Pinggiran Cyberjaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pinggiran Cyberjaya
Sepang, Bandar Bunga Semarak Api
Moto: Perbandaran Bestari,Kota Niaga Kediaman Idaman Menjadi sebuah pihak berkuasa tempatan bertaraf dunia
Negara Malaysia
Negeri Selangor
Pembentukan sekitar 1900
Dinaik taraf Perbandaran Sepang - Puchong Selatan 3 Mac 2005
Kerajaan
 - Datuk Bandar Sepang Tuan Azizan Bin Mohamad Sidin
Kepadatan (2009 Anggaran)
 - Jumlah 79,917
Zon masa MST (UTC+8)
 - Musim panas (DST) Tidak diperhatikan (UTC)
Laman web: http://www.mpsepang.gov.my/

Pinggiran Cyberjaya ialah satu kawasan pinggir bandar yang berada di dalam lingkungan MSC Kuala Lumpur-KLIA dan merupakan kawasan yang bersebelahan dengan Cyberjaya. Pada asasnya kawasan Pinggiran Cyberjaya merujuk kepada kawasan yang sejajar dengan Jalan Puchong, Jalan Kajang dan Jalan Dengkil yang menghubungkan Kuala Lumpur-Jalan Klang Lama di utara dengan Puchong di tengah dan Dengkil dan Kajang di timur dan selatannya. Dari segi pentadbiran, Pinggiran Cyberjaya adalah di bawah lingkungan Daerah Sepang,dan ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang. Pinggiran Cyberjaya dihubungkan dengan bahagian lain Lembah Klang melalui Lebuhraya Damansara-Puchong,Lebuhraya Sungai Besi,Lebuhraya Maju Expressway,Lebuhraya Lembah Kelang Selatan,Lebuhraya Lingkaran Tengah dan Lebuhraya Lingkaran Putrajaya.

Pinggiran Cyberjaya terbahagi kepada 5 pembahagian Zon iaitu:-


Demografi Pinggiran Cyberjaya[sunting | sunting sumber]

Kawasan Pinggiran Cyberjaya mempunyai penduduk dianggarkan menghampiri 80,000 orang. Dari segi komposisi kaum, kaum Melayu adalah kaum majoriti iaitu dianggarkan sebanyak 77%, diikuti kaum Cina 14% dan kaum India 9%.

Agama[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai agama anutan penduduk Pinggiran Cyberjaya. Pinggiran Cyberjaya merupakan kawasan yang didiami oleh pelbagai kaum dan fahaman agama. Terdapat lebih 3 buah masjid, 2 kuil hindu, 1 kuil Buddha dan sebuah gereja boleh didapati di Pinggiran Cyberjaya.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Pinggiran Cyberjaya mempunyai perkhidmatan pengangkutan yang baik.Ianya telah dijalankan oleh syarikat Prasarana Negara dibawah RapidKL. Selain itu dengan pembinaan LRT yang berhampiran juga memberi faedah kepada penduduk Pinggiran Cyberjaya Di samping itu,Pinggiran Cyberjaya juga mempunyai jaringan jalan raya yang amat baik dan sistematik. Selain Jalan Puchong dan Jalan Dengkil, Pinggiran Cyberjaya mudah dihubungi melalui pelbagai lebuh raya seperti:

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pinggiran Cyberjaya hanya mempunyai beberapa buah sekolah antaranya:-

Sekolah rendah[sunting | sunting sumber]

Sekolah menengah[sunting | sunting sumber]

Sekolah tinggi (persendirian)[sunting | sunting sumber]

Sukan dan rekreasi[sunting | sunting sumber]

Pinggiran Cyberjaya tidak mempunyai pusat sukan khusus untuk sukan dan rekreasi. Walaupun terdapat banyak lombong dan tasik, namun tiada pusat riadah yang khusus. Pusat Sukan dan riadah yang berhampiran adalah di Puchong dibawah selia Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa klinik swasta di Pinggiran Cyberjaya yang mana banyak tertumpu di Taman Putra Perdana. Terdapat juga sebuah Klinik Desa Di Kampung Pulau Meranti dan Hospital yang berhampiran iaitu Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Di Pinggiran Cyberjaya terdapat banyak kilang-kilang multinasional dan tempatan. Antaranya ialah George Kent dan beberapa kilang-kilang besar yang lain. Pinggiran Cyberjaya juga merupakan pusat bagi perindustrian kecil dan sederhana (IKS).

Senarai taman perumahan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]