Sekolah Menengah Sains Kuching
| Sekolah Menengah Sains Kuching | |
|---|---|
| Lokasi | |
Malaysia | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi Tinggi |
| Moto | Sentiasa Berilmu, Berwawasan dan Cemerlang |
| Ditubuhkan | 2 Januari 1994 |
| Nombor sekolah | +6082642544 |
| Kod sekolah | YEA1308[1] |
| Pengerusi PIBG | Encik Mohd Zaimi Bin Ismail |
| Pengetua | Encik Abdul Hamid Bin Adenan |
| GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Abdul Taip Bin Mohamad Amin |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Ira Irniyati Binti Ibrahim |
| Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Awang Shamsuri Bin Awang Sulong |
| Faks | +6082642710 |
| Laman sesawang | https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/smsainskuching?usp=sharing |
SM Sains Kuching merupakan sebuah institusi pendidikan berasrama penuh yang berperanan melahirkan pelajar berilmu, berdisiplin dan berdaya saing. Maklumat yang dipaparkan merangkumi sejarah penubuhan, visi dan misi sekolah, serta pencapaian utama yang telah diperoleh. Profil ini memberi gambaran menyeluruh tentang identiti sekolah, peranan dan hala tuju dalam dunia pendidikan.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Menengah Sains Kuching ialah Sekolah Berasrama Penuh yang kedua ditubuhkan di Sarawak iaitu selepas Sekolah Menengah Sains Miri. Pada mulanya pembinaan dicadangkan di sebuah kawasan di Kota Samarahan tetapi akhirnya telah dibina di kawasan sedia ada sekarang. Pembinaannya dirancangkan dalam Rancangan Malaysia Keempat dan dijangka siap pada bulan November 1990 dengan pengambilan kumpulan pertama seramai 150 orang murid tingkatan 1 dan 150 orang murid tingkatan 4.
Walau bagaimanapun, disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, pembinaannya telah ditangguh ke Rancangan Malaysia Kelima. Usaha telah dibuat tetapi kerja-kerja pembinaannya terbengkalai dan tapak ini kemudiannya dicadangkan untuk dijadikan kampus sementara Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Cadangan tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana kos untuk membaik pulih bangunan yang sedia ada terlalu tinggi dan kerajaan Negeri Sarawak telah menyediakan tapak baru di Kota Samarahan.
Keputusan untuk tidak mengambil tapak sekolah ini sebagai kampus sementara UNIMAS telah menyebabkan Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat untuk meneruskan cadangan asol iaitu menjadikan tapak tersebut sebagai tapak SM Sains Kuching. Pada awal tahun 1993, beberapa siri mesyuarat telah diadakan untuk membincangkan penubuhannya.
Pada bulan September 1993, pemilihan bakal pengetua dan penolong kanan telah dibuat di Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu dengan melantik Encik Mortadza Haji Alop dari Bahagian Penyeliaan Sekolah, Jabatan Pendidikan Sarawak sebagai pengetua dan Encik Abdul Ghani Mohd. Niza dari Sekolah Tunku Abdul Rahman, Ipoh sebagai penolong kanan.
Pada 16 November 1993 satu lagi mesyuarat diadakan di Bahagian Penyeliaan Sekolah, Jabatan Pendidikan Sarawak untuk membincangkan persiapan tapak projek sekolah ini. Turut serta dalam mesyuarat ini ialah Dato Haji Abdul Taip Bin Md. Zin, Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Tuan Haji Kamari Haji Sadiman, Ketua Penolong Pengarah Unit Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Puan Hajjah Dona Babel, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyeliaan Sekolah, Jabatan Pendidikan Sarawak dan Encik Abdul Ghani Bin Mohd. Niza, Penolong Kanan Sekolah Menengah Sains Kuching.
Pada 1 Disember 1993 kerja-kerja pengurusan sekolah telah bermula manakala pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) pula sibuk menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan dan mengecat semula bangunan sekolah serta asrama. Walaupun kerja-kerja ini belum siap sepenuhnya, pada 2 Januari 1994 sekolah ini mula beroperasi dengan pengambilan pertama pelajar seramai 120 orang pelajar tingkatan 1 dan 120 orang pelajar tingkatan 4, 17 orang kakitangan akademik dan 9 orang staf sokongan.
Kini sekolah ini mempunyai seramai 506 orang pelajar dan 59 orang kakitangan akademik dan 19 staf sokongan. Persekitaran Sekolah Menengah Sains Kuching berubah wajah dengan segala prasarana yang terkini untuk warganya.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]AKADEMIK
- 1999: Sekolah Bestari
- 2010: Sekolah Amanah
- 2012: Sekolah Berprestasi Tinggi
KOKURIKULUM
- Pasukan Kriket SAINSKU
- 2010: Naib Johan MSSM 14-TKB
- 2011: Johan Zon SQL & Naib Johan MSSM
- 2012: Naib Johan Zon SQL & Johan MSSM
- 2013: Johan Zon SQL & Johan MSSM
- 2014: Johan MSSM 18-TKB & Johan HKSBP Zon Utara
- 2015: Zon SQL
- 2017: Johan Zon SQL
- 2018: Johan Zon SQL
- 2019: Johan Zon SQL
- Pasukan Bola Keranjang SAINSKU / SAINSKU WILDCATS
- 2008: Naib Johan Zon SQL (Lelaki & Perempuan
- 2009: Johan SQL (L&P) & Johan HKSBP (Lelaki)
- 2010: Johan HKSBP (Lelaki)
- 2011: Johan SQL (Lelaki & Perempuan)
- Pasukan Scatz Winds / Wind-O
- 2013: Tempat Ketiga Festival Wind Orchestra SBP
- 2009, 2010, 2012, 2013, 2015, 2017: Anugerah Emas Festival Wind Orchestra SBP
- 2025: Anugerah Perak: Festival Wind Orkestra SBP
- 2011,2012,2013,2014,2017,2018,2022,2023: Gold Award For Fully Residential School International Symposium
