Pergi ke kandungan

Taman Tasik Puchong

Koordinat: 2°57′56.2″N 101°36′30.8″E / 2.965611°N 101.608556°E / 2.965611; 101.608556
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taman Tasik Puchong
Taman Tasik Puchong yang terletak di Selangor
Taman Tasik Puchong
Taman Tasik Puchong
Koordinat: 2°57′56.2″N 101°36′30.8″E / 2.965611°N 101.608556°E / 2.965611; 101.608556
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahSepang
MukimDengkil
Kawasan parlimenSepang
Kawasan negeriDengkil
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Perbandaran Sepang
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tidak dipratikkan)
Poskod
47120
Kod kawasan+603
Plat pendaftaran kenderaanB

Taman Tasik Puchong merupakan kawasan perumahan di Daerah Sepang, Selangor, Malaysia. Secara pentadbiran, Taman Tasik Puchong merupakan sebuah kawasan petempatan yang terletak di dalam Mukim Dengkil, iaitu satu daripada tiga mukim dalam Daerah Sepang.[1][2] Poskod bagi Taman Tasik Puchong ialah 47120 Puchong.[3]

Kedudukan

[sunting | sunting sumber]

Kedudukan Taman Tasik Puchong dalam Daerah Sepang boleh didefinisikan terletak di bahagian utara daerah tersebut manakala dalam Mukim Dengkil pula, Taman Tasik Puchong terletak di bahagian utara.[1]

Petempatan yang terletak serantau dengan Taman Tasik Puchong ialah Taman Meranti Jaya dan kawasan perindustrian yang berkongsi dengan naam sepadan iaitu Taman Industri Meranti Jaya di sebelah utara. Di bahagian timur, Taman Tasik Puchong berkongsi sempadan antara Taman Putra. Bandar Bukit Puchong 2 dan Taman Andra Park pula terletak hampir dengan Taman Tasik Puchong di sebelah timur. Taman Desa Ayer Hitam pula membentuk sempadan di bahagian tenggara, begitu juga Taman Perindustrian Tasik Perdana. Di bahagian barat daya Taman Tasik Puchong, terdapat kawasan perumahan D'Island manakala di bahagian barat pula, terdapat Taman Putra Prima dan Taman Desiran Bayu. Taman Impiana Putra dan Taman Perindustrian Meranti Permai pula terletak di sebelah barat laut Taman Tasik Puchong.[1] Taman Tasik Puchong mempunyai poskod tersendiri iaitu 47120 dalam daerah pos Puchong.[3]

Dalam sistem koordinat geografi (GPS), kedudukan Taman Tasik Puchong adalah di latitud Bumi dua darjah 57 minit 56.2 saat Utara dan longitud Bumi 101 darjah 36 minit 30.8 saat Timur (2°57′56.2″N 101°36′30.8″E / 2.965611°N 101.608556°E / 2.965611; 101.608556).[2]

  1. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  2. ^ a b Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia (2022). "Dokumen Gazetir – Selangor Darul Ehsan 2022" (PDF). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 1 Disember 2024.
  3. ^ a b "Taman Tasik Puchong, Puchong". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2023. Dicapai pada 19 November 2023.