Seindah Sakura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Seindah Sakura
Poster Seindah Sakura.jpg
Genre Drama
Cinta
Dibintangi Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato' Eiezlan Yusof, Eryna, Fimie Don, Mak Mah
Negara asal Malaysia
Bahasa Melayu
Bilangan episod 24
Penyiaran
Saluran asal TV3
Format gambar HD
Format audio HD
Siaran asal 7 Mei 2012 – 14 Jun 2012
Kronologi
Mengikuti Cinta Buat Emelda
Diikuti oleh Dejavu di Kinabalu
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

Seindah Sakura merupakan drama yang mengisi slot Akasia antara 7 Mei – 14 Jun 2012. Ia merupakan salah satu drama terbaru terbitan tempatan yang disiarkan di TV3

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Menceritakan kisah sedih menyayat hati kehidupan Shakira (Fasha Sandha) yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan bersama neneknya sejak mereka ditinggalkan ibunya sejak kecil. Walaupun Shakira telah ditinggalkan oleh ibunya, dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, Nek Kiah.

Shakira kini bakal menduduki peperiksaan SPM. Kadang kala, Shakira terpaksa ponteng sekolah kerana masalah kesihatan Nek Kiah (Mak Mah) yang memerlukan penjagaannya. Pada masa yang sama, sekolah Shakira juga menerima kemasukan cikgu baru, Airil (Fahrin Ahmad). Shakira yang selalu tidak hadir ke kelas membuatkan airil tertanya-tanya. Tapi tanpa soal selidik, Airil terus mendenda shakira.


Sehinggalah pada suatu hari Pak Jamil pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk menceritakan tentang nenek Shakira dimasukkan ke hospital. Sejak itu barulah Airil mengetahui punca utama Shakira sering tidak hadir ke sekolah. Sejak Airil cuba memberi kata-kata perangsang dan menjadi peneman shakira semasa di hospital sehinggakan mereka mula menyimpan satu rasa di dalam hati masing-masing.


Datuk Malik (Dato’ Eizlan Yusof), bapa saudara kepada Airil merupakan seorang pengusaha kaya yang selalu bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin termasuklah Shakira. datuk malik jugak melayan Shakira seperti anaknya sendiri. Enam bulan telah berlalu dan Shakira telah selesai menduduki SPM. Satu hari tu Datuk Malik kelihatan resah dan punya masalah. Apabila ditanya Shakira, Datuk Malik sebenarnya mahu melamar Shakira. Shakira amat terkejut.

Apa akan terjadi seterusnya? Adakah shakira akan berkahwin dengan Datuk Malik demi membalas jasa lelaki yang dianggap seperti ayahnya? Ataupun Shakira akan menunggu kepulangan cinta pertamanya iaitu Airil? Siapa yang menjadi pilihan Shakira?[1]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1]
TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang
Sebelumnya Seindah Sakura Berikutnya
Cinta Buat Emelda Dejavu di Kinabalu