Gila Baby (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gila Baby
Gila-baby.png
Pengarah Khabir Bhatia
Penerbit Tengku Iesta Tengku Alaudin
Penulis Alfie Palermo
Khabir Bhatia
Lakon layar oleh Alfie Palermo
Khabir Bhatia
Dibintangi oleh
Syarikat
produksi
Mula ditayangkan
Disember 4, 2014 (2014-12-04)
Tempoh tayangan
95 Minit
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Box office RM 458,000[1]

Gila Baby merupakan sebuah filem komedi arahan Khabir Bhatia dan dibintangi oleh Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa, Fimie Don, Sharnaaz Ahmad, Adlin Aman Ramlie, Jalil Hamid dan Lan Pet Pet.Filem ini mengisahkan Bob (Beto Kusyairy) yang memerlukan wang yang banyak bagi membiayai kos pembedahan ayahnya di hospital. Terpaksa mengambil jalan mudah, Bob membantu Roy (Sharnaaz Ahmad) mencuri kereta dan akhirnya telah menemui seorang bayi di tempat duduk belakang kereta tersebut. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 4 Disember 2014.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Bob (Beto Kusyairy) memerlukan wang yang banyak bagi membiayai kos pembedahan ayahnya di hospital. Dengan mengambil jalan mudah, Bob membantu Roy (Sharnaaz Ahmad), bekas teman sekelasnya di sekolah yang selalu membulinya dahulu untuk melakukan jenayah mencuri kereta. Walaupun percubaan pertama Bob untuk aktiviti jenayah tersebut berjaya tetapi ada seorang bayi (Nur Iman Khalisa) di tempat duduk belakang kereta yang dicurinya itu!

Bob kini mendapati dirinya diburu oleh beberapa pihak yang tidak akan berhenti selagi Bob dan bayi tersebut tidak ditangkap! Untuk mengeruhkan lagi keadaan, dalam perjalanan menyelamatkan diri, Bob bertemu Jaja (Nadiya Nisaa) yang mengugut Bob untuk membawanya sekali kerana ingin lari dari masalahnya sendiri.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Produksi[sunting | sunting sumber]

Pengarah filem ini, Khabir Bhatia mengatakan bahawa filem ini merupakan filem yang paling sukar pernah diarah olehnya kerana jalan cerita yang bahaya dan melibatkan seorang bayi.[2][3]Beto Kusyairy telah mendapat kecederaan di lutut sebab jatuh motor dan di dahi semasa pengambaran.[4]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Tayangan perdana filem ini telah dilakukan di GSC Pavilion Kuala Lumpur pada 20 November 2014.[5]Filem ini telah ditayangkan kepada umu pada 4 Disember 2014.

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Aqmar Mustaza dari Sinar Harian mengulas filem ini sebagai sebuah filem yang mempunyai jalan cerita yang ringkas dan mudah difahami. Lakonan Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy turut dipuji.[6]Diyana AR dari portal kehidupan, TheVocket.com pula menyenaraikan filem ini sebagai "9 Filem Terbaik Malaysia 2014".[7]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Khabir Bhatia dan Tengku Iesta ketika menerima trofi Filem Komedi Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2015.
Anugerah Kategori Penerima Hasil
Anugerah Lawak Warna 2015[8] Filem Komedi Terbaik Tengku Iesta Tengku Alaudin Menang
Pengarah Komedi Terbaik Khabir Bhatia Menang
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) Sharnaaz Ahmad Dicalonkan
Beto Kusyairy Menang
Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) Nadiya Nisaa Menang
Lakon Layar & Skrip Terbaik Alfie Palermo & Khabir Bhatia Menang
Anugerah Skrin 2015 Filem Terbaik Tengku Iesta Tengku Alaudin Dicalonkan
Pengarah Terbaik Khabir Bhatia Dicalonkan
Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) Beto Kusyairy Menang
Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) Nadiya Nisaa Dicalonkan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) Sharnaaz Ahmad Menang
Lakon Layar & Skrip Terbaik Alfie Palermo & Khabir Bhatia Dicalonkan
Anugerah Meletop ERA Filem Meletop Gila Baby Dicalonkan
Bintang Filem MELETOP Sharnaaz Ahmad Dicalonkan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]