | 1.01 |
2011 | 161 | 155 | 96.27 | 1.01 |
2012 | 157 | 136 | 86.63 | 1.02 |
2013 | 147 | 121 | 82.31 | 1.03 |
Mulai 2014, peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di seluruh Malaysia.
Sepanjang 12 tahun PMR dijalankan, SEMASHUR telah berjaya mendapat tempat pertama dalam kalangan sekolah berasrama penuh pada tahun 2008, 2010, 2011 dan 2012.
Pencapaian SPM[sunting | sunting sumber]
Tahun | Bil. Calon | Bil. Calon Semua A+/1A | Peratus Calon Semua A+/1A | Bil. Calon Semua A * | Peratus Calon Semua A * | Gred Purata Sekolah |
---|---|---|---|---|---|---|
2002 | 145 | 5 | 3.40 | 30 | 21.70 | 1.98 |
2003 | 125 | 10 | 8.00 | 38 | 30.40 | 1.74 |
2004 | 179 | 2 | 1.10 | 16 | 8.94 | 2.18 |
2005 | 150 | 8 | 5.30 | 26 | 17.33 | 2.09 |
2006 | 172 | 5 | 2.90 | 38 | 22.09 | 2.19 |
2007 | 146 | 0 | 0.00 | 12 | 8.22 | 2.29 |
2008 | 168 | 8 | 4.80 | 41 | 24.40 | 2.01 |
2009 (sistem penggredan baru bermula) | 147 | 3 | 2.00 | 45 | 30.61 | 1.54 |
2010 | 179 | 6 | 3.40 | 55 | 30.70 | 1.69 |
2011 | 160 | 1 | 0.60 | 48 | 30.00 | 1.73 |
2012 | 187 | 5 | 3.00 | 64 | 34.22 | 1.54 |
2013 | 164 | 0 | 0.00 | 56 | 34.15 | 1.40 |
2014 | 170 | 3 | 1.76 | 54 | 31.76 | 1.58 |
2015 | 152 | keputusan pada 3 Mac 2016 | keputusan pada 3 Mac 2016 | keputusan pada 3 Mac 2016 | keputusan pada 3 Mac 2016 | keputusan pada 3 Mac 2016 |
- tidak termasuk calon Semua A+/1A
Pencapaian terbaik SEMASHUR dalam SPM adalah pada tahun 2002 di mana pada tahun pertama SPM dijalankan, SEMASHUR menjadi sekolah kedua terbaik dalam kalangan SBP.
Pada tahun 2014, SEMASHUR melakar sejarah di peringkat kebangsaan apabila buat julung kalinya seorang pelajar SEMASHUR, saudari Nur Nabila Nasharudin berjaya mendapat tempat 20 terbaik SPM di Malaysia.
Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]
Tuan Haji Zahid bin Daros (2000-2001)
Tuan Haji Abu Bakar bin Ibrahim (2001-2003)
Tuan Haji Nor Paizin bin Ibrahim (2003-2009)
Tuan Haji Rafiei bin Mustapha (2009-2011)
Puan Hajah Siti Rogayah binti Yahya (2012-2013)
En Hasan Abrar bin Hj Halidi (2014-kini)
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
- Hulu Yam Bharu,
- 44300 Batang Kali,
- Selangor, Malaysia
- Telefon - +60360753838
- Fax - +60360751416