Sekolah Menengah Sains Seri Puteri
Sekolah Menengah Sains Seri Puteri | |
---|---|
Lokasi | |
Kuala Lumpur, Sentul, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh (SBP) |
Moto | Proaktif Inovatif Efektif |
Nombor sekolah | (+6)03-40411715 |
Pengetua | Hajah Noridah Bt Haji Ramlan |
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik | En Jasmi bin Md Isa |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn Ku Zaleha Bt Ku Saad |
Singkatan | SESERI |
Faks | (+6)03-40449614 |
Laman sesawang | [1] |
Sekolah Menengah Sains Seri Puteri atau lebih dikenali sebagai SESERI ialah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia yang terletak berhadapan dengan bangunan PWTC di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.
Sekolah Menengah Sains Seri Puteri telah dibuka pada 1 April 2003 dengan mengambil alih premis Sekolah Seri Puteri yang telah berpindah ke Cyberjaya, Selangor. Sekolah ini merupakan Sekolah Berasrama Penuh yang ke-46 dan sekolah kelima di Malaysia yang pelajarnya terdiri daripada pelajar perempuan sahaja.
Sekolah ini mengandungi 3 buah blok bangunan iaitu blok pentadbiran, blok akademik dan blok makmal sains. Terdapat juga Dewan Sekolah, Kantin dan gelanggang permainan. Di kawasan asrama pula terdapat 3 buah blok asrama, blok surau serta Dewan Makan.
Nama SESERI sinonim dengan bunga orkid. Setiap kelas di SESERI diberi nama berdasarkan nama saintifik bunga orkid. Begitu juga dengan nama rumah sukan: ONCIDIUM (Kuning), DENDROBIUM (merah), BRASSIDIUM (hijau) dan EPIDENDRIUM (oren).
Misi, visi dan moto[sunting | sunting sumber]
Visi[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Menengah Sains Seri Puteri sebagai institusi pendidikan terbilang di peringkat antarabangsa menjelang tahun 2020.
Misi[sunting | sunting sumber]
- Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan terbaik melalui pengurusan dan kepemimpinan berkualiti bagi melahirkan insan proaktif, inovatif dan efektif dalam memenuhi aspirasi bangsa dan negara.
Moto[sunting | sunting sumber]
- "Proaktif, Inovatif, Efektif".
Senarai pentadbir (semasa)[sunting | sunting sumber]
Bil | Nama | Jawatan |
---|---|---|
1. | Pn Hajah Noridah Binti Haji Ramlan | Pengetua |
2. | En Jasmi bin Md Isa | Penolong Kanan Akademik |
3. | Pn Ku Zaleha bt Ku Saad | Penolong Kanan Hal Ehwal Murid |
4. | Pn Aida binti Aris | Penolong Kanan Kokurikulum |
5. | Pn Norhazilah binti Abdullah | Ketua Bidang Kemanusiaan |
6. | En Ahmad Hafiz Bin Abdul Halim | Ketua Bidang Teknik & Vokasional |
7. | Pn Norliza bt M. Yusof | Ketua Bidang Sains & Matematik |
8. | Cik Vasantha a/p Sangarapillai | Ketua Bidang Bahasa |
Rumah sukan[sunting | sunting sumber]
Rumah | Warna |
---|---|
ONCIDIUM | KUNING |
DENDROBIUM | MERAH |
EPIDENDRIUM | OREN |
BRASSIDIUM | HIJAU |
Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]
Sekolah Menengah Sains Seri Puteri,
Kian cemerlang dan indah bestari,
Cekal tabah berani mesra ICT,
Hadapi cabaran globalisasi.
Proaktif, Inovatif dan Efektif,
Cogan kata panduan kami semua,
Merealisasikan kecemerlangan,
Mara bersatu ke era wawasan.
Kamilah puteri harapan bangsa,
Pewaris srikandi negara,
Bersama cipta satu impian,
Masa depan yang gemilang.
Sentiasa berusaha sedia berbakti,
Mencapai hasrat nan murni,
Berakhlak mulia berjiwa perkasa,
Majulah sekolah ku tercinta.
Rujukan[sunting | sunting sumber]