Ibrahim Ismail dari Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sultan Ibrahim Ismail
Sultan Johor ke-XXV
Pemerintahan 23 Januari 2010 - kini
Pendahulu Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail
Pengganti Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail
Raja Muda Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail
Pasangan Raja Zarith Sofia binti Almarhum Sultan Idris Shah II (k. 1982)
Anakanda
1.Tunku Ismail Idris (Tunku Mahkota Johor)
2.Tunku Aminah
3. Tunku Idris
4. Tunku Abdul Jalil
5. Tunku Abdul Rahman
6. Tunku Abu Bakar
Nama penuh
Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Shah Al-Haj
Ayahanda Sultan Iskandar Shah ibni Sultan Ismail
Bonda Kalsom binti Abdullah
Keputeraan 22 November 1958 (56 tahun)
Johor Bahru, Johor
Agama Islam
Gelaran hormat bagi
Sultan Ibrahim Ismail
Lambang peribadi Sultan Johor.png
Bendera Sultan Johor.gif
Gaya panggilan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pilihan Tuanku

Sultan Ibrahim Ismail (سلطان ابراهيم اسماعيل) (lahir pada 22 November 1958) adalah Sultan Johor ke-25 dan terkini serta merupakan sultan ke-5 dari Wangsa Temenggong. Baginda adalah anakanda kepada Sultan Iskandar. Baginda juga merupakan pengasas kepada acara jelajah bermotosikal iaitu Kembara Mahkota Johor disebabkan oleh minat baginda terhadap motosikal terutamanya yang berkuasa tinggi.[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Baginda merupakan anakanda sulung daripada 10 adik-beradik kepada Sultan Iskandar bersama bondanya iaitu Josephine Ruby Trevorrow, seorang Inggeris dari Torquay.[2][3][4] Mereka berdua bertemu ketika Sultan Iskandar (sebelum itu Tunku Mahmud) melanjutkan pelajarannya di England. Trevorrow kemudiannya memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Kalsom binti Abdullah setelah berkahwin dengan Tunku Mahmud.

Seperti kanak-kanak yang lain, Tunku Ibrahim juga melanjutkan pelajaran. Sekolah pertama baginda ialah Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1. Setelah itu, baginda kemudiannya menyambung pelajarannya di Trinity Grammar School di Australia pada 1968 selama dua tahun. Sekembalinya baginda ke Johor, baginda kemudiannya belajar di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB). Di samping itu, Tunku Ibrahim juga bersekolah di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek di Johor Bahru bagi mempelajari asas-asas agama Islam.

Beberapa tahun kemudian, Tunku Ibrahim telah dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada) di Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan dan kemudiannya ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat. Di situ, baginda telah mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara. Setelah berada di situ, beliau kemudiannya mengikuti Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika Syarikat.[5] Selepas itu, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor. Baginda menerima sayap penerbangan selepas menerima kursus latihan helikopter di Kem Tentera Kluang. Tuanku juga menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.

Sebagai Tunku Mahkota Johor[sunting | sunting sumber]

Tunku Ibrahim Ismail telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 4 Julai 1981 dan telah berdiam di Istana Pasir Pelangi sejak itu.[5][6][7] Baginda pernah menjadi pemangku sultan Johor pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989 ketika ayahandanya, Sultan Iskandar telah dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan.[5] Dalam beberapa tahun belakangan ini, Tunku Ibrahim secara beransur-ansur mengambil alih beberapa tugas negeri dan fungsi dari ayahandanya yang telah tua termasuklah ketika mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-211 dimana Tunku Ibrahim bersama Tunku Abdullah, Tengku Mahkota Pahang telah mewakili ayahanda masing-masing dalam mesyuarat itu.[8][9]

Pemasyhuran sebagai Sultan Johor[sunting | sunting sumber]

Beberapa jam sebelum kemangkatan ayahandanya Sultan Iskandar pada 22 Januari 2010, Tunku Ibrahim Ismail sekali lagi dilantik sebagai pemangku sultan berikutan laporan perubatan mengenai kemangkatan Sultan Iskandar yang masih belum disahkan.[10] Pada waktu malam hari yang sama, Sultan Iskandar telah mangkat dan Tunku Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baharu pada esoknya berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895 dengan gelaran Sultan Ibrahim.[11][12] Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan pemasyhuran itu di Istana Besar Johor Bahru dan mengumumkan tentang musim perkabungan bagi kerabat diraja Johor yang terdekat adalah selama 40 hari manakala bagi rakyat Johor pula ialah 7 hari. Semasa musim itu juga, Sultan Ibrahim pertama kalinya ke mesyuarat Majlis Raja-Raja sebagai Sultan Johor.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Sultan Ibrahim telah mengahwini Raja Zarith Sofia, puteri kepada Sultan Idris Shah II dari Perak pada tahun 1982.[13][14] Mereka mempunyai 6 orang anakanda iaitu:

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. "Tunku Mahkota to lead tour for 10th year" (dalam bahasa Inggeris). 16 Julai 2010. Diperoleh pada 21 Julai 2010. 
  2. Facts on File Yearbook, Published by Facts on File, inc., 1957, Phrase: "Married: Prince Tengku Mahmud, 24, grandson of the Sultan of Johore, & Josephine Ruby Trevorrow, 21, daughter of an English textile..."
  3. Morais (1967), m/s 198
  4. Morris (1958), m/s 244
  5. 5.0 5.1 5.2 Karim, Tate (1989), pp. 572
  6. Fauziah Ismail. "Magnificent abode for royals". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 
  7. TEH ENG HOCK and MEERA VIJAYAN (15 Oktober 2007). "Day of fun and feasting". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). 
  8. Thanam Visvanathan, Ruler with deep concern for people–Sultan Iskandar revered as protective guardian and helpful to all his subjects, pg 1, 8 April 2001, New Sunday Times Special (Sultan of Johor's Birthday)
  9. Conference of Rulers meeting begins, 26 July 2007, The Star (Malaysia)
  10. "Tunku Mahkota Johor Appointed Regent Effective Today". Bernama. 22 Januari 2010. 
  11. "Tengku Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor." (berita dalam talian) (dalam bahasa Melayu). malaysiakini.com. 23 Januari 2010. Diperoleh pada 1 Mac 2012. 
  12. "Tunku Ibrahim Ismail Proclaimed As Sultan Of Johor". Bernama. 22 Januari 2010. 
  13. "Tribute to mothers’ caring nature". The Star. 14 Mei 2008. 
  14. BEH YUEN HUI (29 Ogos 2008). "Raja Zarith: Education more important than popularity". The Star. 
  15. "Tunku Mahkota’s son named Raja Muda of Johor". The Star Online. 9 April 2006. 
  16. Kisah Mawar Merah Kelapan - Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Aminah, Puteri Emas Sultan Johor, 11 Oktober 2011. Dicapai pada 8 Julai 2012.
  17. Royals visit special people, JohorBuzz, New Straits Times
  18. Impian puteri raja, AZIMI MUSTAPHA, Rencana Utama, 13 November 2008, KOSMO!

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Ali, Abdullah, Malaysian Protocol and Correct Forms of Address, published by Times Books International, 1986, ISBN 9971653702
  • Cheong, Mei Sui, Information Malaysia: 1985 Year Book,published by Berita Publishing, 1985
  • De Ledesma, Charles; Lewis, Mark; Savage, Pauline, Malaysia, Singapore and Brunei, published by Rough Guides, 2003, ISBN 1843530945
  • Karim, Gulrose; Tate, Desmond Muzaffar, Information Malaysia, published by Berita Publ. Sdn. Bhd., 1989
  • Kershaw, Roger, Monarchy in South-East Asia: The Faces of Tradition in Transition, published by Routledge, 2001, ISBN 0415185319
  • Morais, John Victor, The Who's who in Malaysia, published by Solai Press., 1967
  • Morris, Ira J., My East was Gorgeous, by Ira J. Morris, published by Travel Book Club, 1958
  • Nadarajah, K. N, Tengku Ahmad Rithauddeen: His Story, Pelanduk Publications, 2000, ISBN 9679787095
  • Nadarajah, Nesalamar, Johore and the Origins of British Control, 1895-1914, published by Arenabuku, 2000, ISBN 9679703185
  • Rahman, Abdul; Solomon, J. S., Challenging Times, published by Pelanduk Publications, 1985, ISBN 9679780945
  • The International Who's Who 2004: Book with Single-User Online Access, by Elizabeth Sleeman, published by Europa Publications, Published by Routledge, 2003, ISBN 1857432177
  • Towards Relevant Education: A General Sourcebook for Teachers, published by Education Forum (Philippines), Alternative Instructional Materials Project, Education Forum, 1986, ISBN 9719100605

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Iskandar
Sultan Johor ke-25
23 Januari 2010 - kini
Diikuti oleh:
Tengku Mahkota